Home Coalitions Clean and Fair Elections Benarkan rakyat bebas bersuara dalam krisis ‘kerajaan pintu belakang’ (Malay/English)

Benarkan rakyat bebas bersuara dalam krisis ‘kerajaan pintu belakang’ (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menggesa polis untuk menghentikan segera penekanan terhadap aktivis masyarakat madani, termasuk naib-pengerusi (Sabah) kami, Beverly Joeman, dan benarkan rakyat untuk bebas bersuara tentang “kerajaan pintu belakang” yang ditubuhkan oleh Perikatan Nasional (PN).

Dalam krisis kerajaan pintu belakang ini, pihak polis perlu bersikap neutral dan menjalankan tugas mereka secara profesional untuk mempertahankan hak rakyat dan bukan menekan demonstrasi yang aman.

Penekanan polis, dalam bentuk penyiasatan polis terhadap aktivis, merupakan gangguan dan intimidasi untuk menakutkan orang awam dan mencegah rakyat untuk lebih ramai keluar membantah kerajaan pintu belakang PN.

Intimidasi sebegini bukan sahaja membazirkan sumber pihak polis, malah ia bercanggah dengan hak asasi untuk bersuara dan berhimpun secara aman yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Fadiah Nadwa Fikri, yang dikatakan terlibat dalam protes di Dataran Merdeka pada 25 Februari, telah disiasat pada 3 Mac di bawah Akta Hasutan dan Akta Multimedia dan Komunikasi.

Beliau disiasat lagi pada 4 Mac berkenaan dengan satu demonstrasi pada 29 Februari, bersama dengan empat orang aktivis lagi pada jam 1pm di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi.

Beverly Joeman, naib-pengerusi Bersih 2.0, adalah salah seorang daripada 16 aktivis yang disiasat oleh polis di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 pada 4 Mac jam 3.00pm di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi. Mereka dikatakan terlibat dalam demonstrasi yang berlaku di Pasaraya Sogo pada 1 Mac 2020.

Lima belas orang akitivis yang lain termasuk Amir Hariri, Asmalif Abdul Adam, Abbas Azmi, Muhammad Faiz Fadzil, Amar Atan, Nalini, Asheeq Ali, Aishah, Azam, Takim, Rendy, Dobby Chew, Ustaz Ridzuan dan Marina Mahathir.

READ MORE:  Elakkan istilah Islamofobia dijadikan alat untuk membungkam kebimbangan yang sebenarnya

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Allow Rakyat to speak their minds amid ‘backdoor government’ crisis

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) calls on the police to stop immediately the clampdown on civil society activists, that includes our vice-chairperson (Sabah) Beverly Joeman, and allow the rakyat to speak their mind on the “backdoor government” formed by the Perikatan Nasional (PN).

In this political crisis of backdoor government, the police should remain neutral and act professionally to protect the right of the people instead of clamping down on peaceful demonstrations.

The clampdown, in the form of police investigation of these activists, is a form of harassment and intimidation, with the effect of instilling fear in the public and deterring more citizens from coming out to protest against the PN backdoor government.

Such intimidation is not only a waste of police resources, it is in contradiction with the basic right to freedom of expression and freedom of assembly enshrined under the Federal Constitution.

Fadiah Nadwa Fikri, who allegedly participated in the protest on 25 February at Dataran Merdeka, was investigated on 3 March under the Sedition Act and the Multimedia and Communication Act.

She was again called for investigation on 4 March for another demonstration held on 29 February together with four other activists at 1pm at Dang Wangi police station.

Beverly Joeman, vice-chairperson of Bersih 2.0, is among 16 who were called for investigation under the Peaceful Assembly Act 2012 on 4 March at 3pm at Dang Wangi police station. They were allegedly involved in a demonstration held on 1 March 2020 at Sogo shopping mall.

READ MORE:  Press freedom group slams Malaysia's backsliding on freedom of expression

The other 15 activists are Amir Hariri, Asmalif Abdul Adam, Abbas Azmi, Muhammad Faiz Fadzil, Amar Atan, Nalini, Asheeq Ali, Aishah, Azam, Takim, Renny, Dobby Chew, Ustaz Ridzuan and Marina Mahathir.

Bersih 2.0 steering committee

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x