Bersih 2.0 menuntut agar Kumpulan TM untuk menarik balik semula garis panduan melarang ahli atau pekerjanya untuk menjadi polling agent dan counting agent (Paca) pada pilihan raya umum nanti.
Kumpulan TM dan semua majikan lain harus sedar bahawa, hak seorang rakyat Malaysia adalah lebih daripada hanya membuang undi pada 9 Mei 2018.
Seseorang itu tidak seharusnya dihalang untuk berpatisipasi dalam proses pilihan raya seperti menjadi Paca selagi pekerja-pekerja mereka berbuat demikian di luar masa pekerjaan mereka atau semasa cuti mereka. Ini adalah hak individu sebagai rakyat, dan tiada apa-apa dalam undang-undang Malaysia yang melarang tindakan sedemikian.
Kumpulan TM dan majikan lain sepatutnya mendorong ahli atau pekerjanya untuk Paca agar intergriti pilihan raya itu dalam dipelihara dan diangkat. Partisipasi dalam pilihan raya rasa tidak diterhadkan dengan membuang undi.
Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.