Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengambil maklum kenyataan media yang dikeluarkan ketua umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim ,melalui peguam-peguamnya, mengumumkan lahirnya sebuah muafakat politik baru.
Bersih 2.0 juga mengambil maklum klarifikasi yang diberikan oleh Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkenaan penjelasan tentang hubungan NGO termasuk Bersih 2.0 dalam muafakat tersebut.
Klarifkasi tersebut menjelaskan bahawa Bersih 2.0 akan menjadi rakan kerjasama dan tidak terlibat secara langsung secara partisan dalam muafakat baru itu.
Bersih 2.0 menyambut baik sikap inklusif muafakat baru tersebut, namun menegaskan bahawa Bersih 2.0 berpendirian tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
Bersih 2.0 bersedia bekerjasama dengan semua pihak yang menyokong agenda perubahan ke arah sebuah negara dengan tatakelola yang bersih dan adil.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang terdiri daripada:
Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme