Home Coalitions Clean and Fair Elections Bersih desak kerajaan jangan sambung kontrak Azam Baki sebagai ketua pesuruhjaya SPRM...

Bersih desak kerajaan jangan sambung kontrak Azam Baki sebagai ketua pesuruhjaya SPRM kali keempat

Kumpulan reformasi pilihan raya mahu pelantikan ketua SPRM baharu melalui penelitian parlimen

MACC chief commissioner Azam Baki

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa kerajaan “Madani”, terutama Perdana Menteri Anwar Ibrahim, untuk tidak menyambung kontrak Azam Baki sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kali keempat.

Pendirian ini sebagai respon kepada kenyataan Azam yang memberi bayangan bahawa beliau tidak akan disambung lagi kerana banyak pihak tidak menyukai beliau dan beliau telah tiga kali disambung kontrak.

Jawatan ketua pesuruhjaya SPRM bukanlah jawatan untuk disukai oleh orang ramai kerana jawatan tersebut adalah untuk menguatkuasakan undang-undang dan mencegah rasuah.

Apa yang menjadi permasalahan dan isu kepada negara adalah proses pelantikan ketua pesuruhjaya tersebut yang membelakangi janji untuk mereformasi pelantikan jawatan-jawatan utama agar melalui jawatankuasa parlimen, seperti yang termaktub dalam manifesto Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Selain itu, Bersih juga ingin mengingatkan bahawa Azam pernah enggan untuk hadir ke prosiding jawatankuasa pilihan parlimen sewaktu beliau dikaitkan dengan pemilikan saham yang bernilai lebih RM100,000.

Bersih sekali lagi mendesak dengan keras agar pelantikan ketua pesuruhjaya SPRM selepas ini melalui Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.

Bersih juga berharap agar pengerusi jawatankuasa pilihan khas parlimen, William Leong, terus mendesak supaya jawatankuasa ini dapat meneliti calon-calon yang bakal menjadi ketua pesuruhjaya SPRM dan melaporkan sekiranya ada isu atau persoalan yang perlu dijawab oleh calon-calon ini.

Kerajaan Madani dan Anwar perlu melaksanakan kata-kata dan janji-janji yang mereka tanam selama ini. Apa yang rakyat inginkan adalah kejujuran, keberanian dan ketelusan dalam mentadbir negara. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x