[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengalu-alukan pengumuman oleh Jabatan Perdana Menteri pada 5 Julai yang memaklumkan Parlimen akan bersidang semula selama lima hari (26-29 Julai dan 2 Ogos) untuk Dewan Rakyat dan tiga hari (3-5 Ogos) untuk Dewan Negara.
Kami ingin memohon pencerahan daripada Jabatan Perdana Menteri kerana banyak persoalan yang tidak lunas dalam kenyataan tiga perenggan tersebut. Persoalan kami seperti berikut:
- Memandangkan tiada istiadat titah diraja dinyatakan, adakah sidang ini dikira sebagai mesyuarat keempat bagi sidang ketiga (2020)?
- Bilakah PM merancang untuk mengadakan sidang keempat (2021), yang dimulai dengan istiadat titah diraja?
- Oleh kerana proklamasi dan ordinan-ordinan darurat akan dibentangkan di kedua-dua Dewan Parlimen sebagaimana Perkara 150(3), adakah Ahli Parlimen berpeluang untuk mencadang dan mengundi usul bagi memansuhkan sebarang peruntukan tersebut, yang akan memberi kesan pemansuhan serta merta dan tidak perlu menunggu habis tempoh enam bulan selepas berakhirnya darurat sebagaimana peruntukan Perkara 150(7)?
- Secara khususnya, adakah Parlimen dibenarkan untuk memansuhkan Seksyen 10A dan 10B Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang memberi kuasa berlebihan kepada kerajaan persekutuan dan negeri berkaitan hal kewangan? Sekiranya tidak, adakah kuasa berlebihan tersebut akan berlangsung sehingga 1 Februari 2022, enam bulan selepas darurat berakhir pada 1 Ogos 2021, sebagaimana peruntukan Perkara 153(7)? Sehubungan dengannya, adakah kerajaan sedia mempertahankan polisi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan keputusan untuk mengeluarkan Kumpulan Wang Amanah Negara untuk pembiayaan vaksinasi di bawah Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah) (Pindaan) 2021 serta menjawab persoalan atas had atas berkanun hutang negara dan mengemukakan perincian projek-mega 5G?
- Secara khususnya, adakah kerajaan akan membenarkan Parlimen memansuhkan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021, yang mengenakan hukuman maksimum denda sehingga RM500,000 dan enam tahun penjara bagi kesalahan berkaitan berita palsu, dan menggantung Akta Keterangan 1950? Jika tidak, adakah undang-undang drakonian ini akan terus berkuatkuasa sehingga 1 Februari 2022, enam bulan selepas proklamasi darurat berakhir pada 1 Ogos 2021, sebagaimana peruntukan Perkara 150(7)?
- Adakah pelan pemulihan nasional akan dibahaskan dan diundi oleh Ahli Parlimen, dengan pindaan sekiranya perlu, atau sesi lima hari ini hanya sekadar penerangan sehala daripada eksekutif kepada Ahli Parlimen pembangkang dan Ahli Parlimen backbencher kerajaan?
- Adakah Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi Dewan Rakyat yang memutuskan bilangan dan keahlian untuk semua jawatankuasa parlimen lain juga akan bermesyuarat untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa kekucar kaciran polisi, iaitu penubuhan lebih banyak jawatankuasa pilihan khas supaya setiap portfolio kementerian akan diteliti oleh jawatankuasa ini untuk mengelakkan titik buta polisi, kemarahan ramai dan polisi yang berdolak dalik.
Kami berharap mesyuarat kabinet pada 7 Julai ini akan mengambil ketetapan untuk menjadikan sidang parlimen lima hari ini satu permulaan baharu bagi Parlimen yang profesional dan berkesan, serta bukannya satu taktik yang sinis dan sambil lewa hanya untuk pura-pura memuaskan permintaan orang ramai tetapi sebenarnya ingin mengekalkan Parlimen sebagai pak turut kepada eksekutif. Kesabaran rakyat jangan diuji semberono. – Bersih
English version
Will MPs get to vote during the five-day meeting?
The Coalition for Clean and Fair Election (Bersih 2.0) welcomes the announcement on 5 July by the Prime Minister’s Office on the reconvening of Parliament for five days (26-29 July and 2 August) for the House of Representatives and for three days (3-5 August) for the Senate.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
We humbly seek enlightenment from the Prime Minister’s Office as many questions are unanswered in the three-paragraph statement. These questions include:
- Since no royal address is mentioned, is this considered the fourth meeting of the third session (2020)?
- When does the PM plan to convene the fourth session (2021), which must start with the royal address?…..
- While the emergency Proclamation and Ordinance will be “laid before both Houses of Parliament” as per Article 150(3), will MPs get to table and vote on resolutions to revoke any of them, such that they can cease to have effect immediately and not wait until their expiration six months after the end of Emergency as per Article 150(7)?
- Specifically, will Parliament be allowed to repeal Sections 10A and 10B of the Emergency (Essential Powers) Ordinance 2021 which gives the federal and state governments unchecked power on financial matters? If not, will such unchecked power persist up to 1 February 2022, six months after the emergency ends on 1 August 2021, as per Article 153(7)? Related to this, will the government be ready to defend its Employees Provident Fund withdrawal policies and its decision to draw from the National Trust Fund (KWAN) to finance vaccination under the Emergency (National Trust Fund) (Amendment) Ordinance 2021 and answer questions on the statutory debt ceiling and reveal details of the 5G mega-project?
- Specifically, will the government allow Parliament to repeal the Emergency (Essential Powers) (No. 2) Ordinance 2021, which imposes sentences of a fine up to RM500,000 and six years of imprisonment at the maximum for offences related to fake news, and suspends the Evidence Act 1950? If not, will this draconian law continue to be in force until 1 February 2022, six months after the emergency proclamation ends on 1 August 2021, as per Article 150(7)?
- Will the national recovery plan be debated and voted on by MPs, with amendments in approval if necessary, or will this five-day session merely be a one-way briefing from the executive to opposition MPs and government backbenchers?
- Will the Selection Committee of the Dewan Rakyat, which decides the number and membership of all other parliamentary committees, also be convened to meet the rising demand amongst Malaysians suffering from policy chaos, ie to establish more parliamentary special select committees so that every ministerial portfolio will be scrunitised by a special select committee to avoid policy blind spots, any public backlash and policy flip-flops?
We hope the cabinet will resolve to make the five-day parliamentary meeting a new start for a professional and effective Parliament, and not a cynical and perfunctory move to deflect the public’s demand but retain Parliament as the executive’s rubber stamp. The public’s patience must not be tested. – Bersih 2.0
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme