Rakyat Malaysia tidak boleh berdiam diri atau menerima kleptokrasi dan skandal rasuah yang telah terjadi, ujar Bersih 2.0.
Beberapa minggu yang lalu, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (US DOJ) telah mengumumkan bahawa mereka akan memulakan tindakan undang-undang untuk mengembalikan aset bernilai lebih AS$1bn yang berkaitan dengan penipuan dan pengubahan wang haram daripada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), iaitu sebuah syarikat milik kerajaan Malaysia.
Rakyat Malaysia terkejut dengan pendedahan US DOJ tersebut, dan ramai telah menzahirkan kemarahan terhadap tahap penipuan dan korupsi yang berlaku. Di sebuah negara yang demokratik, pendedahan jenayah sebegini sudah pasti akan menyebabkan mereka yang terlibat untuk meletak jawatan atau mengambil cuti; agar satu siasat penuh dan independen dapat dilaksanakan tanpa campur tangan eksekutif; dan kes tersebut diselesaikan secara domestik secepat mungkin.
Ekoran tindakan US DOJ, rakyat Malaysia berpendapat bahawa Bersih H2.0 harus mengadakan perhimpunan awam untuk membantah skandal korupsi 1MDB. Dalam tempoh beberapa minggu yang lalu, Bersih 2.0 telah menjalankan beberapa siri mesyuarat konsultasi tentang isu ini dengan pelbagai kumpulan, termasuk endorsing NGO Bersih 2.0, NGO lain, kumpulan akar umbi, anak muda, ahli akademik, pemimpin masyarakat, dan rakyat yang prihatin.
Berdasarkan proses konsultasi ini, adalah dinyatakan bahawa Bersih 2.0:
- membantah penafian berturusan daripada pihak kerajaan dan ketiadaan tindakan yang diambil sehingga kini. Sebaliknya, pihak kerajaan telah mengganggu siasatan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), dan jawatankuasa khas 1MDB (1MDB task force); memecat timbalan perdana menteri, menukar Peguam Negara Gani Patail, menukar ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dua pegawai kanan di dalam SPRM. Undang-undang zalim, halangan keluar negara, dan intimidasi oleh polis dan pihak berkuasa turut dilakukan ke atas aktivis sosial dan ahli politik untuk menutup mulut mereka.
- Oleh itu, kami percaya bahawa cadangan untuk turun ke jalanraya merupakan satu cadangan yang tepat. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mengambil satu pendirian yang tegas terhadap skandal rasuah terbesar tanahair kita dan ini juga merupakan pecah amanah. Terdapat kelalaian yang serius dalam kewajipan perdana menteri dan ahli kabinetnya untuk menjaga kepentingan rakyat. Mereka telah membenarkan skandal 1MDB untuk berlanjutan selama lima tahun tanpa sebarang akauntabiliti. Kini, mereka harus menyiasat,menangkap dan mendakwa segera Malaysian Official 1 akan jenayah yang sudah dilakukan. Jika mereka tetap membisu, maka perdana menteri dan kabinets harus letak jawatan serta-merta.
- Oleh itu, satu himpunan aman Bersih 5 akan dianjurkan. Ini adalah lanjutan untuk meminta tindakan yang sewajarnya dan untuk akauntabiliti skandal 1MDB. Masa dan tarikh aksi Bersih 5 akan diumumkan dalam masa terdekat. Pada ketika ini, Bersih 2.0 akan fokus untuk membina satu gerakan majmuk dengan penglibatan pelbagai pihak untuk menjayakan Bersih 5. Konsultasi dengan semua pihak akan diteruskan, dan gerak kerja mobilisasi Bersih 5 akan bermula dari saat ini.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Bersih 2.0 bersama dengan NGO yang lain dan rakyat Malaysia yang prihatin sudahpun memulakan pelbagai aktiviti protes mingguan terhadap skandal 1MDB ini. Bersih 2.0 juga menyokong himpunan #TangkapMalaysianOfficial1 yang dirancang oleh anak muda pada 27 Ogos 2016. Bersih 2.0 turut menyokong segala aksi penyerahan memorandum ke agensi-agensi kerajaan dan laporan polis terhadap Malaysian Official 1.
Rakyat Malaysia tidak boleh berdiam diri atau menerima kleptokrasi dan skandal rasuah yang telah terjadi. Kita harus terus menuntut jawapan dan kebenaran. Bersih 2.0 mengajak semua rakyat Malaysia untuk meneruskan perjuangan dan bersatu pada masa yang penting ini.
Dikeluarkan oleh
Jawatankuasa Pemandu BERSIH2.0
Staying silent is not an option
A few weeks ago, the US Department of Justice announced that they are taking legal action to recover more than US$1bn in assets associated with funds defrauded and laundered from 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), a company wholly owned by the government of Malaysia.
Malaysians were shocked by the revelation, and many have expressed anger against the international scale of corruption and theft involved. In any functioning democracy, such criminal exposé would have already resulted in those implicated taking leave if not resigning; full and independent investigations would have taken place without interference from the executive; and the case would have been sorted out domestically and not dragged on for years.
Following the justice department lawsuit, there is a lot of expectation for Bersih 2.0 to organise a rally to protest against the 1MDB grand corruption, that is worsening by the day. Recently, Bersih 2.0 held a series of consultations on this issue with a wide range of groups, including Bersih 2.0 endorsing NGOs, non-endorsing NGOs, grassroots groups, youths, academicians, opinion leaders, and various concerned citizens.
Based on these consultations, it is noted that Bersih 2.0:
- condemns the government’s continuing denial and inaction on the 1MDB scandal. Instead of taking action, the government has interfered in the investigations by Parliamentary Accounts Committee (PAC) and 1MDB taskforce; sacked the deputy prime minister; replaced the attorney general, MACC chief commissioner and two other senior officers; and used oppressive laws, travel restrictions, and police intimidation against activists and politicians to silence their views.
- believes that not protesting is not an option. As citizens, we must make a strong stand against this grand corruption and betrayal of trust. There is a serious dereliction of duty by the prime minister and cabinet members who are entrusted to protect the interests of the people. They have allowed the 1MDB scandal to escalate over a period of five years without any compulsion for accountability. They must institute investigations and immediately arrest Malaysian Official No. 1 for his crimes. If they continue with their inaction, the prime minister and his cabinet must resign.
- will be organising a Bersih 5 rally to pressure for greater accountability and actions. The date and details of the Bersih 5 rally will be announced in due course [since scheduled for 19 November]. At present, Bersih 2.0 strongly feels that we need to focus on building a united Malaysia by gathering more diverse groups and stakeholders for this rally. Bersih 2.0 will continue its consultation and mobilisation processes leading up to the Bersih 5 rally.
Bersih 2.0, together with the NGOs and concerned citizens, has initiated various weekly actions to protest against the 1MDB scandal. These include a #TangkapMalaysianOfficial1 protest by the youth on 27 August 2016; the submission of memoranda to various government institutions; and the lodging of police reports against Malaysian Official No. 1. We fully support these actions.
Despite the impunity of the regime, Malaysians must not remain silent or accept the kleptocracy and corruption that has happened. We must continue to demand answers and hold those implicated accountable. We will work hard on the above challenges and encourage every Malaysian to continue the struggle for a united Malaysia.
Bersih 2.0 steering committee
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
With UNCAC, I am of the opinion that we should vehemently ADVOCATE for OUR RIGHTS TO A CORRUPTION FREE LIFE, ENVIRONMENT & NATION!
https://en.m.wikipedia.org/wiki/United_Nations_Convention_against_Corruption