Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya perintah tahanan reman yang dikenakan terhadap tiga aktvis muda: Mandeep Karpall, Adam Adli dan Ahmad Syukri Razab, yang masing-masing dikenakan tahanan reman selama empat hari dan enam hari bermula semalam.
Bersih 2.0 melihat tangkapan dan tahanan reman yang dikenakan oleh pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak terhadap aktivis, ahli politik, orang awam malah terhadap pihak-pihak yang menyiasat skandal aliran wang terkait 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri sebagai sesuatu yang amat serius.
Keputusan yang diberikan oleh majistret adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip keadilan, di mana tegahan terhadap berlaku berat sebelah dan hak untuk didengari langsung tidak dipedulikan.
Protes anak-anak muda Demi Malaysia adalah berkenaan penambahbaikan. Pun begitu mereka dihukum dengan tangkapan. Tuntutan mereka samalah dengan tuntutan-tuntutan Bersih 2.0 ke arah akauntabiliti sepertimana yang telah kami nyatakan dalam empat tuntutan sebelum ini:
- Supaya Najib Razak mendedahkan butiran akaun banknya, dan terutamanya memperjelaskan sama ada akaun AmBank dengan namanya benar-benar wujud, dan jika ya, mendedahkan butiran transaksi bagi tarikh-tarikh yang berkenaan.
- Najib Razak mesti bercuti daripada jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan kesemua jawatan awam yang disandangnya selama siasatan berlangsung.
- Bekukan akaun Najib Razak, isteri dan anak-anaknya.
- Kesemua hasil siasatan Bank Negara, SPRM, pihak polis dan PAC berkenaan 1MDB serta syarikat-syarikat berkaitan mesti didedahkan kepada orang ramai secepat mungkin.
Berikutan kegagalan Najib untuk melaksanakan penambahbaikan dan tindakannya melumpuhkan usaha mencari kebenaran di sebalik skandal 1MDB, suara rakyat mesti terus diperdengarkan dengan lebih kuat dan jelas.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kenyataan ini disampaikan oleh pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah pada hari Isnin, 3 Ogos 2015, di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme