Home Coalitions Clean and Fair Elections Bersih 2.0 terhutang budi dengan para sukarelawan, mengalu-alukan kritikan membina

Bersih 2.0 terhutang budi dengan para sukarelawan, mengalu-alukan kritikan membina

File photograph: The Malaysian Insider

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ingin menyatakan bahawa meski ramai yang mengucapkan tahniah kepada kami atas penganjuran perhimpunan aman Bersih 4, kami turut menyedari bahawa masih banyak ruang untuk penambahbaikan dan menerima semua kritikan membina serta cadangan ke arah tersebut.

Sebagai penganjur, Bersih 2.0 bertanggungjawab penuh ke atas semua kekurangan kemudahan atau peralatan yang disediakan, serta keselamatan, kawalan lalu lintas dan susun atur program.

Semangat sukarela adalah aset terbesar dalam seruan kami kepada rakyat Malaysia untuk menuntut semula negara ini. Sekian lama, rakyat Malaysia telah didoktrinasi untuk membiarkan politik diuruskan orang politik dan mengambil bahagian hanya setakat menjadi pengundi pasif selang 4-5 tahun sekali.

Melihat bagaimana kerajaan menyerang Bersih 4, sukarelawan dan penyokong kami telah memperlihatkan semangat patriotik yang patut menjadi contoh; dengan mengorbankan masa, tenaga serta wang ringgit. Sumbangan mereka, tidak kira secara profesional atau amatur, tidak ternilai harganya lantaran dipacu oleh rasa cinta kepada negara.

Kami ingin menyatakan rasa terhutang budi dan sokongan tidak berbelah bagi kepada para sukarelawan dan penyokong, yang telah menjadi mangsa serangan kritikan dan pembulian internet di sebalik pernyataan kebimbangan yang sah, yang timbul di kalangan pengguna Facebook berbahasa Cina.

Dua kebimbangan yang ditimbulkan selepas perhimpunan Bersih 4 adalah kedudukan tandas bergerak yang terlalu jauh dan sistem bunyi yang tidak begitu bagus dipasang pada trak-trak kami terutamanya pada tengahari Sabtu. Kami telah mengambil maklum isu-isu tersebut dalam perancangan awal namun harus memilih alternatif yang lebih sesuai memandangkan kami menjangka kemungkinan tindakan pihak polis seperti yang terjadi dalam tiga perhimpunan Bersih sebelum ini. Kami harus mengambil kira semua kemungkinan dan penggunaan yang paling ideal termasuk kos sekiranya peralatan tersebut dirampas atau musnah sekiranya pihak polis bertindak.

Kami berharap orang ramai dapat memahami kekangan logistik yang kami hadapi dan tidak salahfaham penerangan kami sebagai kegagalan untuk menerima kritikan atau penafian sebarang kekurangan. Salah satu daripada lima tuntutan Bersih 4, ‘hak membantah’ adalah untuk memperluas ruang demokrasi supaya perhimpunan aman yang menjadi norma baru seperti kata Saifuddin Abdullah dapat dijalankan tanpa kekangan tidak munasabah.

Kami turut ingin menyatakan bantahan terhadap taktik pembulian internet yang dilakukan terhadap sukarelawan kami oleh beberapa pihak. Pembulian yang termasuk mengejek poster promosi oleh sukarelawan amatur dengan versi profesional yang disunting, sehinggalah serangan-serangan yang merendahkan martabat, karakter dan pentauliahan profesional penyokong-penyokong Bersih.

READ MORE:  The volunteers that turned a Malaysian rubbish dump into a river park

Sesetengah kritikan jahat ini turut disasarkan untuk memecahbelah penyokong dan sukarelawan Bersih. Kami tidak dapat melihat sebarang niat baik daripada para pemfitnah ini yang mengakibatkan tekanan emosi terhadap penyokong dan sukarelawan kami yang sudah cukup berhadapan dengan sikap bolak-balik pihak kerajaan.

Bersih 2.0 ingin menegaskan bahawa sebagai sebuah pergerakan rakyat, kami diuruskan oleh sukarelawan dan penyokong yang percaya dengan perjuangan kami. Bersih 4 pastinya tidak mungkin berlaku tanpa sokongan dan sumbangan ribuan aktivis dan sukarelawan. Merekalah wira yang tidak didendang yang selayaknya mendapat puji-pujian.

English version:

Bersih 2.0 indebted to volunteers, welcomes constructive criticism

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) wishes to acknowledge that while many congratulate us for organising the Bersih 4 rally that ended peacefully and orderly, we also recognise there is much room for improvement and we welcome all constructive criticisms and suggestions for improvement.

For all shortcomings and inadequacy of facilities or equipment provided, security, crowd and traffic control or programming, Bersih 2.0, as the organiser, takes full responsibility for the rally.

Volunteerism is the greatest asset in our call for ordinary Malaysians to reclaim our country. For too long, Malaysians have been indoctrinated to leave politics to politicians and participate only as passive voters once every four to five years.

Given the state’s demonisation and political risk of Bersih 4, our volunteers and supporters have demonstrated exemplary patriotism with their sacrifice of time, energy and money. Their contributions, whether professional or amateurish, are invaluable because they are motivated by their love for our country.

We would like to express our heartfelt indebtednessto  and unwavering support for our volunteers and supporters, who have encountered unfair criticism and cyber-bullying, amidst some legitimate concerns raised, which occur especially amongst Chinese-speaking Facebook users.

Two legitimate concerns raised after the Bersih 4 rally were the remote locations of mobile toilets and the poor sound system on our mobile trucks especially on Saturday afternoon. We recognised such issues in our planning but could not opt for better alternatives in anticipation of possible police actions as in the first three Bersih rallies. We had to take into consideration both the feasibility of the most ideal physical deployment as well as the cost of confiscation and destruction in the event of a police crackdown.

READ MORE:  The volunteers that turned a Malaysian rubbish dump into a river park

We hope the public would understand our constraints in logistics and not misread this explanation as our inability to accept criticism or as a denial of shortcomings. One of Bersih 4’s five demands, “right to dissent” is indeed to expand the democratic space so that rallies — now the “new normal” after Bersih 4 as put by Saifuddin Abdullah — may be held without unreasonable constraints.

We would like to register our strongest disapproval of cyber-bullying tactics employed against our volunteers by some detractors. Such cyber-bullying ranged from mocking promotional posters by amateurish volunteers with ‘professionalised’ finetuning to demeaning attacks on some Bersih supporters’ characters and professional credentials.

Some criticisms also seemed to be aimed at causing divisions among Bersih volunteers and supporters. We could not see any good intention by these detractors in causing unnecessary emotional stress for our volunteers and supporters who were already dealing with uncertainties due to the state’s flip-flopping stances.

Bersih 2.0 wants to reiterate that as a people’s movement, we are primarily run by volunteers and supporters who believe in our cause. Bersih 4 would not have been possible if not for the selfless contributions of thousands of activists and volunteers. They are the unsung heroes to whom any credit for Bersih rallies must first go.


 

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) ingin menyatakan bahawa meski ramai yang mengucapkan tahniah kepada kami atas penganjuran perhimpunan aman Bersih 4, kami turut menyedari bahawa masih banyak ruang untuk penambahbaikan dan menerima semua kritikan membina serta cadangan ke arah tersebut.

Sebagai penganjur, BERSIH 2.0 bertanggungjawab penuh ke atas semua kekurangan kemudahan atau peralatan yang disediakan, serta keselamatan, kawalan lalu lintas dan susun atur program.

Semangat sukarela adalah aset terbesar dalam seruan kami kepada rakyat Malaysia untuk menuntut semula negara ini. Sekian lama, rakyat Malaysia telah didoktrinasi untuk membiarkan politik diuruskan orang politik dan mengambil bahagian hanya setakat menjadi pengundi pasif selang 4-5 tahun sekali. Melihat bagaimana kerajaan menyerang Bersih 4, sukarelawan dan penyokong kami telah memperlihatkan semangat patriotik yang patut menjadi contoh; dengan mengorbankan masa, tenaga serta wang ringgit. Sumbangan mereka, tidak kira secara profesional atau amatur, tidak ternilai harganya lantaran dipacu oleh rasa cinta kepada negara.

Kami ingin menyatakan rasa terhutang budi dan sokongan tidak berbelah bagi kepada para sukarelawan dan penyokong, yang telah menjadi mangsa serangan kritikan dan pembulian internet di sebalik pernyataan kebimbangan yang sah, yang timbul di kalangan pengguna Facebook berbahasa Cina.

READ MORE:  The volunteers that turned a Malaysian rubbish dump into a river park

Dua kebimbangan yang ditimbulkan selepas perhimpunan Bersih 4 adalah kedudukan tandas bergerak yang terlalu jauh dan sistem bunyi yang tidak begitu bagus dipasang pada trak-trak kami terutamanya pada tengahari Sabtu. Kami telah mengambil maklum isu-isu tersebut dalam perancangan awal namun harus memilih alternatif yang lebih sesuai memandangkan kami menjangka kemungkinan tindakan pihak polis seperti yang terjadi dalam tiga perhimpunan Bersih sebelum ini. Kami harus mengambil kira semua kemungkinan dan penggunaan yang paling ideal termasuk kos sekiranya peralatan tersebut dirampas atau musnah sekiranya pihak polis bertindak.

Kami berharap orang ramai dapat memahami kekangan logistik yang kami hadapi dan tidak salahfaham penerangan kami sebagai kegagalan untuk menerima kritikan atau penafian sebarang kekurangan. Salah satu daripada lima tuntutan Bersih 4, ‘hak membantah’ adalah untuk memperluas ruang demokrasi supaya perhimpunan aman yang menjadi norma baru seperti kata Datuk Saifuddin Abdullah dapat dijalankan tanpa kekangan tidak munasabah.

Kami turut ingin menyatakan bantahan terhadap taktik pembulian internet yang dilakukan terhadap sukarelawan kami oleh beberapa pihak. Pembulian yang termasuk mengejek poster promosi oleh sukarelawan amatur dengan versi profesional yang disunting, sehinggalah serangan-serangan yang merendahkan martabat, karakter dan pentauliahan profesional penyokong-penyokong Bersih. Sesetengah kritikan jahat ini turut disasarkan untuk memecahbelah penyokong dan sukarelawan Bersih. Kami tidak dapat melihat sebarang niat baik daripada para pemfitnah ini yang mengakibatkan tekanan emosi terhadap penyokong dan sukarelawan kami yang sudah cukup berhadapan dengan sikap bolak-balik pihak kerajaan.

BERSIH 2.0 ingin menegaskan bahawa sebagai sebuah pergerakan rakyat, kami diuruskan oleh sukarelawan dan penyokong yang percaya dengan perjuangan kami. Bersih 4 pastinya tidak mungkin berlaku tanpa sokongan dan sumbangan ribuan aktivis dan sukarelawan. Merekalah wira yang tidak didendang yang selayaknya mendapat puji-pujian.

Steering Committee of Bersih 2.0, which consists of:

Chairperson: Maria Chin Abdullah; Deputy Chairperson: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Treasurer: Masjaliza Hamzah; national representatives: Assoc. Prof Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, and Fadiah Nadwa Fikri; vice-chairpersons: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b Wan Ismail (East Peninsula), Thomas Fann (South Peninsula), Simon Lee Ying Wai (Central Peninsula) and Dato’ Dr Toh Kin Woon (North Peninsula).

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x