Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyelar tindakan berterusan pihak polis untuk menakutkan dan mengganggu peserta perhimpunan aman Bersih 4.
Terbaru pada 17 November 2015, Bad Latif Mansor dipanggil untuk memberi keterangan dalam siasatan terhadap perhimpunan tersebut.
Ini dilakukan setelah baru sahaja beberapa minggu lalu isteri dan anak beliau, Nashita Mohd Noor dan Asiah Latif, dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis.
Kebebasan berhimpun adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai hak sejagat, dan ia tidak wajar disekat-sekat demi kepentingan politik mana-mana pihak.
Bukan sahaja itu, orang ramai juga mempunyai hak demokratik untuk menyuarakan kritikan dan bantahan. Hak ini tidak boleh digugat atau cuba dinafikan dengan menakut-nakutkan orang ramai.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Bersih 2.0 justeru menggesa supaya semua siasatan dan pendakwaan terpilih terhadap mana-mana peserta perhimpunan aman Bersih 4 dihentikan.
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang terdiri daripada:
Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme