
[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) telah bertemu dengan Timbalan PM kedua Fadillah Yusof di Parlimen baru-baru ini.
Bersih mengambil peluang pertemuan ini bagi menyerahkan memorandum yang memperincikan agenda reformasi yang dicadangkan, terutamanya dalam isu:
- peruntukan pembangunan kawasan ahli-ahli Parlimen
- keperluan mewujudkan mekanisme pengundian awal untuk pengundi Sarawak dan Sabah yang bekerja atau belajar di semenanjung (dan sebaliknya)
- keperluan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang adil
- reformasi pelantikan jawatan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
- reformasi Akta Kesalahan Pilihan Raya.
Bersih menghargai keterbukaan pihak Fadillah dan kerajaan untuk menerima kunjungan dan saranan pertubuhan masyarakat sivil dalam membawa suara rakyat untuk melaksanakan agenda reformasi.
Bersih mengangkat agenda reformasi yang didesak oleh pelbagai kolektif masyarakat sivil dan kebanyakannya adalah daripada manifesto-manifesto yang dijanjikan oleh parti-parti gabungan “kerajaan perpaduan”, seperti pemberian peruntukan pembangunan kawasan yang adil dan saksama, lantikan institusi-institusi penting negara menerusi jawatankuasa parlimen, dan pemisahan peguam negara dan pendakwa raya.
Perbincangan dengan timbalan PM kedua lebih berfokus kepada isu akses pengundian yang menjadi beban kepada ramai pengundi Sabah dan Sarawak yang bekerja atau belajar di semenanjung (dan pengundi semenanjung yang bekerja atau belajar di Sarawak dan Sabah).
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Bersih telah mengusulkan untuk meluaskan undi awal kepada dua kategori pengundi ini bagi meringankan beban pengundi Sabah dan Sarawak, terutamanya kos tiket kapal terbang yang tinggi, hanya untuk menjalankan hak mereka sebagai pengundi.
Bersih mencadangkan mekanisme di mana pengundi Sabah dan Sarawak yang bekerja atau belajar di semenanjung (dan sebaliknya) tidak perlu pulang ke kawasan masing-masing semasa hari pengundian dan mengundi di sebuah pusat pengundian mega yang dibuka di setiap negeri di semenanjung (atau Sabah dan Sarawak bagi pengundi semenanjung di sana).
Mereka boleh mengundi seperti pengundi awal tiga hari sebelum hari pengundian biasa dan undi mereka hendaklah dikira pada hari pengundian biasa di pusat pengundian undi awal tersebut, tanpa memerlukan undi mereka dipos ke Sabah, Sarawak atau semenanjung.
Fadillah memberi respons yang positif dan menyatakan tuntutan ini selari dengan pertimbangan parti-parti di Sarawak kerana kaedah ini amat memudahkan pengundi.
Kami mengalu-alukan respons positif ini dan menyeru SPR mengambil serius kehendak rakyat, masyarakat sivil dan pembuat dasar supaya segera mempertimbangkan pelaksanaan undi awal sebelum pilihan raya negeri Sabah dan Sarawak pada 2025 dan 2026.
Dasar ini dijangka memberi kesan kepada lebih daripada sejuta pekerja dan pelajar Malaysia yang terpaksa berulang-alik antara semenanjung, Sabah dan Sarawak hanya semata-mata ingin melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi.
Mengenai pemberian peruntukan pembangunan kawasan, timbalan PM kedua memaklumkan bahawa kerajaan persekutuan sedang menyediakan deraf perjanjian yang bakal dibentangkan kepada pembangkang untuk rundingan.
Kami menyeru supaya deraf tersebut dapat dimuktamadkan dalam bentuk memorandum persefahaman (MoU) 2.0 antara kerajaan persekutuan dan pembangkang dalam jangka pendek yang merangkum pelaksanaan agenda reformasi, termasuk pengkanunan undang-undang peruntukan pembangunan kawasan dalam jangka masa panjang. Undang-undang peruntukan ini perlu supaya pemberian peruntukan tidak lagi bergantung kepada budi bicara perdana menteri dan eksekutif.
Selain itu, timbalan PM kedua menegaskan bahawa kabinet telah bersetuju atas prinsip bagi pemisahan bidang kuasa peguam negara dan pendakwa raya, penggubalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen, serta pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya.
Bersih menyatakan pendirian kami agar diwujudkan satu garis jelas masa yang jelas agar reformasi-reformasi ini dapat dilaksanakan sebelum mandat Parlimen ke-15 ini berakhir.
Bersih menghargai keterbukaan timbalan PM kedua untuk bertemu dengan pertubuhan masyarakat sivil. Tatkala negara berada dalam transisi demokrasi, sikap keterbukaan ini penting untuk melayani semua pihak, termasuk pembangkang dan masyarakat sivil, secara adil dan profesional untuk mewujudkan demokrasi yang matang dan maju. – Bersih
English version
Bersih meets second deputy PM, emphasises fair redrawing of electoral boundaries and advance voting
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) met Second Deputy PM Fadillah Yusof in Parliament recently.
Bersih took this opportunity to submit a memorandum detailing its proposed reform agenda, particularly on the issues of:
- allocations of constituency development funds for MPs
- the need to establish advance voting mechanisms for Sarawak and Sabah voters working or studying in the peninsula (and vice versa)
- the need for fair redrawing of electoral boundaries
- reforms in the appointment of Electoral Commission members
- reforms to the Election Offences Act
Bersih appreciates the openness of Fadillah and the government in receiving visits and suggestions from civil society organisations to voice the people’s call for the implementation of the reform agenda.
Bersih is advocating for the reform agenda demanded by various civil society collectives, many of which are from the manifestos promised by the parties in the “unity government” coalition.
These include the fair and equitable distribution of the constituency development funds, the appointments to key national institutions through a parliamentary committee, and the separation of the roles of the attorney general and public prosecutor.
The discussion with the second deputy PM focused more on voting access, which burdens many Sabah and Sarawak voters working or studying in the peninsula (and vice versa).
Bersih proposed extending advance voting to these two categories of voters to ease the burden on Sabah and Sarawak voters, especially regarding the high cost of airfare, in exercising their right to vote.
Bersih proposes a mechanism where Sabah and Sarawak voters working or studying in the peninsular (and vice versa) do not have to return to their respective constituencies on polling day. Instead, they can vote at a mega-polling centre established in each state of the peninsular Malaysia (or in Sabah and Sarawak for peninsula voters there). They can vote like advance voters three days before polling day, and their votes should be counted on polling day at the early polling centres, without requiring their votes to be posted to Sabah, Sarawak or the peninsula.
Fadillah responded positively, stating that this demand aligns with the considerations of parties in Sarawak, as this method greatly facilitates voters.
We welcome this positive response and urge the Electoral Commission to take seriously the demands of the people, civil society and policymakers and immediately consider implementing advance voting before the Sabah and Sarawak state elections in 2025 and 2026.
This policy is expected to have an impact on over a million Malaysian workers and students who have to travel between the peninsula, Sabah, and Sarawak just to fulfil their voting responsibilities.
Regarding the distribution of constituency development funds, the second deputy PM informed Bersih that the federal government is preparing a draft agreement to be presented to the opposition for negotiations.
We urge for this draft be finalised in the form of a Memorandum of Understanding (MoU) 2.0 between the federal government and the opposition in the short term, encompassing the implementation of the reform agenda, including the legal enactment governing constituency development funds in the long term. This law on constituency development funds is necessary so that the allocation of funds will no longer depend on the discretion of the prime minister and the executive.
Additionally, the second deputy PM emphasised that the cabinet has agreed in principle to the separation of the powers of the attorney general and the public prosecutor, the re-enactment of the Parliamentary Services Act, and amendments to the Election Offences Act.
Bersih stated our stance that a clear timeline should be established so that these reforms can be implemented before the end of the 15th Parliament’s mandate.
Bersih appreciates the second deputy PM’s openness in meeting with civil society organisations.
As the country is in a period of democratic transition, this open attitude is important so that stakeholders, including the opposition and civil society, can be treated fairly and professionally in order to create a mature and advanced democracy. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme