Home Coalitions Clean and Fair Elections Bersih desak boikot pilihan raya palsu Myanmar/Bersih urges boycott of Myanmar’s sham...

Bersih desak boikot pilihan raya palsu Myanmar/Bersih urges boycott of Myanmar’s sham election

Bersih calls on the Malaysian government, which currently chairs Asean, not to recognise or send observers to Myanmar's December election, which civil society groups have declared a sham designed to legitimise military rule

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menolak pilihan raya palsu anjuran pihak junta Myanmar yang dijadualkan berlangsung pada 28 Disember.

Pendirian ini juga telah dibuat pada 15 September bersama gabungan pertubuhan masyarakat sivil dan kesatuan sekerja antarabangsa untuk menggesa seluruh negara Asean memboikot pilihan raya palsu ini.

Bersih sekali lagi menggesa kerajaan Malaysia, yang juga menjadi negara yang mempengerusikan Asean, untuk tidak mengiktiraf pilihan raya palsu ini serta menarik balik sebarang keputusan untuk menghantar pemerhati pilihan raya bagi memerhati pilihan raya Myanmar 2025, seperti yang dilaporkan media, yang telah diisytiharkan pilihan raya palsu oleh kumpulan masyarakat sivil di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Pilihan raya ini hanyalah satu sandiwara untuk mendapat legitimasi politik antarabangsa dan bermakna lebih ramai rakyat biasa akan terkorban di bawah junta Myanmar.

Pilihan raya yang hendak dilaksanakan oleh junta Myanmar ini tidak menepati sebarang kriteria pilihan raya bebas dan adil serta bercanggahan dengan amalan baik di peringkat antarabangsa.

Pilihan raya ini tidak mempunyai sebarang kredibiliti dan legitimasi seperti yang dihuraikan dalam laporan Asian Network for Free Elections (Anfrel).

Anfrel telah menyenaraikan 15 tindakan fatal oleh junta Myanmar yang menunjukkan berlakunya kezaliman, tekanan dan sistem yang tempang serta berat sebelah.

Sebagai contoh, tangkapan pengerusi dan dua ahli Union Election Commission (UEC) Myanmar yang menjalankan Pilihan Raya 2020 Myanmar dengan jayanya. Pengerusi UEC tersebut kemudiannya ditukar dengan seorang bekas major jeneral tentera yang sudah pro kepada junta Myanmar.

Pihak junta juga mengharamkan parti-parti politik yang telah memenangi lebih 80% kerusi parlimen dalam pilihan raya 2020 dan mengenakan undang-undang repressif, termasuk menjatuhkan hukuman mati kepada pihak penentang.

READ MORE:  Suhakam zahir kebimbangan terhadap pilihan raya Myanmar/Serious concerns over Myanmar polls

Bersih menegaskan pihak Junta Myanmar harus menghentikan keganasan dan penindasan ke atas rakyat Myanmar serta membebaskan semua tahanan politik yang kritikal terhadap junta Myanmar.

Bersih juga mendesak supaya junta Myanmar mengembalikan pemerintahan kepada pihak yang memenangi pilihan raya Myanmar 2020 sebelum cuba mendapatkan legitimasi antarabangsa dengan melaksanakan pilihan raya 2025. – Bersih

English version

Bersih urges Wisma Putra to withdraw from observing Myanmar’s sham election

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) rejects the sham elections organised by the Myanmar junta, scheduled to take place on 28 December.

This stance was also made clear on 15 September, together with a coalition of international civil society organisations and trade unions, calling on all Asean member states to boycott this fake election.

Bersih once again urges the Malaysian government, which currently chairs Asean, not to recognise this sham election and to withdraw any decision to send election observers to monitor the 2025 Myanmar election, as reported by the media.

Both local and international civil society groups have declared the election a sham. The Myanmar junta is merely using it as political theatre to gain international legitimacy, which will only lead to more civilian casualties.

The election planned by the Myanmar junta does not meet any criteria for a free and fair election and contradicts international best practices. This election lacks all credibility and legitimacy, as outlined in the report by the Asian Network for Free Elections (Anfrel).

Anfrel has listed 15 fatal actions by the Myanmar junta that demonstrate oppression, coercion, and a deeply flawed and biased system.

READ MORE:  Key players in the 2025 Sabah election

For instance, the Myanmar junta arrested the chairperson and two members of the Union Election Commission (UEC), who had successfully conducted the 2020 Myanmar election. The UEC chairperson was later replaced by a former military major general who is aligned with the junta.

The junta has also banned political parties that won over 80% of parliamentary seats in the 2020 election and has imposed repressive laws, including the death penalty, on its opponents.

Bersih stresses that the Myanmar junta must stop the violence and oppression against the people of Myanmar and release all political prisoners critical of the regime.

Bersih also calls on the junta to return power to the rightful winners of the 2020 Myanmar election before attempting to seek international legitimacy through the planned 2025 election. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x