
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 4 Mac melancarkan Kempen Rakyat Sokong Mejar Zaidi untuk menggesa Majlis Angkatan Tentera Malaysia menggugurkan kesemua tujuh tuduhan terhadap Mejar Zaidi Ahmad yang membuat laporan polis mengenai dakwat kekal.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri telah mengaku dalam laporan media mengenai kegagalan dakwat kekal, yang turut dilaporkan oleh ratusan pengundi. Jadi kenapa pula tindakan ini diambil terhadap Mejar Zaidi yang berkata apa yang benar demi kepentingan awam?” kata Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
Maria mendedahkan bahawa Bersih 2.0 akan menghantar surat rasmi kepada Majlis Angkatan Tentera hari ini untuk menyeru supaya pertuduhan Mejar Zaidi digugurkan.
Katanya, Bersih 2.0 menganjurkan Kempen Rakyat Sokong Mejar Zaidi melalui media sosial supaya ribuan rakyat bersatu menyuarakan ketidakpuasan mereka mengenai tindakan mahkamah terhadap Mejar Zaid.
“Bersih 2.0 percaya bahawa ramai rakyat Malaysia merasakan Mejar Zaidi tidak seharusnya dihukum tetapi disanjungi kerana kejujuran dan keberaniannya untuk menegakkan kebenaran,” kata Maria.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah memulakan kempen sosial media “Rakyat Sokong Mejar Zaidi”.
Jelasnya, semua penyokong diminta mengambil gambar mereka bersama kad yang menyatakan “Gugur pertuduhan Mejar Zaidi” atau “Hukum SPR, bukan Mejar Zaidi” dan menerbitkan gambar tersebut dalam Facebook dan Twitter masing-masing dengan hashtag #sokongzaidi sebelum perbicaraan Mejar bermula pada bulan April.
Satu rombongan Bersih 2.0 yang terdiri daripada Maria, Naib Pengerusi Semenanjung Utara Dato’ Dr Toh Kin Woon, ahli Sekretariat Mandeep Singh dan Adam Adli, serta bendahari Ikram Mustafa Basri dan bendahari Aliran Anil Netto telah melawat Mejar Zaidi di rumahnya di Bertam/Kepala Batas pada 24 Februari.
Mejar Zaidi dituduh melanggari arahan Majlis Angkatan Tentera Malaysia dengan membuat laporan polis mengenai dakwat kekal yang digunakan dalam pengundian awal di Pilihan Raya ke-13.
Beliau dikenakan tiga lagi tuduhan membuat kenyataan media tanpa kebenaran dan menghantar dua SMS yang berbau politik.
Jika Mejar Zaidi didapati bersalah, beliau mungkin kehilangan pencen dan faedah lain. Ini merupakan ketidak-adilan yang tidak boleh diterima oleh rakyat, kata Maria.
“Mejar Zaidi ialah wira negara yang sebenarnya. Jika kesemua rakyat seperti Mejar Zaidi berani bersuara mengenai yang benar dan adil, pastinya kurang kepincangan dalam sistem pentadbiran negara,” katanya.
Maria juga mengingatkan bahawa Perkara 114 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa SPR harus mendapat keyakinan dan kepercayaan umum. Namun belum ada sebarang tindakan dikenakan terhadap SPR terhadap kegagalan mereka yang nyata sekali dalam pengendalian dakwat kekal.
“Sebaliknya, seorang rakyat Malaysia yang berprinsip dan berani pula yang dihadapkan ke mahkamah,” kata Maria.
Maria menggesa semua orang awam yang prihatin mengenai isu pilihan raya yang bebas dan adil menunjukkan sokongan kepada Mejar Zaidi dengan menghadiri perbicaraan pada 8 April hingga 10 April 2014 di Mahkamah Tentera TUDM Sg Besi, Kuala Lumpur.
“Tunjukkan kepada Mejar bahawa beliau bukan keseorangan. Sampaikan pesanan kepada semua bahawa tindakan yang patut dibanggakan dan dipuji ini tidak patut dihukum,” kata Maria.
Panel Mahkamah Tentera diketuai Kol Saadon Hasnan turut terdiri daripada Lt Kol Zainurin Mohd Dom, Mej Khuzairi Mohd Arshad, Mej Khairul Nizam Taib, Mej S Nadzeer Salehuddin and Mej Noor Azman Ahmad.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme