Jawatankuasa Bertindak Perlindungan Karpal Singh Drive (ProtectKarpal), yang mewakili penduduk pelbagai komuniti perumahan di kawasan terjejas, mengucapkan jutaan terima kasih kepada RSN Rayer, Ahli Parlimen Jelutong, atas sokongannya untuk meminta kerajaan negeri Pulau Pinang melantik pihak ketiga yang bebas bagi menyediakan penilaian kesan kepada alam sekitar yang terperinci dan bebas berhubung dengan cadangan pemulihan tapak pelupusan Jelutong serta projek penambakan seluas 70 ekar.
Sokongan ini diumumkan semasa mesyuarat komuniti pada 4 Mei di dewan komuniti The Spring Condominium, dan ia merupakan langkah pertama penting untuk mengatasi kebimbangan besar penduduk mengenai kesan serius cadangan projek tersebut terhadap kesihatan dan alam sekitar.
Keperluan mendesak untuk satu pernilaian penilaian kesan kepada alam sekitar yang benar-benar bebas dan menyeluruh muncul dalam pertemuan itu sendiri.
Soalan-soalan khusus dan kritikal penduduk mengenai kesan projek telah dijawab dengan jawapan yang mengelak dan tidak memuaskan daripada wakil pemaju.
Kegagalan untuk menangani secara langsung kebimbangan yang sah ini menimbulkan kebimbangan lebih lanjut tentang kebolehpercayaan laporan penilaian kesan kepada alam sekitar pemaju dan kebolehlaksanaan langkah-langkah mitigasi yang dicadangkan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Perkara utama yang tidak dijawab dengan memuaskan ialah:
- Dakwaan mitigasi yang meragukan: kebimbangan mengenai keberkesanan praktikal, kebolehkuatkuasaan dan asas saintifik strategi mitigasi yang dicadangkan dalam laporan menyediakan penilaian kesan kepada alam sekitar EIA, terutamanya untuk menggurangkan pencemaran bunyi dan udara dalam tempoh 24 tahun
- Risiko tinggi kepada kumpulan terdedah: kekurangan penilaian risiko khusus yang membimbangkan untuk populasi terdedah, termasuk ratusan kanak-kanak yang menghadiri sekolah dan tadika berdekatan (seperti Wesley Methodist School Penang (International)), warga emas, wanita hamil, dan individu bermasalah pernafasan yang akan terjejas secara tidak seimbang
- Kesan kumulatif dan sinergi: kegagalan penilaian kesan kepada alam sekitar untuk menilai gabungan kesan kesihatan dan alam sekitar daripada pendedahan serentak jangka panjang kepada bunyi bising pembinaan, habuk bawaan udara, gas toksik (metana, hidrogen sulfida), dan mikroorganisma berpotensi berbahaya yang dibebaskan daripada sisa tapak pelupusan yang terganggu
Sikap mengelak ini memperdalam kebimbangan signifikan yang telah dikenal pasti dalam laporan penilaian kesan kepada alam sekitar pemaju (PLB) sendiri yang mengesahkan kebimbangan penduduk:
- Pencemaran bunyi yang tidak boleh diterima: Paras bunyi yang diramalkan (sehingga 85.3 dB(A)) jauh melebihi garis panduan negara dan WHO untuk kawasan kediaman, terutamanya untuk bangunan tinggi di mana mitigasi bising adalah tidak berkesan. Ini menimbulkan ancaman serius kepada kesihatan dan kesejahteraan sepanjang tempoh minimum projek selama 24 tahun.
- Kemerosotan kualiti udara yang teruk: Penggalian dan kitar semula di tapak sebanyak 11.3 juta meter padu sisa tapak pelupusan, menggunakan sehingga 20 mesin kitar semula yang beroperasi 10 jam setiap hari berhampiran rumah dan sekolah, akan membebaskan bahan zarah berbahaya (PM₂.₅, PM₁₀) dan gas toksik (metana, hidrogen sulfida), – semua ini membahayakan kesihatan awam.
- Kesesakan lalu lintas: Projek ini menjangkakan penambahan sebanyak 91,000 penduduk, tetapi bergantung kepada andaian penggunaan pengangkutan awam 40% yang tidak realistic. Andaian ini menjamin kesesakan lalu lintas selama berdekad-dekad.
- Pemusnahan ekosistem yang tidak boleh dipulihkan: Cadangan tebus guna seluas 70 ekar terletak di aliran dalam Middle Bank, ekosistem penting di semenanjung. Pembuangan 5.2 juta meter padu pasir akan menimbus dasar laut rumput laut kritikal dan habitat marin, bercanggah dengan jaminan dan mengabaikan amaran pakar tentang pemusnahan ekologi laut. Dr Kam Suan Pheng, seorang saintis tanah dan pakar geospatial yang dihormati, dalam mesyuarat tersebut menunjukan kesilapan geografi kritikal dalam laporan penilaian kesan kepada alam sekitar (Rajah 6.50), di mana Pulau Gazumbo yang kecil telah dikenal pasti secara salah sebagai keseluruhan Middle Bank. Kesilapan asas ini menjejaskan kredibiliti laporan dan penilaiannya terhadap kesan ke atas ekosistem penting ini.
- Mitigasi yang cacat dan kekurangan ketelusan: Strategi mitigasi penilaian kesan kepada alam sekitar adalah tidak mencukupi, terutamanya mengenai kawalan pencemaran bunyi dan udara, dan kekurangan mekanisme penguatkuasaan yang mantap. Prinsip saintifik penting, seperti batasan penghadang bunyi untuk bangunan tinggi, telah diabaikan.

Memandangkan risiko besar ini, respons wakil pemaju yang tidak memuaskan, dan ketersediaan alternatif yang bagus di peringkat global, ProtectKarpal menegaskan bahawa semakan semula laporan penilaian kesan kepada alam sekitar pemaju semata-mata adalah tidak mencukupi.
Kami menuntut kajian baru penilaian kesan kepada alam sekitar yang menyeluruh, bebas dan telus yang merangkumi:
- Keperluan projek: penilaian kritikal sama ada tebus guna 70 ekar benar-benar diperlukan untuk pemulihan tapak pelupusan
- Kebolehlaksanaan alternatif: penilaian menyeluruh kaedah pemulihan in-situ yang mampan dalam jejak tapak pelupusan 90 ekar sedia ada, termasuk penyelesaian geoteknikal termaju dan teknologi kitar semula modular, seperti yang berjaya dilaksanakan di tempat lain
- Kepakaran pelbagai disiplin: Penglibatan pakar bebas dalam sains alam sekitar (biologi marin, kualiti udara, akustik), kejuruteraan geoteknikal, perancangan bandar, kesihatan awam dan sosioekonomi
- Penilaian risiko khusus: Penilaian terperinci risiko kepada populasi terdedah dan kesan kesihatan kumulatif
- Perwakilan komuniti yang bermakna: Penglibatan langsung wakil penduduk dan pihak berkepentingan komuniti sepanjang proses semakan semula
- Ketelusan penuh: Akses awam kepada semua data, metodologi, laporan dan perbincangan berkaitan semakan semula
“Sokongan YB Rayer untuk EIA bebas adalah satu perkembangan positif, tetapi sesi dewan jelas menunjukkan pemaju tidak menangani secukupnya risiko yang akan ditimbulkan oleh projek ini terhadap kehidupan penghuni, terutamanya kepada anak-anak dan warga emas kita,” kata AD Chandrasekaran, pengerusi ProtectKarpal.
“Kita tidak boleh bergantung pada laporan EIA yang mengabaikan kesan kumulatif dan kumpulan lemah, dan wakil pemaju yang mengelak soalan penghuni. Kita memerlukan kajian EIA yang benar-benar bebas dan komprehensif yang meneroka alternatif yang lebih selamat dan terbukti seperti pemulihan in-situ sebelum kerosakan yang tidak dapat dipulihkan berlaku.”
ProtectKarpal menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengenakan moratorium ke atas sebarang kelulusan projek atau kerja awal sehingga kajian penilaian kesan kepada alam sekitar yang komprehensif dan bebas ini selesai dan penemuannya dibincangkan secara terbuka.
Kita mesti mengutamakan kesihatan alam sekitar jangka panjang dan kesejahteraan komuniti berbanding pembangunan pantai berskala besar yang tidak diperlukan.
Kami berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri Pulau Pinang dan semua pihak berkepentingan untuk memastikan kajian penilaian kesan kepada alam sekitar yang teliti, tidak berat sebelah dan benar-benar memberi kepentingan terbaik untuk rakyat Pulau Pinang dan generasi akan datang. – ProtectKarpal
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme