Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengecam sekeras-kerasnya pintasan dan penahanan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF 2.0) di perairan antarabangsa berdekatan Greece baru-baru ini.
Menurut laporan BBC, sebanyak 22 kapal telah dipintas dan 180 aktivis, termasuk 10 rakyat Malaysia telah ditahan dan dibawa ke Israel.
GSF 2.0 ini turut membawa misi yang sama seperti gerakan mereka pada tahun lepas untuk memberikan bantuan kemanusiaan seperti makanan dan ubat-ubatan.
Masyarakat antarabangsa wajib mengecam dan mendesak Israel untuk segera bebaskan aktivis kemanusiaan yang diculik dan tidak melakukan keganasan kepada aktivis-aktivis ini.
Bersih terus berpendirian bahawa Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan telah diisytiharkan sebagai melakukan jenayah genosida oleh pelbagai badan antarabangsa termasuk Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ).
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Israel tidak mempunyai bidang kuasa di perairan antarabangsa, terutama di perairan Gaza, yang sedang mereka sekat untuk menghalang bantuan-bantuan kemanusiaan.
Israel perlu membuka seluas-luasnya pintu Rafah untuk membenarkan lori-lori bantuan kemanusian masuk ke Gaza dengan segera agar rakyat Gaza dan Palestin dapat menerima bantuan makanan dan perubatan. Ketika ini, Israel hanya membenarkan 200-300 lori bantuan sehari berbanding 600 lori bantuan yang diperlukan setiap hari.
Bersih bersolidariti bersama rakan-rakan aktivis GSF 2.0 yang telah ditangkap, dan berdiri teguh bersama rakyat Gaza di negara berdaulat Palestin. – Bersih, 30 April
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme











