Home Coalitions Clean and Fair Elections Benarkan lebih ramai rakyat mengundi (Malay/English)

Benarkan lebih ramai rakyat mengundi (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah melancarkan sebuah laporan kajian bertajuk “Meningkatkan Akses untuk Pengundian Dalam Pilihan Raya di Malaysia”.

Laporan tersebut dinaungi oleh Bersih 2.0 dan ditulis oleh penyelidik bebas, Chan Tsu Chong. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji halangan pengundi bagi menjalankan hak mereka untuk mengundi di Malaysia dan membuat cadangan bagaimana akses pengundian dapat diperbaharui untuk pengundian yang selamat serta memudahkan semua pengundi, terutamanya semasa pandemik Covid.

Laporan ini telah mengenal pasti beberapa halangan bagi pengundi untuk menggunakan hak mereka untuk mengundi:

  • Pendaftaran pengundi dan usia pengundian masih menjadi penghalang untuk mengundi di Malaysia. Pada bulan Julai 2019, Dewan Rakyat dengan sebulat suara meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan pendaftaran pemilih secara automatik dan menurunkan usia pengundian ke 18 tahun. Namun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menguatkuasakan pindaan ini. Akibatnya, lebih daripada 5.6 juta warganegara secara langsung tidak dapat mendaftar untuk mengundi
  • Sistem pengundian pos dan pengundian awal di Malaysia adalah terhad. Pengundi luar kawasan yang tinggal jauh dari kawasan pilihan raya mereka, tiada hak untuk mengundi secara pos atau pengundian awal. Mereka harus menanggung kos dari segi masa dan perbelanjaan perjalanan untuk mengundi pada hari pilihan raya, terutama bagi pengundi dari Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung Malaysia, dan sebaliknya
  • Pengundian secara undi pos ditawarkan kepada pengundi yang tinggal di luar negara. Jangka masa yang singkat antara hari penamaan calon dan hari pengundian memberi kesan buruk kepada penghantaran dan pengembalian undi pos
  • Orang kurang upaya menghadapi halangan fizikal untuk mengundi, terutama dari segi kemudahan di tempat mengundi. Tidak ada pengaturan untuk membantu mereka yang tidak dapat pergi ke tempat mengundi kerana masalah kesihatan atau kekurangan fizikal atau mental. Berbeza dengan amalan global, pesakit Covid tidak dibenarkan mengundi di pilihan raya umum dan pilihan raya kecil
  • Tarikh pilihan raya tidak ditetapkan atau diketahui terlebih dahulu. Parti-parti politik termasuk pembangkang akan rugi. SPR tidak dapat membuat persiapan untuk pilihan raya dengan pasti. Pengundi, terutama yang berada di luar kawasan menghadapi cabaran praktikal dari segi merancang jadual mereka supaya mereka tidak melepaskan peluang untuk mengundi
  • Tidak ada mekanisme untuk membenarkan banduan mengundi semasa pilihan raya. Selain itu, pengundi dari kumpulan berpendapatan rendah menghadapi halangan seperti kewangan dan masa untuk mengundi. Terdapat juga pengundi di kawasan terpencil yang masih menghadapi kesukaran praktikal untuk tiba di tempat mengundi secara fizikal
  • Inisiatif pendidikan pengundi yang tidak mencukupi. SPR telah menubuhkan Akademi Pilihan Raya tetapi anggaran yang diperuntukkan untuk pendidikan pengundi setiap tahun tidak jelas

Pandemik Covid yang merebak pada awal tahun 2020 dan meneruskan trend yang semakin buruk sekaligus menyekat dan menyulitkan hak mengundi dan akses kepada pengundian. Berikutan pengisytiharan darurat dari 12 Januari 2021, semua pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri ditangguhkan.

Bersih 2.0 percaya bahawa Covid akan berada di dalam komuniti untuk jangka masa yang lama, dan manusia harus belajar bagaimana untuk hidup dengan Covid serta belajar bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan cabaran dan norma baru ini.

Susulan halangan akses pengundian dan cabaran yang muncul oleh pandemik Covid, Bersih 2.0 segera menggesa pembaharuan berikut:

  • Menyegerakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik dan penurunan usia mengundi menjadi 18 tahun. Ini akan menjadikan 5.6 juta rakyat Malaysia secara automatik memasuki proses pemilihan
  • Semua kategori pengundi pos domestik yang ada hendaklah dihapuskan kerana kurangnya ketelusan dan kepercayaan terhadap proses SPR. Kategori pengundi pos yang ada dibenarkan untuk memilih melalui pengundian awal. Walau bagaimanapun, pengundian melalui pos domestik akan diperluas, pada dasar yang sangat terbatas, kepada orang kurang upaya atau pengundi dengan masalah kesihatan yang melarang mereka melakukan pengundian secara fizikal
  • Pengundian pos harus dikekalkan hanya untuk pengundi luar negeri dan diperluas ke pengundi yang tinggal di Singapura, Brunei, Kalimantan (Indonesia) dan Thailand selatan (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun). SPR harus menghapuskan syarat semasa pengundi luar untuk menghabiskan sekurang-kurangnya 30 hari di Malaysia dalam lima tahun terakhir untuk layak
  • Sistem pengundian awal harus diperbaharui dan diperluaskan kepada pengundi luar yang tidak hadir sepanjang hari pengundian dari negeri di mana dia didaftarkan untuk mengundi, kategori pengundi pos domestik dan pemilih yang dipenjara
  • Anggota tentera dan polis hendaklah memilih di bawah persekitaran bebas dan tidak tertekan semasa pengundian awal, tanpa kehadiran pegawai atasan mereka atau syarat lain yang boleh mempengaruhi kebebasan mereka untuk memilih atau menyebabkan sebarang intimidasi
  • SPR harus memastikan bahawa terdapat penambahan tempat mengundi yang mencukupi di kawasan terpencil, terutama di Sabah dan Sarawak. SPR perlu mengkaji penambahan tempat mengundi di kawasan bandar dengan tujuan menjadikan pengundian lebih mudah dan lebih murah bagi pengundi dari kawasan berpendapatan rendah
  • Dari segi langkah-langkah kesihatan dan keselamatan, SPR perlu menambahkan pusat mengundi atau saluran pengundian di dalam pusat pengundian, untuk menghindari terlalu banyak pengundi. Jumlah pengundi per-aliran pengundian perlu dihadkan kepada 400 pengundi sahaja, yang sesuai dengan saranan keselamatan umum untuk mengurangkan separuh kapasiti operasi tempat awam
  • Kerajaan perlu memperkenalkan akta penggal tetap Parlimen bagi tujuan mempunyai tarikh pilihan raya yang tetap untuk memastikan pengundi dan parti politik tidak terkejut dan mempunyai jangkaan yang sah tentang tarikh pilihan raya akan diadakan. Ini akan memudahkan pengundi membuat pengaturan masing-masing untuk mengundi
  • Kerajaan harus memastikan bahawa ada peruntukan yang mencukupi untuk pendidikan pengundi dengan sekurang-kurangnya 10% dari anggaran yang diperuntukkan kepada SPR akan diperuntukkan bagi tujuan pendidikan pengundi. SPR perlu meninjau pendekatan pelbagai pihak dalam pendidikan pengundi dan mengembangkan pelan tindakan pendidikan pemilih selama tiga tahun dengan berunding dengan pemegang taruh. Pelan tindakan hendaklah diumumkan, dan kemajuan perlu dipantau serta dikaji secara berkala – Bersih 2.0

English version

Allow more Malaysians to vote; make voting easier and safer

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) has launched a report entitled “Improving Access to Voting in Malaysia”.

The report was commissioned by Bersih 2.0 and written by Chan Tsu Chong to study the challenges for voters to exercise their right to vote in Malaysia and make recommendations on how the access to voting can be reformed to make it easier for all voters and safer in particularly during the Covid pandemic.

The report has identified several obstacles for voters to exercise their rights to vote:

  • Voter registration and voting age are still the barriers to vote in Malaysia. In July 2019, the Dewan Rakyat unanimously amended the Federal Constitution to allow for automatic voter registration and to lower the voting age to 18. However, the Election Commission has not enforced this amendment. Consequently, over 5.6 million citizens are directly disenfranchised
  • The present postal voting and advance voting system in Malaysia is limited in scope. Voters who are living away from their registered constituency are not entitled to postal or advance voting. They have to incur costs in terms of time and travel expenses to vote on election day, especially those from Sabah and Sarawak who are working in peninsular Malaysia, and vice versa.
  • Postal voting is offered to voters who are residing overseas. The short period between nomination day and polling day adversely affects the delivery and return of postal votes
  • Persons with disabilities face physical barriers to voting, especially in terms of the facilities in polling stations. There are no arrangements to assist those who cannot go to polling stations because of severe health issues or infirmities. Contrary to global best practices, Covid patients were not allowed to vote in previous state and by-elections
  • The election date is not fixed or known in advance. Political parties would be caught off guard and opposition parties would be at a disadvantage. The Election Commission cannot make preparations for elections with certainty. Voters, especially those living away from home, face practical challenges in terms of planning their schedules so that they do not miss the opportunity to vote
  • There is no mechanism to allow prisoners to vote during elections. Besides them, voters from the low-income group face financial and time-related barriers to voting. There are also voters in remote areas who still face practical difficulties in physically reaching polling stations
  • There are insufficient voter education initiatives. The Election Commission has established an Election Academy (Akademi Pilihan Raya) under its purview, but the budget allocated for voter education annually is unclear. The Covid pandemic that broke out in early 2020 and continues its worsening trend till today has further restricted and complicated the right to vote and access to voting of voters, following the declaration of several area-targeted emergencies and the proclamation of an emergency from 12 January 2021, which effectively suspended all by-elections and state elections.

Bersih 2.0 believes that Covid will stay with us for a long time, and human beings will have to learn how to live with Covid and learn how to adapt to this new challenge and the new norms.

In view of the barriers to access to voting in the current system and the challenges posed by the Covid pandemic, Bersih 2.0 urgently calls for the following reforms:

  • Immediately implement the automatic voter registration system and the lowering of the voting age to 18. This would immediately enfranchise 5.6 million Malaysians into the electoral process
  • All existing categories of domestic postal voters shall be abolished because of the lack of transparency and trust in the process and the Election Commission. The existing categories of postal voters shall be allowed to vote through advance voting instead. However, domestic postal voting shall be extended on a very limited basis to people with disabilities or voters with health issues that prohibit them from physically voting
  • Postal voting should be maintained only for overseas voters and shall be expanded to voters residing in Singapore, Brunei, Kalimantan (Indonesia) and southern Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla and Satun). The Election Commission should remove the current requirement for overseas voters to have spent at least 30 days in Malaysia in the last five years to be eligible
  • The advance voting system shall be reformed and expanded to
    • voters living away from home who are absent throughout polling day from the state where they are registered to vote
    • existing categories of domestic postal voters and
    • voters who are incarcerated in prisons
  • Military and police personnel shall vote under a free and unsuppressed environment during advance voting, without the presence of their superiors or any other conditions which may affect the exercise of their free will or cause intimidation.
  • The Election Commission shall ensure that there is a sufficient spread of polling stations in remote areas, especially in Sabah and Sarawak. It shall review the spread of polling stations in urban areas in view of making voting more convenient and less costly for voters from the low-income strata
  • In terms of health and safety measures, the Election Commission shall create additional polling stations or polling streams (saluran) within the polling station to avoid overcrowding of voters. The number of voters per polling stream shall be capped at 400 voters, which is in line with the general safety recommendation to halve the operating capacity of public venues
  • The government shall introduce a fixed-term Parliament act with the aim of having a fixed election date to ensure that voters and political parties are not caught by surprise and have legitimate expectations of when elections will be held. This would facilitate voters in making their respective arrangements to vote
  • The government must ensure there is a sufficient budgetary allocation for voter education with at least 10% of the budget allocated to the Election Commission, earmarked for voter education purposes. The Election Commission shall facilitate a multi-stakeholder approach in voter education and develop a three-year voter education action plan in consultation with the stakeholders. The action plan shall be made public, and progress shall be periodically monitored and reviewed – Bersih 2.0
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x