Home Coalitions Clean and Fair Elections Bersih 2.0: Kita jumpa di Dataran Merdeka

Bersih 2.0: Kita jumpa di Dataran Merdeka

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Bersih 2.0 setakat ini telah menerima sumbangan derma berjumlah lebih RM2 juta. Alangkah baiknya jika nilai derma itu turut dicerminkan dengan jumlah penyertaan rakyat Malaysia dalam Bersih 4.

Satu hari sahaja lagi sebelum rakyat Malaysia turun beramai-ramai ke jalanan Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu bagi menyatakan desakan terhadap lima tuntutan perhimpunan aman Bersih 4:

  • Pilihanraya bersih,
  • Kerajaan bersih,
  • Kukuhkan demokrasi berparlimen,
  • Hak membantah, dan
  • Selamatkan ekonomi negara.

Di Kuala Lumpur, kita akan bertemu pada jam 2 petang di lima tempat:

  • Masjid Negara,
  • Brickfields,
  • Pasar Seni,
  • Menara Maybank dan
  • di hadapan kompleks Sogo;

sebelum berjalan menuju ke kawasan sekitar Dataran Merdeka.

Kita tidak akan melampaui halangan-halangan yang telah diletakkan oleh pihak polis, dan kita tidak akan masuk ke Dataran Merdeka bagi menghormati majlis raptai dan persiapan menyambut Hari Merdeka.

Bersih 2.0 telah dimaklumkan bahawa jalanraya yang ditutup bagi majlis raptai sambutan Hari Merdeka hanya ditutup pada waktu-waktu tertentu yang tidak melibatkan jangka masa perhimpunan Bersih 4 berjalan. Hal ini juga sudah disahkan oleh pihak polis.

Bermula jam 2 petang 29 Ogos, sehingga 11:59 malam 30 Ogos, pihak penganjur Bersih 4 telah menyusun beberapa acara di beberapa pentas yang diletakkan di kawasan-kawasan strategik sekitar Dataran Merdeka.

Ini termasuklah acara kebudayaan, ucapan, syarahan awam, bacaan puisi dan acara kerohanian termasuk solat hajat yang akan dikendalikan oleh rakan-rakan dari Abim dan Ikram.

Kita akan mengakhiri acara perhimpunan aman 34 jam ini dengan laungan Merdeka tepat tengah malam 31 Ogos, dan semua peserta mesti bersurai.

Di Kota Kinabalu, tempat berkumpul pada jam 2 petang ditetapkan di tapak letak kereta Sabah Trade Centre (Likas Square) dan para peserta himpunan akan berarak ke tapak perhimpunan 34 jam di Tanjung Lipat Public Park. Di Kuching, peserta akan berkumpul di Padang Jubilee dan Pelita Car Park.

Acara Global Bersih di lebih 60 bandar utama seluruh dunia akan berjalan pada tarikh dan masa yang sama mengikut zon waktu masing-masing.

Arahan am: Keselamatan, perubatan dan ‘urgent arrest’

Bersih 2.0 secara tegas melarang peserta daripada membawa senjata dan bahan letupan, termasuklah mercun, flare dan bom asap.

Kami juga tidak menggalakkan ibu bapa membawa kanak-kanak di bawah umur ke perhimpunan Bersih 4. Sekiranya tidak ada pilihan lain selain membawa anak-anak ke tapak perhimpunan, kami berharap ibu bapa dapat menjaga kebajikan dan keselamatan anak-anak mereka serta bertindak secara bertanggungjawab.

Kami juga secara tegas mengecam dan melarang sebarang tindakan vandalisme terhadap harta awam, selain menegah para peserta daripada terlibat dalam sebarang aktiviti ganas atau melayan sebarang provokasi daripada mana-mana pihak. Sila maklumkan sebarang provokasi kepada pihak keselamatan atau terus kepada pihak polis.

Pasukan bantuan kecemasan akan berada di kawasan-kawasan strategik dan siap sedia dengan ambulan masing-masing sekiranya keadaan memerlukan sesiapa dievakuasi dari tapak perhimpunan akibat sebarang kecederaan atau masalah kesihatan. Sekiranya memerlukan khidmat pasukan medik, sila hantarkan SMS dengan maklumat lokasi, bangunan/landmark terdekat dan maklumat kejadian ke nombor: 011-12377118 atau 013-2036911.

Sekiranya ditangkap, sila bertenang dan hubungi pasukan ‘urgent arrest’ menggunakan SMS dengan memberikan nama, nombor kad pengenalan dan lokasi balai polis ke nombor: 018-3160214 atau 018-3907780 atau 018-3135988.

Majlis Peguam dan Pusat Bantuan Peguam turut menyediakan khidmat sekiranya anda ditangkap, dan mereka boleh dihubungi di 018-3211506 atau 011-12140877.

Bersih 2.0 mengajak seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira latar politik, agama dan keturunan untuk sama-sama hadir dalam perhimpunan yang penuh sejarah ini. Secara khususnya kami menjemput para penyokong parti pemerintah, terutamanya dari Umno serta penjawat awam terutamanya pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bersama-sama rakyat biasa bagi mendesak perubahan demi negara yang sama-sama kita cintai.

Bersih 2.0 setakat ini telah menerima sumbangan derma berjumlah lebih RM2 juta. Alangkah baiknya jika nilai derma itu turut dicerminkan dengan jumlah penyertaan rakyat Malaysia pada hujung minggu ini bagi mendesak penambahbaikan kearah mengukuhkan institusi demokrasi berparlimen demi memastikan sistem kerajaan, pilihanraya dan demokrasi seluruhnya berjalan dengan bersih, demi menyelamatkan ekonomi dan kemakmuran rakyat negara ini.

Dikeluarkan oleh,

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang terdiri daripada:

Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x