Home Coalitions Clean and Fair Elections Bersih 2.0: Laksanakan Undi18 segera, pengerusi SPR perlu letak jawatan

Bersih 2.0: Laksanakan Undi18 segera, pengerusi SPR perlu letak jawatan

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengalu-alukan kenyataan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan, bahawa kerajaan akan melaksanakan Undi18 dalam tempoh terdekat.

Ini menunjukkan tekanan demi tekanan daripada rakyat yang menuntut hak mereka telah berjaya.

Namun, Takiyuddin perlu memberikan satu tarikh yang jelas untuk pelaksanaan Undi18 dengan segera agar rakyat dapat menilai dan memantau pengurusan pengendalian pelaksanaan Undi18 ini. Kenyataan bahawa ia akan dilaksanakan “dalam tempoh terdekat” boleh terbuka kepada interpretasi dan amat tidak menyakinkan semua pihak.

Kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu memberikan penjelasan mengapa hanya sebulan lepas mereka menyatakan Undi18 tidak dapat dilaksanakan, namun melalui kenyataan Takiyuddin pada 29 April ianya boleh pula dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Adakah sebelum ini kerajaan sengaja ingin melambatkan pelaksanaan Undi18 dan menghalang hak anak muda berumur 18 tahun untuk turun mengundi? Adakah pengerusi SPR juga mengikut arahan kabinet untuk melengahkan pelaksanaan Undi18? Ini menimbulkan persoalan penting samada SPR masih sebuah badan yang bebas daripada kerajaan.

Bersih 2.0 juga menggesa supaya kerajaan dan SPR untuk melaksanakan pendaftaran pemilih automatik, seperti yang dijanjikan pada pertengahan tahun ini oleh SPR dibawah pimpinan Azhar Azizan Harun. SPR telah diberikan masa yang mencukupi untuk melaksanakan pendaftaran automatik dan ia tidak patut ditangguhkan lagi tanpa sebab-sebab yang jelas dan munasabah.

Bersih 2.0 berpandangan bahawa pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh tidak kompeten dan layak untuk memikul tanggungjawab yang besar bagi melaksanakan pendaftan automatik dan Undi18. Dalih beliau sebelum ini yang mengatakan bahawa Undi18 hanya boleh dilaksanakan pada September tahun hadapan menunjukkan beliau tidak mampu mengemudi institusi yang penting ini.

Bersih 2.0 menggesa agar beliau berundur secara terhormat sekarang sebelum reputasi buruk beliau membawa kejatuhan SPR sekali lagi. – Bersih 2.0

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x