Home Coalitions Clean and Fair Elections Bersih 2.0: Speaker berat sebelah, khianat amanah

Bersih 2.0: Speaker berat sebelah, khianat amanah

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Kenyataan Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia seperti dilaporkan Astro Awani, “Tiada peruntukan usul tidak percaya, kata Pandikar” amat meresahkan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Kenyataan tersebut membawa banyak kemungkinan dan maksud tersirat, termasuklah:

  • Sistem demokrasi berparlimen dalam negara tidak mempunyai mekanisme untuk menguji keyakinan anggota Dewan terhadap ketua kerajaan,
  • Speaker tidak mempunyai budi-bicara untuk menjadi orang tengah dalam sistem semak imbang di antara pihak legislatif dan eksekutif,
  • Speaker terikat kepada arahan dan kehendak ketua kerajaan, dan
  • Speaker tidak arif tentang konvensyen yang terpakai apabila wujud lakuna dalam peruntukan peraturan mesyuarat.

Bersih 2.0 melihat kesemua perkara di atas sebagai isyarat serius bahawa sistem demokrasi berparlimen Malaysia memerlukan penambahbaikan segera bagi memastikan ia berfungsi dengan cemerlang dan setanding dengan demokrasi-demokasi sihat di dunia.

Adalah tidak masuk akal bagi sesebuah institusi legislatif untuk tidak mempunyai mekanisme bagi menguji keyakinan terhadap ketua kerajaan. Ini akan memudahkan berlakunya salahguna kuasa dan korupsi berterusan, selain membiarkan autokrasi merajalela tanpa sebarang laluan membantah yang dikanunkan.

Bersih 2.0 menegaskan bahawa Speaker Dewan Rakyat sepatutnya memainkan peranan sebagai seorang pemudahcara, moderator dan tidak bersikap berat sebelah, terutamanya kepada pihak yang baru sahaja dua bulan sudah melantik anggota-anggota jawatankuasa kira-kira wang awam, sebuah badan di bawah parlimen, untuk menganggotai kabinet, sehinggakan siasatan yang sedang dijalankan oleh jawatankuasa tersebut terhadap skandal melibatkan perdana menteri terjejas dan terhenti.

Adakah speaker Dewan Rakyat secara terang-terangan mahu menunjukkan sikap berat sebelahnya, dan menyimpang daripada tanggungjawabnya terhadap anggota Dewan? Adakah speaker sememangnya dicatur persetujuannya oleh pihak kerajaan dan perdana menteri?

READ MORE:  'Cyber-bullying' of Parliament? MCMC's absurd crackdown on critics

Sekiranya persepsi ini tidak dibetulkan dan jelas kelihatan speaker Dewan hanya bertindak sebagai pesuruh perdana menteri dan kerajaan, speaker akan dilihat sebagai mengkhianati amanah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mempengerusikan sidang Dewan Rakyat secara adil dan saksama dan memastikan bahawa Dewan berjalan dengan wujudnya sokongan majoriti yang jelas terhadap ketua kerajaan, dan bukan sebaliknya.

Speaker Dewan mesti mengizinkan usul tidak percaya, secara usul persendirian daripada mana-mana anggota Dewan Rakyat, untuk dimasukkan ke dalam aturan mesyuarat dan diberikan keutamaan mendahului hal-hal lain.

Usul tersebut mesti dibahaskan dalam sidang kali ini.

Kegagalan untuk berbuat demikian membuktikan bahawa speaker Dewan tidak layak duduk di kerusi yang menjadi simbol demokrasi dan amanah rakyat jelata melalui mandat yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Dikeluarkan oleh,

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang terdiri daripada:

Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x