Home Coalitions Clean and Fair Elections Bersih 2.0: Undi tak percaya – Jangan kaburkan isu sebenar dengan masalah...

Bersih 2.0: Undi tak percaya – Jangan kaburkan isu sebenar dengan masalah teknikal

Image: freemalaysiatoday.com

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Bersih 2.0 dengan tegas menyatakan bahawa tidak terdapat sebarang penyelewengan di dalam proses mengisi petisyen atas talian.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah menjalankan kempen Undi Tidak Percaya sepanjang satu bulan lalu melalui poskad dan juga laman web dengan tujuan supaya orang ramai dapat menyampaikan hasrat mereka kepada wakil rakyat masing-masing untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Najib Razak.

Tujuan ini tidak wajar dilepas pandang lantaran masalah teknikal yang terpencil.

20,000 poskad telah diedarkan ke seluruh negara, manakala lebih 11,000 petisyen atas talian telah dicetak dan dikemukakan kepada ahli-ahli Parlimen, pada hari Isnin lalu.

Bersih 2.0 kemudiannya mendapat maklum bahawa terdapat beberapa pempetisyen didapati sama ada tidak wujud di dalam daftar pemilih atau telah mengisi kawasan parlimen yang salah.

Bersih 2.0 dengan tegas menyatakan bahawa tidak terdapat sebarang penyelewengan di dalam proses mengisi petisyen atas talian tersebut. Ia telah dijalankan secara bona fide, dengan keyakinan bahawa mereka yang mengisi petisyen itu menyedari siapa wakil rakyat mereka dan di kawasan Parlimen mana mereka mengundi.

Laman web DearYB.my direka dengan kepercayaan bahawa mereka yang mengisi petisyen tersebut mengetahui kawasan dan ahli Parlimen masing-masing. Tidak ada mekanisme untuk memeriksa-balas pendaftaran petisyen mereka dengan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sebarang kekurangan di pihak Bersih 2.0 dalam merangka sistem laman web DearYB.my amat kami kesali.

Kami malah telah mengasingkan sejumlah besar petisyen yang tidak mempunyai nombor kad pengenalan atau menggunakan nama samaran, bahkan tidak menyatakan siapa wakil rakyat yang ditujukan.

Justeru kami simpulkan bahawa sebarang kejanggalan dalam senarai pempetisyen antara lain menunjukkan sama ada para pengundi tidak tahu siapa sebenarnya wakil rakyat mereka dan tidak sedar mereka mengundi di kawasan mana.

Apa yang lebih penting ialah suara rakyat yang mahukan wakil mereka di Parlimen menolak kepimpinan perdana menteri telah kami sampaikan. Amat dikesalkan sekiranya mesej yang mahu disampaikan cuba dikaburkan dengan perkara-perkara teknikal.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang terdiri daripada:

Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; Wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; Naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x