Home Coalitions Clean and Fair Elections Bersih 2.0: Pembentangan akaun RM2.6 juta Bersih 4

Bersih 2.0: Pembentangan akaun RM2.6 juta Bersih 4

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Seperti yang dijanjikan, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah membentangkan akaun dan perbelanjaan perhimpunan aman Bersih 4.

Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa daripada penyata bank sepanjang 2,126 mukasurat yang telah kami terima, sekitar 27 ribu penderma telah menyumbang secara purata RM76 seorang. Majoritinya telah menderma antara RM10 ke RM50.

Jumlah derma yang kami terima adalah sebanyak RM2,064,652.74. Hasil derma melalui jualan kemeja-T Bersih 4 adalah sebanyak RM553,914, manakala hasil jualan mafla pula adalah sebanyak RM28,795. Ini membawa kepada jumlah besar RM2,647,361.74.

Jumlah perbelanjaan Bersih 4 termasuk pra-perhimpunan dan perbelanjaan ketika perhimpunan adalah sebanyak RM664,052.52 (Sila lihat lampiran).

Jumlah lebihan sebanyak RM1,983,309.22 akan digunakan untuk mendanai program Bersih 2.0 untuk jangkamasa dua tahun akan datang; termasuklah program pendidikan pengundi, kos mahkamah, latihan dan sebagainya.

Dengan ini lunaslah sudah janji Bersih 2.0 untuk membentangkan perbelanjaan kami sepanjang penganjuran perhimpunan aman Bersih 4.

Kini tiba giliran Perdana Menteri Najib Razak untuk mendedahkan akaun RM2.6bn pula. Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, maka jelaslah kredibiliti beliau telah hilang sama sekali.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang terdiri daripada:

Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b Awang Ali (Sarawak),
Abd Halim b Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x