
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menerima laporan bahawa pada 23 Oktober 2017, Barisan Nasional yang diwakili oleh Noh Omar telah melancarkan “Bilik Gerakan BN Parlimen P107 Sungai Buloh”.
Bersih 2.0 terkejut dengan perkara tesebut kerana kawasan parlimen P107 Sungai Buloh belum lagi wujud kerana ia merupakan cadangan kawasan parlimen baru oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam proses persempadanan semula yang sedang dijalankan.
Pelancaran ini menunjukkan keangguhan dan sikap tidak hormat oleh BN dan Noh Omar terhadap proses persempadanan, kerana kes mahkamah untuk persempadanan semula Selangor masih sedang berlangsung.
Tindakan ini amat dikesali, dan pengundi-pengundi hendaklah menolak persempadanan tidak sekata yang kelihatannya memberi kelebihan kepada sesetengah parti politik. Jika tidak diawasi, persempadanan semula yang tidak adil akan menyebabkan sistem pilihan raya tidak bersih dan adil.
Oleh itu, Bersih 2.0 menunutut supaya SPR:
- menegaskan supaya BN dan Noh Omar menarikbalik pelancaran bilik gerakan tersebut.
- memberitahu kepada semua parti politik secara rasmi, terutamanya BN, untuk menghormati proses persempadanan yang sedang berlangsung, di mana perubahan masih boleh berlaku.
- untuk menyiasat sama ada pengisytiharan dan pelancaran kawasan baru parlimen sedemikian turut berlaku di tempat-tempat lain, dan menghentikannya.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Tuntutan ini juga adalah amaran kepada semua parti politik dan pegawai, bahawa mereka tidak harus mengambil tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan persekutuan.
Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme