Kerajaan ternyata tidak belajar daripada kesilapan mereka sebelum ini menghalang aktivis-aktivis payung kuning Hong Kong daripada bercakap kepada khalayak umum, ujar Bersih 2.0.
Pada jam 12 tengah hari pada 7 Januari 2016, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah dimaklumkan bahawa tetamu jemputan kami untuk Saudara Mugiyanto, telah ditahan di bahagian imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan dihantar pulang.
Mugiyanto dijadual berucap pada malam itu di forum tentang gerakan rakyat, bersempena acara Yellow Mania anjuran Bersih 2.0 sepanjang minggu lalu di Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor.
Mugiyanto adalah salah seorang aktivis Indonesia yang pernah ditahan Kopassus sewaktu aksi menentang Orde Baru pimpinan rejim Suharto, ketika gerakan Reformasi berlangsung di Indonesia.
Beliau dijangka berucap malam itui, bagi berkongsi pengalaman dan pendapat beliau bersama hadirin, terutamanya anak-anak mahasiswa.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Bersih 2.0 mengutuk keras tindakan kebudak-budakan pihak berwajib yang menghalang Mugiyanto daripada berucap dan menghantarnya pulang. Ini satu lagi bukti kerakusan pihak kerajaan pimpinan Barisan Nasional untuk menghalang hak membantah dan bersuara. Mereka seharusnya malu dengan tindakan yang tidak matang dan pendek akal ini.
Bersih 2.0 tetap menghadirkan Mugiyanto ke forum malam itu, melalui aplikasi Skype. Kerajaan ternyata tidak belajar daripada kesilapan mereka sebelum ini menghalang aktivis-aktivis payung kuning Hong Kong daripada bercakap kepada khalayak umum.
Bersih 2.0 tidak terkejut sekiranya forum malam itu turut diganggu pihak keselamatan. Pasukan undang-undang kami bersedia berhadapan sebarang kemungkinan.
Bersih 2.0 ingin menegaskan bahawa kami tidak akan tunduk sama sekali dengan segala intimidasi sang penguasa. Bersih 2.0 kini berikrar untuk menjelajah keseluruh negara membawa kempen #YellowMania. Kalau dulu hanya suara dan himpunan menjadi ketakutkan pemerintah, kini nampaknya gambar dan mewarna juga telah menjadi satu ketakutan sang pemerintah.
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang terdiri daripada –
Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Shahrul Aman Mohd Saari; Bendahari: Thomas Fann; wakil kebangsaan: Ng Geok Chee, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan Rama Ramanathan; naib pengerusi: Ann Teo (Sarawak), Ong Lai Mun (Semenanjung Selatan), Jay Jay Denis (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme