[ENGLISH VERSION BELOW] Berikutan pengumuman pembubaran Parlimen pada 7 April 2018, Bersih 2.0 dengan ini memberi peringatan kepada semua parti-parti yang memerintah sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan agar mematuhi prinsip demokrasi sebuah kerajaan sementara.
Apabila Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dibubarkan, maka tiada lagi badan perundangan yang akan memeriksa kuasa eksekutif. Kerajaan tidak lagi mempunyai mandat daripada badan perundangan dan mesti bertindak sewajarnya. Ia akan wujud semata-mata untuk pentadbiran kerajaan yang minimum.
Memandangkan mana-mana parti politik mungkin akan membina kerajaan baru dalam Parlimen yang akan datang, kerajaan sementara seharusnya tidak membuat keputusan dasar atau persetujuan baru yang akan mengikat kerajaan akan datang. Lebih penting lagi, seharusnya kerajaan sementara tidak menggunakan jentera dan aset kerajaan atau mengumumkan projek-projek untuk kepentingan politik masing-masing.
Malangnya, pilihan raya di Malaysia sebelum ini telah pun dicemarkan dengan penyalahgunaan aset kerajaan untuk kegunaan parti mereka, seterusnya mewujudkan padang perlawanan yang tidak sama rata antara penyandang jawatan dan calon-calon lain.
Pada Januari 2018, Perdana Menteri Najib Razak menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) komited dalam memastikan pilihan raya dilaksanakan secara bersih dan adil. Manifesto BN juga ada menyatakan “komitmen untuk membentuk pembangunan partisipasi demokratik”. Demikian juga dengan manifesto Pakatan Harapan yang menjanjikan “pilihan raya yang bersih, adil dan telus”.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Oleh itu, Bersih 2.0 mengharapkan agar kedua-dua belah pihak melaksanakan komitmen yang telah dijanjikan dan tidak menyalahgunakan wang rakyat demi survival agenda politik mereka.
Bersih 2.0 akan memantau sebarang kegiatan dan aktiviti yang menyalahi prinsip kerajaan sementara dan menggalakkan orang awam untuk melaporkan sebarang kesalahan sepanjang proses pilihan raya di laman web Pemantau.
Rakyat Malaysia perlu memastikan akauntabiliti ahli politik dalam menggunakan dana kerajaan. Kami menyeru agar semua pengundi agar turun mengundi pada hari pengundian dan undi untuk menentang ahli politik korup yang menggunakan duit rakyat untuk kepentingan politik mereka. Bersih 2.0 seterusnya mengharapkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memudahkan proses pengundian dengan menetapkan hari pengundian pada hujung minggu.
#KeluarMengundi
#KalahkanPencuri
Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0
English version:
Bersih 2.0 reminds parties to abide by caretaker government convention
With the announcement of the dissolution of Parliament on 7 April, Bersih 2.0 reminds all ruling political parties at both state and federal levels to abide by the democratic conventions of a caretaker government.
Once Parliament and the legislative assemblies have been dissolved, there is no legislature to keep a check on the executive’s power. The government no longer has a mandate from the legislature and must act accordingly. It will exist solely for the minimal administration of government services.
In recognising that any political party may form a new government in the next Parliament, the caretaker government should not make binding policy decisions or enter into new agreements. More importantly, it should also not use government machinery and resources or announce projects for its own political advantage.
Unfortunately, in the past, Malaysia’s elections have been marred by the brazen use of government resources for party political purposes, creating an unlevel playing field between the incumbent and other candidates.
In January 2018, Prime Minister Najib Razak stated Barisan Nasional was committed to ensuring a clean and fair election. The BN manifesto also expresses a “commitment to nurture the growth of democratic participation”. Similarly, Pakatan Harapan’s manifesto makes a commitment to “clean, fair and transparent elections”.
Bersih 2.0 therefore expects both sides to honour these commitments and not abuse the rakyat’s money to further their own political agenda.
Bersih 2.0 will be monitoring any events and activities that contravene the principles of a caretaker government and encourages the public to lodge reports of such offences on the Pemantau website.
Malaysians must hold politicians accountable for their use of government funds. We urge all voters to turn up on election day and vote against corrupt politicians that use the rakyat’s money for their own political advantage. Bersih 2.0 further expects the Electoral Commission to make voting easy by setting election day on a weekend.
#KeluarMengundi #KalahkanPencuri
Bersih 2.0 steering committee
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme