Home Civil Society Voices Utamakan keperluan segera, bukan bina tiang bendera tertinggi negara – gabungan NGO

Utamakan keperluan segera, bukan bina tiang bendera tertinggi negara – gabungan NGO

Pembinaan tiang bendera berjumlah RM30 juta itu merupakan satu pembaziran dan menunjukkan sikap tidak peka pihak terbabit terhadap rakyat Sarawak

Kuching waterfront with the Sarawak Legislative Assembly building - ANIL NETTO/ALIRAN

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Beberapa hari yang lepas, telah dilaporkan oleh beberapa agensi media bahawa kerajaan Sarawak bercadang untuk membina tiang bendera setinggi 99m, yang bakal menjadi tiang tertinggi di Malaysia dan menelan belanja RM30 juta.

Tiang bendera tertinggi di dunia terletak di Jeddah, Arab Saudi setinggi 171m dibina dengan kos RM21 juta. Sementara itu, Pretoria, Afrika Selatan tiang bendera setinggi 100m hanya menelan kos RM5.4 juta sahaja.

Dalam menjawab kecaman awam, pejabat premier Sarawak menjelaskan bahawa projek pembinaan tiang bendera berjumlah RM30 juta itu tidak menggunakan dana kerajaan negeri. Sumber itu menyatakan ia menggunakan dana daripada pihak swasta yang tidak dinyatakan sebagai sebahagian dari tanggungjawab korporat sosial (CSR) mereka untuk memperingati ulang tahun ke-60 pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

CSO Platform for Reform berpendapat bahawa pembinaan tiang bendera berjumlah RM30 juta itu merupakan satu pembaziran dan menunjukkan sikap tidak peka pihak terbabit terhadap rakyat Sarawak yang kini menghadapi inflasi dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Bukan itu sahaja, masih banyak penduduk di kawasan luarbandar Sarawak masih memerlukan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, jalan raya, akses kepada kesihatan dan jaringan telekomunikasi.

Oleh itu, CSO Platform for Reform menggesa kerajaan negeri Sarawak untuk menunjukkan tadbir urus yang baik terutama sekali dalam kelulusan projek sedemikian dan pengurusan dana yang betul.

Sekiranya benar projek tersebut adalah projek CSR, dana tersebut seharusnya digunakan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan bukannya membina tiang bendera yang mahal. Kerajaan Sarawak seharusnya menggalakkan syarikat swasta untuk mengutamakan inisiatif yang selaras dengan keperluan dan kepentingan awam.

CSO Platform for Reform juga turut menggesa kerajaan dan syarikat swasta untuk lebih prihatin terhadap kepentingan awam dan sejajar dengan pendirian Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang inginkan negara tidak melakukan sebarang pembaziran dalam perbelanjaan. –

READ MORE:  Why did the original $10bn 'Melaka Gateway' mega-project fail?

CSO Platform for Reform (Sarawak Chapter)

Disahkan dan disokong:

  1. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat
  2. Terabai Kenyalang Heritage Association of Sarawak
  3. Purplelily Social Association Kuching – Purplelily Kuching
  4. Sarawak AIDS Concern Society (SACS)
  5. Persatuan Anak Istimewa Sarawak (Perais)
  6. Save Rivers
  7. Lawyer Kamek for Change (LK4C)
  8. Keep Green Movement (KGM)
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x