[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merujuk kepada keputusan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul yang menyatakan kedudukan enam ahli parlimen Bersatu yang mengingkari arahan parti kekal sebagai anggota Parlimen.
Enam ahli parlimen tersebut adalah wakil untuk Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Labuan, Tanjong Karang, Gua Musang (yang juga merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk Nenggiri) dan Jeli.
Bersih menegaskan bahawa Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah terkhilaf dalam memahami mekanisme undang-undang “anti-lompat” ini serta telah membelakangkan prinsip dan hasrat penggubalan undang-undang tersebut, yang bakal membuka kepada pintu ketidakstabilan politik selepas ini.
Justeru, situasi ini akan menimbulkan polemik mengenai keberkesanan akta ini terhadap matlamat asal demi menjamin kestabilan politik negara.
Perkara 49A(1) Perlembagaan Persekutuan menggariskan tiga sebab terhentinya seseorang ahli Dewan Rakyat, iaitu apabila seseorang ahli Dewan Rakyat itu menukar parti, melepaskan keanggotaan parti dan beliau tidak lagi menjadi anggota parti tersebut.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Apa yang berlaku kepada sekurang-kurangnya empat daripada enam ahli parlimen Bersatu (untuk Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Labuan dan Tanjong Karang) adalah mereka telah digugurkan keahlian kerana gagal menuruti arahan daripada majlis pimpinan tertinggi Bersatu untuk tidak menyokong perdana menteri.
Bersatu telah meminda perlembagaan parti mereka yang menetapkan bahawa mana-mana ahli Bersatu yang menjadi wakil rakyat di Dewan Rakyat atau dewan undangan negeri yang tidak mematuhi arahan majlis pimpinan tertinggi akan terhenti keahlian mereka secara serta-merta.
Berdasarkan infografik penerangan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) berkenaan mekanisme undang-undang anti-lompat ini, juga jelas menerangkan implikasi akibat tidak mematuhi keputusan parti di dalam salah satu slaid mereka.
Slaid infografik tersebut memberikan contoh situasi di mana sekiranya ada tindakan tidak mengikuti keputusan parti berdasarkan perlembagaan parti tersebut, maka ahli-ahli tersebut dianggap telah bertukar parti dan perlu mengosongkan kerusi mereka.
Perlu diingat bahawa, pindaan perlembagaan parti Bersatu yang dibuat untuk memasukkan peruntukan terhenti keahlian sekiranya gagal menuruti arahan parti juga adalah sama dengan pindaan perlembagaan yang dibuat oleh DAP, Amanah dan Umno.
Maka, pihak Yang di-Pertua Dewan Rakyat harus menghormati perlembagaan parti Bersatu dan mana-mana parti politik, khususnya dalam menyelaraskan penguatkuasaan akta ini.
Dalam masa yang sama, penggubalan akta anti-lompat parti [Akta A1663] berserta pindaan Perlembagaan Persekutuan [Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022] juga adalah salah satu tuntutan Bpersih yang disusuli dengan Memorandum Persefahaman antara kerajaan dan embangkang pada 2021 yang menatijahkan sokongan 209 ahli parlimen ketika itu.
Justeru, Bersih berpandangan Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah mensia-siakan peluang untuk menguatkuasakan serta memperkasakan akta ini yang didukung dua-pertiga anggota Dewan Rakyat apabila ia kali pertama diuji dalam sejarah politik negara.
Apa yang diputuskan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat akan sekali membuka lompang undang-undang ini dan menghapuskan keyakinan rakyat terhadap keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, yang menjadi prinsip Rukun Negara.
Keputusan ini juga akan terus menajamkan perbezaan antara kerajaan dan pembangkang, menyukarkan kerjasama professional untuk melakukan reformasi, serta membebaskan Parlimen dari keterikatan dengan badan eksekutif sekali gus memperkukuh persepsi bahawa kerajaan hanya berminat untuk mengekalkan kekuasaan berbanding melaksanakan perkara yang betul. – Bersih
English version
Bersatu MPs supporting PM must vacate seats
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) refers to the decision by the Speaker of the House of Representatives, Johari Abdul, stating that the six Bersatu MPs who defied their party’s directives remain as MPs.
The six MPs are the representatives for Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Labuan, Tanjong Karang, Gua Musang (who is also the Kelantan state assembly member for Nenggiri) and Jeli.
Bersih asserts that the Speaker has erred in understanding the mechanism of the “anti-hopping” law and has disregarded the principles and intentions behind the enactment of this law – which may lead to political instability in the future.
This situation raises concerns about the effectiveness of the law in achieving its original goal of ensuring political stability in the country.
Article 49A(1) of the Federal Constitution outlines three reasons for a member of the House of Representatives to cease holding office: switching parties, resigning from party membership or no longer being a party member.
At least four of the six Bersatu MPs (Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Labuan and Tanjong Karang) had their membership revoked for failing to comply with the Bersatu supreme council’s directive not to support the prime minister.
Bersatu amended its party constitution to stipulate that any member who is an elected representative in the House of Representatives or state legislative assembly and who does not follow the supreme council’s directives will immediately lose their membership.
An infographic from the Legal Affairs Division (BHEUU) explaining the anti-hopping law clearly describes the implications of not adhering to party decisions.
The infographic slide provides an example where non-compliance with party decisions, according to the party’s constitution, means those members are considered to have switched parties and must vacate their seats.
It should be noted that Bersatu’s constitutional amendment to include the provision for automatic membership termination for non-compliance with party directives is similar to amendments made by the DAP, Amanah and Umno.
Thus, the Speaker should respect the party constitutions of Bersatu and other political parties, especially in aligning the enforcement of this act.
Additionally, the enactment of the anti-party hopping act [Act A1663] and the amendment to the Federal Constitution [Constitution (Amendment) Act (No 3) 2022] was also one of Bersih’s demands, followed by the Memorandum of Understanding (MoU) between the government and the opposition in 2021, which received the support of 209 MPs at the time.
Therefore, Bersih believes the Speaker has missed an opportunity to enforce and strengthen this act, supported by two-thirds of the House of Representatives, when it was tested for the first time in the nation’s political history.
The Speaker’s decision will once again create legal loopholes and erode public confidence in the sanctity of the Constitution and the rule of law – principles that underpin the National Principles (Rukun Negara).
This decision will also further sharpen the divide between the government and the opposition, making professional cooperation for reforms more difficult and freeing Parliament from the constraints of the executive body, thereby reinforcing the perception that the government is more interested in maintaining power than doing the right thing. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme