[ENGLISH VERSION BELOW] Bersih 2.0 (Sabah) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menyogok beberapa Ahli Dewan Undang Negeri Sabah untuk meninggalkan parti mereka dengan habuan wang dan jawatan menteri sebagaimana yang dilaporkan oleh Borneo Today bertajuk “Rumah Adun DAP Diketuk ‘Ejen’ Pagi Buta Dipercayai Untuk Tawar Melompat” dan “Kediaman Adun Moyog Dan Adun Kapayan Didatangi ‘Ejen’ Tawar Lompat Parti”.
Dalam situasi politik yang tidak menentu dan memualkan ini, kita perlukan kerajaan yang stabil dan Pembangkang yang berkesan untuk memastikan jentera kerajaan negeri dipantau dengan teliti.
Di kesempatan ini juga, Bersih 2.0 (Sabah) menyeru knerajaan egeri Sabah untuk menggunakan majoriti dua pertiga di dalam Dewan Undang Negeri untuk mencegah tindakan lompat parti dengan memperkenalkan pilihan raya pecat wakil rakyat.
Melalui mekanisme pilihan raya pecat wakil rakyat ini, pengundi dapat mengumpul tandatangan yang mencukupi bagi memulakan pilihan raya untuk menentukan sekiranya ahli dewan undangan negeri terkini perlu dipecat, dan sekiranya mencapai nilai ambang maka ahli tersebut akan dipecat. Sekiranya ahli dewan undangan negeri melompat parti dan perkara ini bertentangan dengan kehendak pengundi, maka beliau juga boleh dipecat dengan mekanisme tersebut.
Mekanisme pilihan raya pecat wakil rakyat ini akan menghalang katak politik dan mengukuhkan kestabilan politik. Berbanding undang-undang anti-lompat yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi pada 1992 sebagai tidak berperlembagaan, pilihan raya pecat wakil rakyat di peringkat negeri bergantung kepada kelayakan dan perlucutan kelayakan terhadap ahli dewan undangan negeri dan kes sebegini belum pernah dibuat.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Bersih 2.0 (Sabah) mengingatkan kerajaan negeri, bahawa mereka sendiri akan bertanggungjawab sekiranya gagal menggunakan majoriti dua pertiga untuk mencegah fenomena lompat parti dan akhirnya menempa kejatuhan sendiri disebabkan oleh gejala lompat parti.
Sabah, yang dikenali dengan katak politik, kini seharusnya menunjukkan jalan kepada negara bahawa ahli politik tidak akan membuang mandat rakyat demi keuntungan wang dan jawatan menteri. Pilihan raya umum akan datang akan berlangsung tidak lama lagi, setiap parti politik perlu menumpukan perhatian untuk memperkasakan parti sendiri dan bersedia untuk pilihan raya.
Parti politik wajib menghormati mandat rakyat yang diberikan kepada mereka pada pilihan raya umum lepas dan hentikan penukaran kerajaan secara tidak beretika di pertengahan penggal. Tindakan membeli wakil rakyat hanya akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap ahli politik dan proses pilihan raya. Tidak ada keperluan untuk mengundi sekiranya ahli politik mudah dijual beli dan melompat parti, dan ini hanya akan memberi kesan buruk kepada demokrasi.
Bersih 2.0 (Sabah) sekali lagi menegaskan tuntutan kami bahawa semua parti politik di kedua-dua belah pihak untuk menghentikan politik jijik ini sekarang!
Bersih 2.0 (Sabah)
English version
Sabah Bersih 2.0 condemns attempts to entice party hopping, calls for recall elections
Sabah Bersih 2.0 strongly condemns the act of enticing members of the state assembly to abandon their respective parties by offering money and ministerial positions as reported by an online daily, Borneo Today, on 23 July in their articles titled “Rumah Adun DAP diketuk ‘ejen’ pagi buta dipercayai untuk tawar melompat” and “Kediaman Adun Moyog dan Adun Kapayan didatangi ‘ejen’ tawar lompat parti”.
In these turbulent and uncertain political times, we need a stable government and an effective Opposition to keep the state governance machinery scrutinised.
Sabah Bersih 2.0 calls upon the Sabah state government to use its two-thirds majority in the State Assembly to curb “party-hopping” by introducing recall elections.
With the recall mechanism, voters can collect enough signatures to force an election to decide if the incumbent state assembly person should be sacked, and if the threshold is passed, then the incumbent can be sacked. If a state assembly person ‘hops’ party against the wishes of voters, he or she will likely be sacked soon. This will deter frogs and enhance political stability.
Unlike the anti-hopping law, which has been ruled by the Supreme Court in 1992 as unconstitutional, state-level recall elections concern qualification and disqualification of state assembly persons and no case of unconstitutionality has been made.
Sabah Bersih 2.0 reminds the state government, it has only itself to blame if it refuses to use its two-thirds majority to curb the “party-hopping” phenomenon and eventually falls because of party-hopping.
Sabah, known as the land of political frogs, should now try to set an example to the nation that politicians must not throw the people’s mandate away for monetary gain and ministerial positions. The next general election is not too far off; all political parties should be concentrating on strengthening their own parties and start preparing for the election.
Political parties must respect the voters’ mandate given during the last general election and end this unethical way of changing the government mid-term.
The act of buying elected representative will only undermine voters’ trust towards politicians, and the election process. There is no point in voting if politicians can be easily bought and jump ship, and this will have grave consequences for democracy.
Sabah Bersih 2.0 once again reiterates our demand that all parties of the political divide stop this gutter politics now!
23 July 2020
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme