
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyambut baik usaha kerajaan dalam menubuhkan satu tribunal untuk menyiasat salah laku anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Bersih 2.0 juga mengambil maklum peletakan jawatan lima anggota SPR iaitu timbalan pengerusi SPR Othman Mahmood dan ahli-ahli suruhanjaya Md Yusop Mansur, Abdul Aziz Khalidin, Sulaiman Narawi dan Leo Chong Cheong. Ini adalah kemenangan yang besar buat rakyat yang telah berjuang sekian lama untuk satu Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas dan pilihan raya yang adil dan saksama.
Namun demikian, kami mengesa kelima-lima anggota SPR ini menamatkan perkhidmatan mereka dengan seta-merta dan bukan menunggu sehingga 1 Januari 2019. Mereka telah dapat mengelakkan pengadilan tribunal terhadap peranan dan tanggungjawab mereka ke atas salahurus dan salahguna kuasa secara besar-besaran dalam pilihan raya umum 2018 dengan perletakkan jawatan. Mereka tidak harus melengah-lengahkan lagi proses reformasi dalam SPR dan perlu keluar daripada SPR dengan segera.
Demi prinsip tidak bersalah sebelum terbukti bersalah, Bersih 2.0 menghormati keputusan K Bala Singam untuk mempertahankan diri dalam tribunal ini.
Oleh yang demikian, Bersih 2.0 menggesa agar tribunal ini diteruskan walaupun hanya K Bala Singam sahaja yang akan dibawa ke tribunal.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Menerusi proses in, rakyat juga akan dapat lihat dengan lebih jelas siapa yang perlu bertanggungjawab ke atas salah urus yang berlaku secara berleluasa di pilihan raya umum 2018.
K Bala Singam telah dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Pilihan Raya pada tahun 2016 dan telah terlibat dalam proses persempadanan kawasan pilihan raya dan penyediaan pilihan raya selama 18 bulan sehingga ke pilihan raya umum 2018.
Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme