
[ENGLISH VERSION BELOW] Menjelang pilihan raya umum yang semakin hampir, inilah masa keemasan untuk menuntut perubahan substantif kepada sistem pilihan raya kita, sebagaimana kita berjaya mendapatkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen bagi Penambahbaikan Pilihan Raya yang pertama pada tahun 2012 sebelum pilihan raya umum ke-13 yang dinanti-nantikan itu.
Penubuhan jawatankuasa itu dengan sendirinya cukup bermakna kerana ia menunjukkan bahawa pihak berkuasa telah mendengar suara rakyat yang dilaungkan melalui tiga perhimpunan raksasa yang mendahuluinya dan serta kenyataan Bersih 2.0 yang kerap.
Namun hanya dua cadangan daripada 22 yang diberi oleh jawatankuasa tersebut dilaksanakan pada pilihan raya umum yang menyusulinya tidak lama selepas itu – iaitu peruntukan berkenaan pengundian luar negara dan pengundian awal oleh kakitangan media.
Namun begitu, undi pos bagi rakyat Malaysia di luar negara tidak dilaksanakan dengan baik memandangkan hanya 6,000 daripada lebih sejuta rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara mengundi, ditambah lagi masalah yang berpunca daripada kekurangan maklumat, kakitangan terlatih dan keselamatan tatacara.
Lima tahun kemudian, menjelang pilihan raya umum yang ke-14, tiba juga masanya untuk mempertimbangkan langkah yang amat diperlukan untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap pilihan raya supaya tiada kesangsian terhadap kesahihan pemenang dalam persaingan ini di mana pertaruhannya kian meningkat memandangkan dinamik politik yang sudah jauh berubah. Pilihan raya mesti dimenangi dengan adil dan dilihat sebagai sedemikian supaya kehendak rakyat benar-benar dipenuhi seperti yang dijanjikan oleh demokrasi.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Ke arah matlamat ini, Bersih 2.0 pada 16 Mei 2017 melancarkan kempen reformasi pilihan raya kami, “Pertahankan Nilai Undi Anda!” (#UndiSayaPenting)
Kempen ini bermula dengan penyerahan rasmi memorandum kami secara serentak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pejabatnya di Putrajaya, Kota Kinabalu, Alor Star, Kota Bharu, George Town dan Ipoh, serta Johor Bahru pada tarikh kemudian.
Memorandum itu menyenaraikan tuntutan kami terhadap SPR yang boleh dilaksanakan dalam tempoh 10 bulan. Langkah-langkah ini diolah untuk meningkatkan ketelusan, kebertanggungjawaban dan kecekapan dalam semua proses pilihan raya dan pihak berkuasa, serta memulihkan sekatan dan imbangan di antara semua pihak daripada SPR ke parti politik dan pengundi.
Tuntutan penambahbaikan kami ialah:
- pelantikan dan penstrukturan semula SPR yang bebas dan bertanggungjawab secara langsung kepada Parliamen;
- membasmi korupsi dan politik wang;
- melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik;
- menjalankan suatu audit yang lengkap terhadap daftar pemilih dan mewujudkan langkah-langkah bagi memperkukuh dan mempertahankan integritinya;
- menyemak semula syarat-syarat kelayakan dan proses untuk pengundi tidak hadir, terutamanya bagi pengundi Sabah dan Sarawak, dan pengundi Malaysia yang bermastautin di luar negara;
- membenarkan pemerhati pilihan raya tempatan dan antarabangsa untuk berfungsi secara bebas sepanjang pilihan raya;
- mewujudkan sempadan pilihan raya yang adil untuk menggantikan cadangan terkini Suruhanjaya Pilihan Raya yang bertentangan dengan perlembagaan;
- mewujudkan persekitaran yang membolehkan liputan media dijalankan dengan bebas dan adil semasa pilihan raya;
- melaksanakan tempoh kempen selama 21 hari.
Hanya tinggal lebih daripada setahun sehingga tarikh terakhir pilihan raya umum mesti diadakan mengikut perlembagaan. SPR boleh dan harus bertindak ke atas permintaan kami dengan segera jika ia serius mengenai misinya untuk “menegakkan sistem demokrasi berparlimen dan memastikan hak rakyat untuk memilih wakil mereka dengan mengurus, memantau dan menjalankan pilihan raya secara bebas dan adil”.
Kami rela bekerja dengan SPR secara sukarela dalam melaksanakan langkah-langkah ini demi PRU14 yang bebas dan adil, dengan syarat bahawa pilihan raya tidak boleh diadakan sehingga pembaharuan ini dilaksanakan.
