Bersih 2.0 mengutuk pendakwaan terhadap Bilqis yang hanya bertujuan menghukum anak muda ini untuk ‘kesalahan’ yang mengarut.
Saudari Bilqis Hijjas, yang lebih dikenali kini sebagai ‘Balloon Girl’ pasca aksi beraninya menggugurkan belon-belon kuning di sebuah acara yang dihadiri Perdana Menteri Najib Razak di kompleks Pavilion akan didakwa di mahkamah esok.
Bilqis akan didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100.
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dimaklumkan bahawa gadis berani ini akan mengaku tidak bersalah kerana katanya di laman sosial Facebook “menjatuhkan belon bukanlah satu jenayah”.
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah akan turut hadir bersama ke Mahkamah Sesyen Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 9 pagi esok, sebagai tanda solidariti bersama Bilqis.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Bersih 2.0 mengutuk pendakwaan terhadap Bilqis yang hanya bertujuan menghukum anak muda ini untuk ‘kesalahan’ yang mengarut, sedangkan penyangak sebenar yang merompak kekayaan negara masih terlepas bebas tanpa risiko berhadapan sebarang tindakan undang-undang.
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang terdiri daripada:
Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme