Home Coalitions Clean and Fair Elections Akta penggal tetap penuhi hasrat Agong

Akta penggal tetap penuhi hasrat Agong

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merujuk kepada artikel bertajuk “Usul tetap penggal Parlimen nafikan kuasa budi bicara Agong” oleh Prof Madya Dr Shamrahayu Aziz yang disiarkan pada 20 Februari.

Bersih mengalu-alukan wacana mengenai usul akta penggal tetap yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad sebagai sebahagian daripada usaha reformasi institusi Parlimen.

Kami bersetuju dengan Dr Shamrahayu bahawa ia merupakan satu perkembangan yang baik untuk Parlimen membahaskan perkara ini bersungguh-sungguh. Kendati begitu, kami kurang bersetuju bahawa usul ini menafikan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

Akta penggal tetap boleh digubal tanpa menggugat kuasa budi-bicara mutlak Agong untuk memperkenankan atau tidak memperkenankan pemohonan pembubaran awal oleh perdana menteri. Hal ini kerana Malaysia mempunyai perlembagaan bertulis, berbeza dengan UK yang tiada perlembagaan bertulis.

Maka selari dengan Perkara 40(2) di bawah Perlembagaan Persekutuan, sebuah akta penggal tetap boleh digubal dengan menetapkan bahawa Dewan Rakyat akan terbubar selepas genapnya lima tahun daripada tarikh ahli Parlimen mengangkat sumpah kecuali jika pemohonan untuk pembubaran awal boleh dibuat – atas dua kondisi yang ketat iaitu:

i) Kerajaan kehilangan kepercayaan Parlimen atau

ii) sekurang-kurangnya 148 orang ahli Dewan Rakyat mengusulkan pemohonan tersebut – dan seterusnya diperkenankan oleh Agong di bawah Perkara 40(2).

Ini bererti bahawa akta penggal tetap langsung tidak menyentuh malah mengekalkan kuasa budi bicara Agong untuk memperkenankan pemohonan PM atau tidak.

Tujuan akta penggal tetap adalah menghentikan duluan sesetengah ahli politik daripada sesuka hati memohon pembubaran awal kerana kemabukan kuasa.

Lebih penting lagi, akta penggal tetap sebenarnya melindungi Agong daripada diheret ke dalam kancah politik. Permainan ahli politik yang licik percaturannya membawa risiko kepada raja berperlembagaan kerana cenderung mengheret pihak istana untuk membuat keputusan politik yang mungkin menimbulkan prasangka rakyat.

READ MORE:  'Cyber-bullying' of Parliament? MCMC's absurd crackdown on critics

Tuanku sendiri bertitah ketika merasmikan pembukaan penggal parlimen ke-15 minggu lalu bahawa baginda tidak berniat untuk mencampuri urusan politik negara, apatah lagi untuk mengatur percaturan lanskap politik tanah air.

Maka, demi memenuhi hasrat tuanku supaya pihak istana tidak lagi diheret sewenang-wenangnya oleh ahli politik untuk mencampuri urusan atau mencatur lanskap politik negara, akta penggal tetap wajar dipertimbangkan bagi memperkukuhkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di negara ini. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x