Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada 74 orang wakil rakyat ini yang telah menyatakan pendirian mereka dengan tegas.
Tiga ahli parlimen Pas, Mahfuz Omar (Pokok Sena), Nik Mazian Nik Mohamed (Pasir Puteh) dan Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian) telah mengundi menolak Belanjawan 2016, bersama-sama 71 lagi ahli parlimen daripada PKR, DAP dan Amanah.
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada 74 orang wakil rakyat ini yang telah menyatakan pendirian mereka dengan tegas untuk bukan sahaja menolak belanjawan yang membebankan rakyat malah menyatakan pendirian tidak percaya mereka kepada Perdana Menteri Najib Razak.
Bersih 2.0 bagaimanapun kesal dan kecewa dengan pendirian dan sokongan 128 ahli-ahli parlimen yang melalui sokongan mereka terhadap Belanjawan 2016, telah menyatakan sikap tidak apa terhadap permasalahan akauntabiliti dan korupsi yang melibatkan Perdana Menteri.
128 orang ini termasuklah bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang kedua-duanya begitu lantang mengkritik perdana menteri akhir-akhir ini.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Sikap dan pendirian mereka menjadi petunjuk sokongan terhadap kepimpinan perdana menteri meski selama beberapa bulan akhir-akhir ini berhadapan begitu banyak skandal kewangan, termasuk dakwaan aliran tunai terkait syarikat bermasalah 1MDB ke akaun peribadinya yang turut menjadi tajuk utama laporan akhbar antarabangsa.
Walaupun Belanjawan 2016 telah diterima, namun kami masih berharap supaya usul undi tidak percaya yang telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkan Dr Wan Azizah akan dapat dibahaskan dalam sidang kali ini.
Bersih 2.0 justeru menyeru dan berharap supaya semua ahli-ahli parlimen akan menyokong usul tersebut.
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang terdiri daripada:
Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme