Bersih Sabah melahirkan rasa kesal kepada pihak polis kerana gagal melaksanakan tugas mereka selaku penjaga kepada hak rakyat untuk berhimpun sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyebutkan bahawa setiap warganegara bebas untuk berhimpun secara aman. Pada 20 Oktober yang lepas, Shafie Apdal telah direman oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu berhubung siasatan penyelewengan dana kerajaan pusat untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah.
Sehubungan itu, penyokong Shafie telah berkumpul di perkarangan mahkamah tersebut bagi menunggu ketibaan Shafie yang bakal menghadapi pendengaran reman di kamar mahkamah. Malangnya, selepas daripada itu pihak IPD Karamunsing telah memanggil beberapa pemimpin daripada Parti Warisan Anak Sabah (Warisan) dan Parti Keadilan Rakyat Sabah (PKR) di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Pihak kami ingin mempersoalkan apakah rasionalnya pihak polis menggunakan akta ini untuk memanggil beberapa pimpinan daripada Warisan dan PKR yang hanya menunggu ketibaan Shafie daripada hospital ke kamar mahkamah? Adakah berkumpul dimana-mana tempat di Sabah sekarang ini sudah dikira sebagai berhimpun dalam definisi pihak polis?
Bagi pihak Bersih Sabah, jelas tindakan pihak polis menggunakan akta ini adalah sebagai satu bentuk intimidasi kepada rakyat Sabah dan merupakan tindakan yang tidak meraikan demokrasi serta tidak menghormati Perkara 20 Deklarasi Hak Asasi Manusia dan Artikel 21 International Covenant on Civil and Political Rights.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Bersih Sabah sekali lagi menggesa agar pihak polis Kota Kinabalu tidak menggunakan Akta Perhimpunan Aman sewenang-wenangnya dan memberikan kebebasan rakyat Sabah untuk mengamalkan hak mereka untuk berhimpun dalam negara ini.
Sekretariat Bersih Sabah
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme