[ENGLISH VERSION BELOW] Merujuk kepada dua kejadian yang tidak menghiraukan sensitiviti kaum yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram, Shaid Rosli, dan Menteri Besar Kedah Muhammed Sanusi Md Nor, Pusat Komas dengan tegas mengecam tindakan dan sikap mereka yang tidak mempertimbangkan sensitiviti dan kepentingan memupuk hubungan antara etnik yang harmoni.
Idea Shaid Rosli untuk menghentikan penjualan alkohol di bahagian “tidak halal” yang dikhaskan untuk pelanggan bukan Muslim adalah tidak masuk akal atas asas kebersihan atau dakwaan tidak berasas beliau yang menyatakan bahawa kawasan tersebut merupakan kawasan orang Melayu .
Di sini, kita ingin menegaskan bahawa walaupun kawasan tersebut didiami oleh populasi yang majoriti penduduk Melayu namun ianya bukanlah suatu kawasan eksklusif untuk satu-satu kumpulan etnik sahaja.
Biarpun pasar tersebut telah patuh kepada prosedur operasi yang piawai, keputusan untuk menutup bahagian yang menjual alkohol tersebut berdasarkan kepada komposisi kaum penduduk adalah tidak perlu dan bermotifkan politik.
Pusat Komas meminta agar Shaid Rosli dan rakan-rakan beliau yang mempunyai pemikiran yang seumpamanya untuk tidak menyalahgunakan situasi tersebut untuk kepentingan politik peribadi dan sebaliknya mengambil tindakan berani seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mendidik dan menimbulkan kesedaran mengenai kepentingan untuk menghormati hak minoriti di negara ini.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Muhammed Sanusi pula telah mengambil “langkah kebelakang” dengan membangkitkan semula stereotaip mengaitkan etnik India dengan minuman todi yang telah lama wujud.
Meminum alkohol adalah pilihan peribadi dan tidak menjadi kriteria secara khusus kepada mana-mana etnik atau pegangan agama. Dengan mengaitkan sesuatu etnik sebagai satu-satunya kriteria peminum alkohol, Muhammed Sanusi telah jelas membuktikan beliau tidak mempunyai kemampuan untuk memimpin negeri serta rakyatnya.
Kedua-dua insiden menunjukkan kepada kita bahawa wakil rakyat yang telah dipilih ini telah melupakan kemenangan mereka pada pilihanraya yang lalu adalah sumbangan bersama rakyat dari segenap lapisan masyarakat.
Sebagai individu yang hidup di dalam masyarakat berbilang etnik, mereka mesti bertanggungjawab dalam tindakan serta perkataan mereka dengan menjauhi dari sebarang elemen diskriminasi terhadap mana-mana rakyat Malaysia tanpa mengira etnik serta pegangan agama.
Pusat Komas ingin mengingatkan wakil rakyat yang telah dipilih ini bahawa peranan mereka adalah untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa dikelabui dengan kecenderungan peribadi serta prejudis.
Sekiranya mereka tidak berupaya untuk memenuhi permintaan ini, mereka sepatutnya meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada calon-calon yang mengutamakan rakyat untuk mengambil alih peranan mereka pada masa hadapan.
English version
Elected representatives must be sensitive about inter-ethnic relationship
With reference to the two racially insensitive courses of action navigated by the Selangor State Assembly member for Jeram, Shaid Rosli, and Kedah Chief Minister Muhammed Sanusi Md Nor, Pusat Komas strongly condemns both parties for lacking the sensitivity and – worst of all – common sense needed to champion harmonious inter-ethnic relations.
The former’s idea of closing down the selling of alcohol in the non-halal section designated for non-Muslim customers is unequivocally amateurish, as his reason – to maintain cleanliness – is superficial or lacks genuineness compared to his “Malay territory” claim.
Here, we would like to correct the nature of his statement – the area is largely populated by Malays but it is not an exclusive area for a single ethnic group.
Even so, the decision of closing down the alcohol section based on the number of residents of a particular ethnicity – although the supermarket was adhering to proper procedures – is unnecessary and politically motivated.
Pusat Komas discourages Shaid Rosli and his like-minded colleagues from misusing such situations for personal political mileage; instead they should take a bold step – as enshrined in the Federal Constitution – to educate [the publice] and raise awareness of the importance of respecting the rights of the minorities in this beautiful country.
Muhammed Sanusi, however, has gone a step backward in regurgitating the long-existing ethnic stereotypes associating Indians with toddy. While consumption of alcohol is a personal choice, where ethnicity or religious belief could not be the specific criteria for one to consume alcohol, this supposedly forward-thinking chief minister has once again proven his incapability of leading a state and its people.
Both accounts show us that these elected representatives have forgotten that their victory in the previous election was due to the collective contribution of people from all walks of life. And, as responsible persons living in a multi-ethnic society, they must be accountable for their actions and speeches, which should be without any inclination to discriminate against any Malaysians regardless of their ethnicity and religious beliefs.
Pusat Komas would like to caution these elected representatives that they are here to serve the people, regardless of personal biases and prejudices. If they are unable to do so, these representatives must resign and let people-minded candidates fill their shoes in the future.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
With the current political climate in Malaysia, we are all being dragged down by low caliber politicians who always raise the religious spectrum to scare the majority population into thinking that only they, the small minded politicians, can save them.
In the process they don’t care who gets hurt, whose feelings are effected. No main stream politician has come out against these statements – that tells you a lot.