[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi) bahawa kabinet telah bersetuju untuk menggubal satu akta pendanaan politik.
Di dalam ucapan beliau di Dewan Rakyat baru-baru ini, Azalina juga berkata bahawa kabinet telah merujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas parlimen Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi untuk mempertimbangkan tujuh skop dasar yang dirangka oleh kabinet.
Tujuh skop atau parameter dasar yang dirangka ini adalah baik tetapi kami berharap bahagian hal ehwal undang-undang (BHEUU) dan/atau jawatankuasa pilihan khas parlimen tersebut akan melibatkan semua pihak berkepentingan secara aktif sebelum rang undang-undang itu dibentangkan ke Parlimen, terutamanya pertubuhan masyarakat sivil yang sekian lama aktif berkempen dan mencadangkan butiran untuk akta pendanaan politik yang mantap.
Bersih juga berharap akta baharu ini juga akan memasukkan komponen untuk pembiayaan awam untuk parti politik. Hal ini akan memastikan bahawa akta ini bukan sahaja akan mengawal selia cara parti mendapatkan pembiayaan mereka tetapi juga menyediakan pendanaan awam berdasarkan peratusan undi mereka pada pilihan raya lalu serta dana khas kepada parti untuk menggalakkan perwakilan wanita di Dewan Rakyat.
Komponen pendanaan awam ini penting untuk meminimumkan pergantungan parti-parti dan ahli-ahli politik kepada penderma korporat besar, yang mungkin cuba mempengaruhi dasar kerajaan atau mempunyai akses kepada kontrak kerajaan secara tidak adil.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Akta pendanaan politik telah lama diperbincangkan dan beberapa kali tertangguh untuk dibawa ke Dewan Rakyat. Kini tiba masanya untuk negara melangkah setapak lagi dalam mereformasi sistem politik negara. – Bersih
English version
Make public funding for political parties part of political financing act
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) welcomes the announcement by Azalina Othman Said that the cabinet has agreed to the enactment of a political financing act.
During her speech in the House of Representatives recently, Azalina said the cabinet had referred seven policy parameters to the parliamentary Special Select Committee on Human Rights, Election and Institutional Reform for their consideration.
The seven policy considerations or parameters are welcomed but we hope that the legal affairs division and/or the special select committe will actively engage with all stakeholders before the bill is tabled in Parliament, especially civil society organisations that have been actively campaigning and proposing details for a robust political financing act.
Bersih also hopes that the new act will include a component for public funding of political parties. This will ensure that the act will not only regulate how parties get their funding but also provide public funding based on the vote share [of the various parties] in the last election and a special fund for political parties to increase their women representatives in House of Representatives.
With this component, we want to minimise the parties’ dependency on large corporate donors who may try to influence government policies or have unfair access to government contracts.
The political financing act has been discussed before and delayed for too long now; it is high time now for it to be tabled in the House of Representatives. Now is the time for our nation to move one step forward to reform our political system. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme