Pasca perhimpunan aman Bersih 4, rakyat Malaysia tidak boleh terus berdiam diri. Justeru, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) berbesar hati melancarkan kempen ‘Undi Tidak Percaya’ terhadap Perdana Menteri Najib Razak.
Kempen ini akan dijalankan secara atas-talian melalui laman web DearYb.my dan juga kempen poskad khas yang telah kami sediakan untuk dihantar kepada Ahli-ahli Parlimen masing-masing.
Mesej jelas yang disampaikan melalui kedua-dua saluran ini ialah supaya para ahli parlimen bersetuju untuk menyokong usul undi tidak percaya atau apa sahaja usul yang bermaksud serupa bagi menggugat pegangan majoriti oleh Najib Razak.
Ini berikutan keengganan Najib Razak untuk memberi penjelasan dengan tulus ikhlas berkenaan skandal aliran tunai RM2.6bn ke dalam akaun peribadinya yang didakwa telah digunakan untuk kempen pilihanraya umum ke-13, selain penjelasan mengenai skandal RM42bn syarikat bermasalah negara, 1MDB.
Bersih 2.0 tidak akan berhenti daripada mendesak orang ramai supaya menuntut wakil-wakil mereka di Parlimen untuk menyatakan rasa tidak percaya mereka terhadap Najib Razak.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Sekiranya tidak wujud mekanisme untuk menjalankan undi tidak percaya terhadap perdana menteri sebagaimana yang didakwa oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia, Bersih 2.0 menggesa Najib Razak untuk melaksanakan undi percaya sekiranya beliau benar-benar yakin memiliki kepercayaan majoriti anggota-anggota Yang Berhormat di Parlimen.
Bersih 2.0 berharap kempen kecil kami ini akan memulakan riak-riak yang bakal bertukar menjadi gelombang yang akan membawa perubahan dan penambahbaikan institusi yang kita semua harap-harapkan.
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang terdiri daripada –
Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme