Home Coalitions Clean and Fair Elections Bersih 2.0: Tangkapan terhadap aktivis sahkan keterdesakan PM

Bersih 2.0: Tangkapan terhadap aktivis sahkan keterdesakan PM

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengutuk keras tangkapan terhadap aktivis dan orang awam yang menyertai perhimpunan aman Demi Malaysia di perkarangan Sogo tengah hari tadi.

Bersih 2.0 melihat tangkapan dan kekerasan yang dikenakan oleh pihak polis terhadap para aktivis dan orang awam sebagai suatu penegasan bahawa tidak wujud sebarang hak demokratik untuk membantah dan mempersoal tindakan kerajaan, walaupun pendedahan demi pendedahan dibuat terhadap demikian banyak salah laku pentadbiran di bawah Perdana Menteri Najib Razak.

Bersih 2.0 menggesa supaya kesemua tahanan, termasuk aktivis dan pakar rujuk Bersih 2.0 Hishamuddin Rais, Ahli Dewan Undangan Negeri Teja Chang Lih Kang dan Adun Simpang Pulai Tan Kar Hing dan Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa dibebaskan segera.

Penangkapan yang dilakukan ke atas 28 aktivis, wakil rakyat dan individu di perhimpunan #TangkapNajib tengah hari ini adalah penafian ke atas hak berhimpun dan hak bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Bersih 2.0 turut mengutuk keras tahanan reman yang dikenakan ke atas pengurus sekretariat Bersih 2.0 Mandeepkarpall Singh yang direman empat hari, manakala aktivis Adam Adli dan Ahmad Syukri Razab kedua-duanya direman enam hari.

Bersih 2.0 menegaskan bahawa tindakan ganas pihak polis ke atas para aktivis dan orang awam hari ini tidak akan melemahkan semangat rakyat Malaysia untuk sama-sama turun menyertai perhimpunan Bersih 4 yang bakal berlangsung 29-30 Ogos nanti.

Sikap yang diperlihatkan oleh pihak kerajaan memperkuatkan persepsi orang ramai bahawa ia sedang terdesak untuk menutup mulut mereka yang berani berkata benar ke atas pembohongan-pembohongan yang telah mereka lakukan, terutamanya yang melibatkan skandal 1MDB dan akaun peribadi Perdana Menteri.

READ MORE:  1990 WTO Seattle protests: Lessons not learnt - Martin Khor

Bersih 2.0 mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk membuka seluruh pancaindera, dan melihat serta menilai sendiri tindak-tanduk kerajaan dalam membisukan mereka yang berani bersuara dan melawan; dan seterusnya hadir ke perhimpunan Bersih 4, tanpa rasa ragu dan resah untuk menyatakan pendapat dan bantahan mereka terhadap pentadbiran Perdana Menteri.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang terdiri daripada:

Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Tan Vin Quen
Tan Vin Quen
2 Aug 2015 11.02am

We need to “UBAH” Malaysians given your support. Think of the futu inre for your children

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x