Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 6 Oktober dalam kes Akta Hasutan 1948 melibatkan Profesor Madya Dr Azmi Sharom membangkitkan banyak kebimbangan, kata Bersih 2.0.
Azmi didakwa di bawah akta tersebut tahun lalu ekoran komentar akademiknya dalam sebuah tulisan terhadap kes krisis perlembagaan negeri Perak pada tahun 2009.
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) melihat keputusan mahkamah dalam mempertahankan keperlembagaan Akta Hasutan 1948 sebagai satu lagi batu tanda dalam jalan panjang menafikan hak membantah di negara ini.
Keputusan kes Azmi pastinya meresahkan puluhan lagi yang telah turut terperangkap dalam pukat tunda Akta Hasutan tahun lalu, termasuklah demikian ramai Ahli-ahli Parlimen dan aktivis sosial.
Adakah ini modus operandi pihak kerajaan dalam memastikan pentadbirannya tidak dicabar dan diganggu-gugat, dengan memangsakan para pemimpin masyarakat menggunakan undang-undang zalim dan seterusnya memenjarakan mereka yang mengakibatkan mereka hilang kelayakan bertanding dalam pilihanraya?
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Negara yang tidak membenarkan warganya mempersoal dan mengkritik, apatah lagi kritikan akademik ternyata hidup dalam sistem demokrasi yang cacat dan tidak sihat. Adakah ini aspirasi parti pemerintah, untuk menguruskan pentadbiran negara secara sendirian, tanpa semak imbang daripada parti-parti pembangkang dan juga aktivis masyarakat?
Kerajaan harus mengambil iktibar daripada pesan bekas presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy; yang berkata bahawa “mereka yang memustahilkan perubahan secara aman, tidak akan dapat mengelak perubahan melalui keganasan”.
Justeru, Bersih 2.0 menasihatkan kerajaan untuk tidak mengambil garis keras dalam membungkam hak membantah rakyat Malaysia.
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang terdiri daripada –
Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Ini sebab dimansuhkan olih tdm…