Home Coalitions Clean and Fair Elections Bersih 2.0 menyokong kumpulan-kumpulan yang membuat laporan polis terhadap keganasan, ugutan oleh...

Bersih 2.0 menyokong kumpulan-kumpulan yang membuat laporan polis terhadap keganasan, ugutan oleh kepimpinan Umno

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Jawatankuasa Bersih 5 di seluruh negara akan membuat laporan polis pada minggu ini terhadap Ketua Bahagaian Umno, Jamal Yunos kerana telah mengeluarkan kenyataan provokasi di laman Facebook bersiheliau pada 21 September yang lalu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau jelas berbentuk amaran bahawa peristiwa 13 Mei akan berulang jika perhimpunan Bersih 5 tetap diteruskan pada 19 November ini.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 menyokong kumpulan-kumpulan yang akan membuat laporan polis berkenaan dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Jamal Yunos dan menggesa Pasukan Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat kenyataan itu di mana kenyataan tersebut jelas bertujuan untuk melakukan keganasan dan pertumpahan darah.

Bersih 2.0 tetap komited kepada prinsip perhimpunan aman dan hak kebebasan bersuara. Hak untuk berbeza pendapat adalah antara tuntutan utama Bersih 5, tetapi hak ini perlu dijalankan tanpa keganasan atau gangguan. Ancaman keganasan yang ditujukan kepada sekumpulan rakyat tidak pernah dilindungi di bawah hak ini dan ia adalah salah satu bentuk ugutan jenayah.

Bersih 2.0 amat berbangga dengan semua peserta Konvoi Bersih 5 yang bersikap tenang walaupun terdapat provokasi. Tujuan utama Konvoi Bersih 5 adalah menuntut perubahan institusi negara dan kesan skandal rasuah.

Sokongan orang ramai di seluruh negara amat memberangsangkan. Bersih 2.0 berharap agar kita semua dapat meneruskan gerak kerja kita dan memberi kesedaran kepada semua rakyat Malaysia sehingga 19 November tanpa ancaman dan ugutan oleh pemimpin-pemimpin Umno.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0

Bersih 2.0 supports local groups lodging police reports against Umno-led violence and intimidation

This week, local Bersih 5 committees around the country will be lodging police reports against the incendiary statements made by Umno division leader Jamal Yunos on his Facebook page on 21 September 2016.

The statement warned of a recurrence of the May 13th race riots during the Bersih 5 rally.

The Bersih 2.0 steering committee supports our local organisers in taking this action and urges the Royal Malaysian Police force to investigate the statement, which seeks to incite violence and bloodshed.

Bersih 2.0 remains committed to the principles of peaceful assembly and freedom of expression. The right to dissent is a primary call of Bersih 5, but this right must always be exercised without violence or harassment. The threat of violence directed at a group of citizens is never protected under this right and it constitutes criminal intimidation.

Bersih 2.0 is proud of all the Bersih 5 Convoy participants for remaining peaceful and calm despite the provocation. They have refused to be distracted from the main purpose of the convoy to start a national conversation on the demands for institutional reforms and the impact of corruption scandals.

The support from the general public across the country has been overwhelming. We look forward to continuing our work, building awareness leading up to 19 November without the threats and intimidation by Umno leaders.

Bersih 2.0 steering committee

10 October 2016

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x