Home Coalitions Clean and Fair Elections Bersih 2.0, Engage mengucapkan terima kasih di atas sokongan kepada #MakanKongsi (Malay/English)

Bersih 2.0, Engage mengucapkan terima kasih di atas sokongan kepada #MakanKongsi (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan rakan kerjasama kami daripada Engage ingin mengumumkan bahawa dengan pelonggaran perintah kawalan pergerakan, kami akan menggulung inisiatif #MakanKongsi dan memberhentikan pengutipan sumbangan pada 6 Mei dan hari-hari yang seterusnya.

Kami ingin mengucapkan dengan seikhlas hati rasa terima kasih kepada semua 1,683 penyumbang, 50 rakan kerjasama kami, serta jawatankuasa kerja #MakanKongsi yang memastikan keberjayaan inisiatif tersebut sepanjang tempoh yang sangat getir ini.

#MakanKongsi bermula dengan seruan sederhana untuk mengutip RM13,440 oleh Engage pada 20 Mac bagi menyediakan baucar makanan agar rakyat jalanan dapat terjaga sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Bersama-sama Bersih 2.0, ianya telah berkembang dalam beberapa minggu menjadi pendana bantuan kemanusiaan kepada NGO dan individu yang lain yang bergerak kerja untuk memudahkan kesukaran yang ditanggung oleh komuniti rentan semasa tempoh perintah kawalan pergerakan.

Sepanjang perjalanan ini, kami telah banyak belajar daripada pelbagai kisah menyayat hati dan terkesima dengan kesusahan yang dihadapi oleh ramai orang. #MakanKongsi sesal kerana tidak mampu membantu setiap mereka yang dalam kesusahan.

Namun dengan sumbangan orang ramai, dan kerja keras oleh rakan-rakan, kami telah berjaya mengumpulkan RM544,262.72 setakat 6 Mei dan telah memberikan 99 geran dalam bentuk baucar makanan, bantuan kewangan serta pek makanan asas kepada hampir 19,786 penerima di seluruh Malaysia tanpa mengira etnik, kewarganegaraan dan kepercayaan.

Walaupun kami sedang menghentikan #MakanKongsi bagi memberikan semula tumpuan kepada tujuan asas kami sebagai organisasi reformasi pilihan raya, kami sedar bahawa masih banyak cabaran yang akan dihadapi oleh mereka yang terkesan dengan perintah kawalan pergerakan.

Walaupun perintah kawalan pergerakan akan ditamatkan sepenuhnya kelak, golongan yang memerlukan dan pekerja bergaji hari serta yang bekerja dengan perusahaan kecil sederhana masih lagi dalam keadaan berisiko, dan bantuan masih diperlukan oleh sebahagian daripada mereka.

Justeru, kami menyeru rakyat Malaysia yang murah hati untuk terus menyokong organisasi dan individu yang membantu mereka.

Bersih 2.0 dan Engage ingin mengambil peluang ini untuk mengiktiraf dan menghargai semua inisiatif rakyat, daripada organisasi kepada individu sehinggalah ahli politik, dalam membantu komuniti rentan dan menyokong petugas kesihatan di barisan hadapan, pegawai penguatkuasa yang menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan bagi memastikan kita dapat mengawal penyebaran Covid-19 dengan berkesan. Sudah tentu kita boleh keluar dari wabak ini dengan #TeguhBersama dan menghayati semangat #KitaJagaKita.

Akhirnya, kami mengamalkan standard akauntabiliti dan ketelusan yang tinggi dengan memaparkan kepada anda pautan untuk melihat sendiri senarai rakan kerjasama, geran yang diberikan, komuniti yang dibantu, jumlah penerima, sumbangan terkini, jumlah pengeluaran dan baki sumbangan. Pautan ini adalah di https://bit.ly/MKpartners.

Kami juga akan memuatnaik laporan akhir #MakanKongsi sebaik sahaja setiap sen yang disumbangkan kepada #MakanKongsi habis dibelanjakan. Sebagaimana janji kami, setiap sen yang dikutip akan ditukarkan menjadi makanan kepada yang memerlukan.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

Jawatankuasa eksekutif Engage

English version

As they wind down, Bersih 2.0, Engage thank you supporting #Makankongsi, they will be winding down

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih2.0) and our partner Engage would like to announce that with the easing of the movement control order (movement control order), we will be winding down #MakanKongsi and are calling for a halt to the collection of donations from 6 May onwards.

We wish to express our heartfelt gratitude to all the 1,683 donors, our 50 partners and our #MakanKongsi working committee for making this initiative a resounding success during these most trying times.

#MakanKongsi was first initiated with a humble call for RM13,440 by Engage on 20 March to provide food vouchers so that the homeless will be taken care of during the movement control order.

Together with Bersih2.0, it evolved over the weeks into a humanitarian aid funder for other NGOs and individuals who are working to ease the hardship of the most vulnerable communities during the movement control order.

Along the way, we learned of so many heartfelt stories and are appalled by the hardship faced by so many. #MakanKongsi regrets that we are not able to help every one of them.

However, with the public donations and the hard work of our partners, we collected RM544,262.72 until 6 May and gave out 99 grants in the form of food vouchers, financial aid and provision packs to about 19,786 beneficiaries all across Malaysia, regardless of ethnicity, nationality and creed.

Although we are wrapping up #MakanKongsi to focus on our core purpose as an electoral reform organisation, we are well aware that there are still many challenges ahead for those affected by the movement control order.

Even if the movement control order is fully lifted, the needy and daily- wage earners and the small and medium-sized businesses they work for are still at risk, and assistance would still be required for some. As such, we call on all generous Malaysians to continue supporting organisations and individuals who are helping those in need.

Bersih 2.0 and Engage would like to acknowledge and appreciate all the people’s initiatives, from organisations to individuals to politicians, in helping the vulnerable communities and supporting the medical frontline staff and the security personnel who enforced the movement control order to ensure that we control the spread of Covid-19 effectively. Surely, we can come out of this #StrongerTogether as we embrace the spirit of #KitaJagaKita.

Last but not least, we exercise a high standard of accountability and transparency, we have put up a link for you to view our list of partners, grants given, communities served, the number of beneficiaries, donations to date, total disbursements and balance. The link is at https://bit.ly/MKpartners.

We will also make public our final report of #MakanKongsi on our website as soon as we have dispensed every single sen donated to #MakanKongsi. As promised, all money raised will be converted to meals for the needy.

Bersih 2.0 steering committee

Engage executive committee

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x