Bersih 2.0 juga mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan SPR mengenai cadangan jawatankuasa terpilih Parlimen lima tahun yag lalu – iaitu, untuk mengkaji sistem pilihan raya alternatif ke arah menggantikan sistem first-past-the-post ini.
Kami percaya Malaysia perlu memasukkan unsur perwakilan berkadar seperti senarai parti ke dalam sistem pilihan raya sebagai kaedah yang lebih berkesan dan menyeluruh yang mencerminkan pilihan raya yang adil.
Oleh itu, walaupun kita memberi tumpuan kepada pembaharuan jangka pendek untuk PRU14, adalah penting untuk mengutamakan pembaharuan jangka panjang sekarang juga dengan mengadakan perundingan untuk merancang ke arah perubahan sistem pilihan raya kita.
SPR dan kerajaan persekutuan mesti memulihkan kepercayaan orang ramai pada hak demokratik kita yang paling asas, dan mesti berusaha untuk menyamai atau mencatatkan keputusan yang lebih baik daripada rekod keluar mengundi *85 peratus pada pilihan raya umum sebelumnya.
Sila bermula dengan menyetujui tuntutan kami.
Jawatankuasa induk Bersih 2.0
16 May 2017
Bersih 2.0 launches ‘Make Your Vote Count’ campaign to demand electoral reforms before general election
With the general election looming, there is no better time to demand substantive reforms to our electoral system in the same way we managed to get a first-ever Parliamentary Select Committee on Electoral Reform in 2012 prior to the highly anticipated 13th general election.
The establishment of the committee itself was a milestone for it indicated that the authorities had heard the people’s voice, as expressed through the three mammoth rallies that preceded it and the constant public callouts through Bersih 2.0.
Yet only two recommendations out of the 22 produced by the committee were implemented in the general election that came soon after – allowing all overseas Malaysians to vote by postal ballot and advance voting for media personnel.
Even then, the former was poorly carried out, with only 6,000 out of more than one million Malaysians living overseas voting, on top of problems stemming from a lack of information, trained personnel and procedural security.
Five years on, ahead of another general election, it is time to take stock of what is urgently needed to restore public confidence in the elections so that there can be no question of the legitimacy of the winner with the higher stakes at play in view of the vastly changed political dynamics. The elections must be fairly won and seen to be thus, so that the will of an informed citizenry is truly reflected as it should be in a democracy.
Towards this goal, Bersih 2.0 on 16 May launched our electoral reform campaign Make Your Vote Count! (#MYVoteCounts).
The campaign began with an official handover of our memorandum of reforms to the Electoral Commission at its offices around the country – in Putrajaya, Kota Kinabalu, Alor Star, Kota Bharu, George Town, and Ipoh simultaneously, and Johor Bahru on later dates.
The memorandum lists our demands of the Electoral Commission that can be carried out in 10 months. The measures are designed to increase transparency, accountability and efficiency in all electoral processes and of the authorities, as well as restore checks and balances among all stakeholders, from the commission to political parties and voters.
The reforms are:
- appointing and restructuring an independent commission that reports directly to Parliament;
- removing corruption and money politics from elections;
- implementing automatic voter registration;
- carrying out a full audit of the electoral roll and implementing safeguards to maintain its integrity;
- reforming the eligibility and processes for absentee voting, especially for Sabahans, Sarawakians and overseas Malaysian voters;
- allowing domestic and international election observers to operate freely during elections;
- creating fair election boundaries;
- establishing an enabling environment for free and fair media during elections; and
- implementing a 21-day campaign period.
With more than a year to go until the final date that the general election must be called in line with the constitution, the Electoral Commission can and should act on our demands immediately if it is serious about its mission of “upholding the parliamentary democratic system and ensuring the right of citizens to choose their representatives by managing, monitoring and conducting elections freely and fairly”.
We offer our voluntary services to work with the commission on these measures to ensure a free and fair general election, on condition that no election is held until these reforms are implemented.
Bersih 2.0 also takes this opportunity to remind the Electoral Commission of a far-reaching but rather downplayed recommendation by the parliamentary select committee five years ago – that is, to study alternative electoral systems towards eventually replacing the present first-past-the-post system.
We believe Malaysia needs to introduce some proportional representation elements, such as party lists, to the electoral system, as a more effective and inclusive method that addresses the very foundation of what a fair election means.
Hence, even as we focus on short-term reforms for the next general election, it is important that we prioritise this long-term reform now by holding consultations to develop a plan for it.
The Electoral Commission and the federal government must restore the faith of the public in our most basic democratic right and must strive to equal or better the record 85 per cent voter turnout in the previous general election.
They can start by agreeing to our demands.
Bersih 2.0 steering committee
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme