
[ENGLISH VERSION BELOW] Bersih 2.0 melancarkan ‘Hall Of Shame’ pilihan raya umum 2018 pada 20 April 2018 berkaitan kesalahan-kesalahan pilihan raya untuk menamakan mana-mana calon, parti, secara rasmi mahupun secara individu yang bersalah atas apa-apa tindakan yang bertentangan dengan pilihan raya yang bersih dan adil.
Kesalahan pilihan raya dalam ‘Hall Of Shame’ akan dikumpul berdasarkan maklumat daripada aduan-aduan sah yang telah dihantar kepada Bersih 2.0 oleh orang awam atau sukarelawan serta koordinator Pemantau.
Pemilihan tersebut dibuat berdasarkan nilai wang yang terlibat, kekerapan kesalahan, skala ketersampaian kepada orang awam dan kesan kepada integriti pilihan raya yang akan datang. Kategori kesalahan yang akan dipantau oleh Bersih 2.0 telah disenaraikan dalam laman web Pemantau.
Bersih.0 melancarkan ‘Hall of Shame PRU14’ sebagai penanda aras bukan sahaja untuk menamakan mereka yang melakukan taktik-taktik tertentu untuk memenangi hati pengundi, tetapi juga untuk mendidik masyarakat berkenaan prinsip pilihan raya yang bersih dan adil.
Bersih 2.0 telah mewarwarkan garis panduan kerajaan sementara dalam laman web kami dan telah menghantar salinan garis panduan tersebut kepada parti-parti politik yang utama.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
‘Pemenang-pemenang’ terbaru dalam senarai kesalahan pilihan raya ‘Hall Of Shame PRU14’ akan diumumkan di saluran media sosial kami, pada setiap minggu sehinggalah hari pembuangan undi yang jatuh pada tarikh 9 Mei 2018. Sepuluh nama pertama dalam ‘Hall Of Shame PRU 14’, yang dipilih daripada lebih 130 laporan yang telah disahkan, adalah seperti berikut:
1) Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang, kerana telah memberikan RM5.000 kepada setiap daripada 360 penduduk Felda dan pada masa yang sama berkempen untuk BN pada 14 April 2018. Jumlah wang pembayar cukai yang terlibat adalah RM1.8 juta.
2) Raja Nong Chik, atas pemberian yang kerap dan konsisten kepada pengundi Lembah Pantai, termasuklah menyediakan motorsikal sebagai hadiah cabutan bertuah. Pemberian lain termasuklah wang, keperluan rumah dan kaca mata percuma.
3) Dominic Lau, daripada Gerakan Batu, atas pemberian yang kerap sebagai salah satu elemen daripada kempen “I love Batu”. Ini termasuklah beras, kaca mata percuma dan cenderahati.
4) Ali Rustam, berkemungkinan calon BN untuk Hang Tuah Jaya, atas pengedaran minyak masak dan beras, dengan gambarnya yang tertera pada barangan tersebut.
5) Abdul Mutalif Abdul Rahim, daripada Barisan Nasional Taman Medan, yang memberikan RM3,000 kepada pengundi sambil berkempen.
6) Jamil Khir Baharom, Ahli Parlimen Jerai, yang berulang kali memberikan hadiah kepada pengundi semasa berkempen, termasuklah memberikan motorsikal sebagai hadiah cabutan bertuah.
7) Najib Razak, atas penggunaan kementerian-kementerian dan jentera kerajaan yang berterusan untuk kempen Barisan Nasional. Lebih-lebih lagi, perdana menteri sementara itu terus-menerus memberi ucapan kempen sambil menyerahkan bantuan kerajaan atau mengumumkan projek-projek baru kerajaan.
8) Ketua pengarah kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Noor Hisham Abdullah, atas kenyataan beliau melalui laman sosial Twitter berkenaan sokongan beliau kepada Barisan Nasional, yang melanggar peraturan perkhidmatan awam. Kementerian Kesihatan Malaysia juga menggunakan laman Facebook rasminya untuk mempromosikan Barisan Nasional.
9) Barisan Nasional Sungai Petani, yang menggunakan pusat bantuan banjir kerajaan sebagai bilik gerakan.
10) Tengku Adnan Tengku Mansor, yang menggunakan Kementerian Wilayah Persekutuan sebagai jentera kempen beliau, termasuklah ruang iklan kementerian yang digunakan untuk mempromosikan Barisan Nasional dan majlis-majlis kementerian digunakan sebagai majlis kempen BN.
Bersih 2.0 mengecam lapan ahli politik BN dan sebuah pejabat bahagian yang disenaraikan di atas kerana telah menyalahgunakan aset kerajaan untuk kempen parti politik mereka. Kami juga terkejut dengan tindakan Kementerian Kesihatan membenarkan laman Facebooknya mempromosikan manifesto Barisan Nasional. Kami menuntut agar kesemua
mereka menghentikan segera perbuatan tersebut.
Bersih 2.0 menyeru kepada sesiapa sahaja yang menyaksikan kesalahan pilihan raya untuk melaporkan kepada kami di:
1) aduan.pemantau.org
2) melalui Whatsapp di talian 011-17721546 atau
3) hubungi 03-79314444.
Aduan tersebut diperlukan untuk memastikan individu atau pihak yang terlibat dalam salah laku tersebut dipanggil dan dipertanggungjawabkan supaya prinsip pilihan raya yang bersih dan adil dapat dipertahankan dalam pilihan raya umum 2018.
Keluar mengundi, kalahkan pencuri.
Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0
English version
Bersih 2.0 launches Hall of Shame on election offences
On 20 April, Bersih 2.0 launched the 2018 general election Hall of Shame on election offences to name and shame any candidate, party, official or individual guilty of acting against clean and fair elections.
The Hall of Shame on election offences will be compiled using information from verified reports submitted to Bersih 2.0 by the general public or Pemantau volunteers and coordinators.
The selection will be based on the value of money involved, frequency of the offence, the scale and reach of the offence and the potential impact on the integrity of the upcoming elections. The categories of offences that Bersih 2.0 will be monitoring in the 2018 general election are listed on the Pemantau website.
Bersih 2.0 launched the Hall of Shame as a measure to not only name those who resort to such tactics in order to win over voters, but also to educate the public on the principles of clean and fair elections. Bersih 2.0 has published guidelines of a caretaker government on our website and sent copies of the guidelines to the main political parties.
New inductees to the Hall of Shame on election offences will be announced on our social media channels, on a weekly basis until polling day which falls on 9 May 2018.
The first 10 inductees into the Hall of Shame, selected from over 130 verified reports, are as below. A list with further details of these offences can be found in the attachment.
1) Azalina Othman Said, MP for Pengerang, for giving 360 Felda settlers RM5,000 each while campaigning for BN on 14 April 2018. The total amount of taxpayers money involved is RM1.8m.
2) Raja Nong Chik, for his frequent and consistent treating of voters in Lembah Pantai, including presenting a motorcycle as a lucky draw prize. Other giveaways include cash, household goods and free spectacles.
3) Dominic Lau, from Gerakan Batu, for his frequent handouts as part of his “I love Batu” campaign. These include bags of rice, free spectacles and goodie bags.
4) Ali Rustam, likely BN candidate for Hang Tuah Jaya, for distributing personalised cooking oil and rice, with his photograph printed on the items.
5) Abdul Mutalif Abdul Rahim, from Barisan Nasional Taman Medan, who, while campaigning for BN, gave a voter RM3,000.
6) Jamil Khir Baharom, MP for Jerai, for repeated treating of voters while campaigning, including giving away a motorcycle as a lucky draw prize.
7) Najib Razak, for his continued use of government ministries and machinery to campaign for Barisan Nasional. In particular, the caretaker prime minister consistently makes campaign speeches while handing out government aid or announcing new government projects.
8) The director general of the Ministry of Health, Noor Hisham Abdullah, for tweeting his support for Barisan Nasional, in breach of public service regulations. The Ministry of Health has also used its official Facebook page to promote Barisan Nasional.
9) Barisan Nasional Sungai Petani, for using a government flood relief centre for their operations room.
10) Tengku Adnan Mansor, for using the Federal Territories Ministry as his own campaign machinery, including ministry advertisements used to promote Barisan Nasional and ministry events used as BN campaign events.
Bersih 2.0 condemns the eight BN politicians and a BN branch office listed above for abusing government assets and public funds to campaign for their political parties. We are appalled that the Ministry of Health allows its Facebook page to promote the manifesto of BN. We demand that they stop such practices immeidately.
Bersih 2.0 urges anyone who witnesses an election offence to report online
1) at aduan.pemantau.org,
2) through WhatsApp on 011-17721546 or
3) call 03-79314444.
It is necessary for perpetrators of these offences to be called out and held accountable so that the principles of a clean and fair elections are upheld throughout the 2018 general election.
Keluar mengundi, kalahkan pencuri.
Bersih 2.0 steering committee
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme