[ENGLISH VERSION BELOW] Suara Rakyat Malaysia (Suaram) khuatir dengan statistik kematian dalam tahanan bagi tahun 2025 yang didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri Saifudin Nasution Ismail di Parlimen.
Peningkatan mendadak kematian dalam tahanan polis pada tahun lalu amat membimbangkan berbanding dengan rekod angka rasmi pada tahun 2022 (13 kes) dan 2023 (22 kes).
Walaupun kematian dalam tahanan penjara menunjukkan kadar penurunan sebanyak tiga kes berbanding tahun 2023, peningkatan ketara kematian dalam tahanan polis memperlihatkan kelemahan sistemik peranan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memastikan akauntabiliti polis.
Ketidakcekapan KDN ini dilihat ketara dalam peranan semasa Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) bagi siasatan kematian dalam tahanan polis.
Walaupun Seksyen 26 Akta IPCC 2023 mewajibkan semua kes berkenaan dirujuk kepada suruhanjaya, kenyataan Saifudin bahawa kes hanya dirujuk “jika melibatkan isu tatakelakuan” menunjukkan bahawa KDN terus menanggap pihak polis sebagai pemutus tunggal yang menentukan bila pengawasan bebas diperlukan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Pendekatan ini memintas keperluan dalam peruntukan tersebut yang memberi notifikasi automatik kepada IPCC, malahan meletakkan institusi itu sekadar pihak pasif yang menerima maklumat terpilih daripada unit siasatan jenayah kematian dalam tahanan – dipantau oleh polis sendiri.
Berkemungkinan besar, pada saat IPCC dilibatkan, peluang untuk menjalankan siasatan yang benar-benar bebas telah pun terjejas. Kemerosotan tafsiran ini menghalang suruhanjaya daripada melaksanakan fungsi siasatan dan pemberian syor secara berkesan memandangkan IPCC terus diketepikan secara sistematik daripada kes-kes yang telah diklasifikasikan awal oleh pihak polis sebagai tidak melibatkan salah laku.
Budaya kerahsiaan yang berterusan dalam pengurusan tahanan terus menghalang kemajuan bermakna dalam usaha membanteras kematian dalam tahanan.
Ketiadaan data terbuka memaksa kebergantungan kepada sesi soal jawab parlimen untuk mendapatkan statistik asas berkaitan kematian dalam tahanan yang merupakan penggunaan sumber perundangan secara tidak berkesan, sedangkan ia sepatutnya tertumpu kepada reformasi dasar yang konstruktif.
Kekurangan perkongsian data ini diburukkan lagi oleh tahap pendedahan maklumat yang tidak seragam antara agensi penguatkuasa, dimana Jabatan Imigresen kekal tidak telus.
Tambahan pula, kenyataan ringkas Saifudin yang mengaitkan kematian dalam tahanan polis dan penjara pada tahun 2025 dengan “faktor kesihatan” langsung tidak memberi penjelasan mengenai cara kematian berlaku.
Ini menghalang penelitian awam terhadap kes-kes yang mungkin melibatkan kecuaian pihak berkuasa dalam kewajipan menjaga tahanan – termasuk keadaan tempat tahanan yang tidak terurus, pelanggaran prosedur operasi standard operasi atau insiden penyeksaan dan layanan buruk.
Suaram turut mengambil maklum tentang ketiadaan maklumat daripada KDN berhubung keberkesanan langkah-langkah pencegahan yang telah dilaksanakan setakat ini.
Kenyataan bahawa inisiatif yang dilakukan secara umum kekal bersifat status quo tanpa perbezaan diantara dasar-dasar terdahulu dengan intervensi baru yang sebenar.
Kekurangan ketelusan ini jelas kelihatan dalam jawapan parlimen baru-baru ini yang turut mencampuradukkan usaha pihak polis dan Jabatan Penjara – suatu kemunduran ketara berbanding jawapan Saifudin dalam soalan bertulis no. 277 pada tahun 2024, yang memberikan perincian mengikut agensi iaitu, pihak polis, Jabatan Penjara dan Jabatan Imigresen.
Beberapa langkah pencegahan yang disebut hanyalah pengulangan protokol sedia ada.
Sebagai contoh, walaupun jawapan terkini menekankan “saringan kesihatan awal” dan “latihan integriti” sebagai langkah utama, perkara ini telah pun disenaraikan sebagai inisiatif berterusan oleh pihak polis dan Jabatan Penjara dalam jawapan kepada soalan bertulis no. 277 sebelum ini.
Kekaburan data ini menghalang sebarang penilaian bermakna, serta penelitian awam, sama ada perbelanjaan terkini dan prosedur operasi standard semasa benar-benar berkesan dalam mengurangkan risiko kematian dalam tahanan.
Sehubungan itu, Suaram memperbaharui tuntutannya agar reformasi menyeluruh dilaksanakan dalam cara negara menangani dan mencegah kematian dalam tahanan, yang merangkumi perkara berikut:
- Ketelusan penuh melalui data terbuka: KDN harus komited untuk menerbitkan data komprehensif dan terperinci mengenai semua kematian dalam tahanan kepada umum. Data ini mesti merangkumi pecahan mengikut agensi penguatkuasa seperti pihak polis, Jabatan Penjara, Jabatan Imigresen dan lain-lain, serta pendedahan jelas mengenai cara kematian berlaku bagi memastikan akauntabiliti terhadap sebarang bentuk kecuaian atau pelanggaran prosedur operasi standard, bukan sekadar sebab klinikal.
- Semakan segera protokol rujukan IPCC: KDN perlu memastikan rujukan automatik dan segera memberi semua kes kematian dalam tahan kepada IPCC, selaras dengan mandat Seksyen 26 Akta IPCC.
- Pendedahan prestasi siasatan IPCC dan audit kapasiti: IPCC harus mendedahkan secara terbuka jumlah keseluruhan siasatan yang telah dijalankan terhadap kes-kes kematian dalam tahanan sejak penubuhannya pada Julai 2023. Pada masa yang sama, KDN perlu menjalankan dan menerbitkan audit telus mengenai sumber dan kapasiti semasa IPCC bagi menentukan sama ada suruhanjaya mempunyai keupayaan siasatan yang mencukupi untuk menyiasat kematian dalam tahanan polis secara pantas, bebas dan berkesan serta mengemukakan pelan jelas untuk memperkukuh kuasa tersebut jika didapati tidak mencukupi.
- Pendedahan segera dan pelaksanaan syor jawatankuasa kematian dalam tahanan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC): Suaram mengambil maklum memorandum kabinet yang telah dikemukakan oleh EAIC kepada Jabatan Perdana Menteri pada Disember 2025. Kami menuntut agar kerajaan memberikan garis masa yang jelas bagi semakan dan pendedahan awam terhadap 13 langkah pencegahan yang dicadangkan. Lebih penting lagi, kementerian mesti melibatkan organisasi masyarakat sivil yang bekerja dalam isu kematian dalam tahanan, serta hak dan kebajikan tahanan untuk membincangkan syor-syor tersebut sebelum dimuktamadkan, diikuti dengan penerbitan pelan tindakan pelaksanaan yang ketat dan terikat masa merentasi semua agensi penguatkuasa.
– Suaram
English version
Close the transparency and accountability gaps in custodial deaths
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) is concerned by the 2025 statistics of deaths in custody statistics disclosed by Home Minister Saifudin Nasution Ismail in Parliament.
The spike in police custodial deaths in 2025 is alarming when compared to government figures from 2022 and 2023, which recorded 13 and 22 cases respectively.
While deaths in prison custody saw a marginal decrease of three cases compared to 2023, the significant increase in deaths in police custody underscores a systemic inefficiency in the role of the Ministry of Home Affairs (MoHA) role in ensuring police accountability.
The MoHA’s inefficiency is telling in the current role of the Independent Police Conduct Commission (IPCC) in investigations on deaths in police custody.
While Section 26 of the IPCC Act 2023 mandates the referral of all custodial deaths to the commission, Saifudin’s statement – that cases are referred only “if involving misconduct issues” – indicates that the MoHA continues to treat the police as the sole arbiter of when independent oversight is warranted.
This approach effectively bypasses the statutory requirement for automatic notification and relegates the IPCC to a passive role, merely receiving filtered updates from the police’s own criminal investigation unit on deaths in custody.
By the time the IPCC is engaged, the opportunity for a truly independent investigation is likely to already be fundamentally compromised.
Such a regressive interpretation prevents the commission from effectively exercising its already limited powers of investigation and recommendation-giving, as it remains systematically sidelined from cases that the police have prematurely classified as non-misconduct.
The persistent culture of secrecy surrounding custodial management continues to impede meaningful progress in eradicating deaths in custody.
The lack of open data forces a reliance on parliamentary question time for the extraction of basic statistics of deaths in custody, which is an inefficient use of legislative resources that should instead be focused on constructive policy reform.
This data-sharing deficit is further exacerbated by the varying degrees of disclosure across different enforcement agencies, with the Immigration Department remaining particularly opaque.
Furthermore, Saifudin’s brief attribution of 2025 deaths in police and prison custody to “health factors” provides no clarity on the manner of death, obscuring public scrutiny of cases that involve potential state negligence in the duty of care to detainees – including poor detention conditions, violations of operational standard operating procedures, or instances of torture and ill-treatment.
Suaram also notes the lack of information by the MoHA regarding the effectiveness of preventive measures implemented thus far. Mentions of initiatives undertaken in general have remained the status quo, with no distinction made between longstanding policies and actual new interventions.
This lack of specificity is evident in the recent parliamentary response that also conflated the efforts by the police and the Prison Department – a stark regression from Saifudin’s reply to written question no. 277 in 2024, which provided a granular breakdown across the police, the Prison Department and the Immigration Department.
Some preventive steps are repetitions of existing protocols.
For example, while the current response highlights “early health screenings” and “integrity training” as key measures, these were already listed as ongoing initiatives undertaken by the police and the Prison Department in the response to written question no. 277.
This obfuscation of data prevents any meaningful evaluation, including through public scrutiny, of whether current expenditure and standard operating procedures are actually mitigating the risk of custodial deaths.
On this note, Suaram demands and renews its call for systematic reform in how the state addresses and prevents deaths in custody, encompassing:
- Full transparency through open data: The MoHA must commit to the public release of comprehensive, disaggregated data on all deaths in custody. This must include a breakdown by enforcement agencies (the police, Prison Department, Immigration Department, etc) and a clear disclosure of the manner of death – not just the clinical cause – to ensure accountability for potential negligence or violations of standard operating procedures.
- Immediate revision of IPCC referral protocols: The MoHA must ensure the automatic and immediate referral of all custodial deaths to the IPCC, as mandated by Section 26 of the IPCC Act.
- Disclosure of IPCC investigative performance and capacity audit: The IPCC must publicly disclose the total number of investigations it has undertaken into cases of deaths in custody since its establishment in July 2023. Concurrently, the MoHA must conduct and publish a transparent audit of the IPCC’s current resources to determine whether the commission possesses the adequate investigative capacity required to swiftly, independently and effectively investigate deaths in police custody, alongside a clear plan to enhance these powers if found lacking.
- Swift disclosure and implementation of recommendations by the Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC) committee on custodial deaths: Suaram notes the draft cabinet memorandum submitted by the EAIC to the Prime Minister’s Department in December 2025. We demand that the government provide a clear timeline for the review and public disclosure of these 13 preventive measures. Crucially, the ministry must engage with civil society organisations working on deaths in custody and detainees’ rights and wellbeing to deliberate on these recommendations prior to their finalisation, followed by the publication of a strict, time-bound roadmap for their implementation across all enforcement agencies.
– Suaram
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

