Home Coalitions Clean and Fair Elections Bersih sambut baik hasrat kerajaan untuk memperkasa demokrasi melalui reformasi institusi (Malay/English)

Bersih sambut baik hasrat kerajaan untuk memperkasa demokrasi melalui reformasi institusi (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyambut baik kenyataan daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk undang-undang dan reformasi institusi Azalina Othman Said bahawa kerajaan terbuka untuk memberikan peruntukan pembangunan kawasan dan mempunyai perancangan bagi empat lagi reformasi institusi.

Peruntukan saksama

Di Parlimen pada 7 Mac, perdana menteri jelas menyatakan bahawa beliau secara prinsip tidak menentang pemberian peruntukan pembangunan kawasan yang sama rata kepada ahli parlimen kerajaan mahupun pembangkang.

Bersih sekian lama menyatakan bahawa pemberian peruntukan pembangunan kawasan yang saksama adalah perlu bagi memperkasakan demokrasi berbilang parti dan menstabilkan politik dengan mewujudkan padang yang sama rata dengan mengurangkan insentif terhadap wakil rakyat untuk diugut atau digoda supaya berlaku khianat bagi mendapatkan peruntukan.

Peruntukan pembangunan kawasan seharusnya disediakan di bawah akta parlimen dan bukannya melalui budi bicara perdana menteri.

Tiba masanya untuk kedua-dua kerajaan dan pembangkang berunding bagi mengkanunkan undang-undang ini, malah jika perlu pembangkang boleh membentangkan rang undang-undang persendirian bagi isu ini.

Undang-undang peruntukan pembangunan kawasan ini juga perlu dikanunkan di setiap negeri. Tindakan Perak yang memberikan peruntukan pembangunan kawasan yang saksama kepada semua ahli dewan undangan negeri sejak Disember 2020 sebagai sebahagian rundingan kestabilan politik wajar dipuji, namun belum ada perundangan yang dikanunkan.

Dalam kes peruntukan peruntukan pembangunan kawasan yang paling tidak adil, kerajaan Sarawak memberikan ahli dewan undangan negeri kerajaan sekurang-kurangnya RM8 juta setahun tetapi satu sen pun tidak diberikan kepada pembangkang.

Bersih dan badan pemikir Ideas telah menjalankan kajian yang menyeluruh termasuk instrumen perundangan yang diperlukan, yang boleh digunakan oleh kedua-dua pihak.

READ MORE:  Beyond prison walls: Malaysia's restorative justice dilemma

Empat reformasi seterusnya

Kami sukacita dengan tekad dan perancangan yang jelas daripada menteri undang-undang dan reformasi institusi pada 6 Mac bagi empat reformasi ‘mudah’ yang boleh dilaksana:

  1. Akta pembiayaan politik – kami berharap termasuklah pendanaan awam bagi parti politik berdasarkan peratusan undi yang diterima;
  2. Had 10 tahun perdana menteri
  3. Pelantikan jawatankuasa parlimen – kami berharap semua portfolio kementerian dapat dipantau, jawatankuasa yang mencukupi untuk semua ahli parlimen persendirian sertai, dan beberapa jawatankuasa dijadikan jawatankuasa kekal
  4. Suruhanjaya siasatan diraja untuk mengkaji pemisahan Jabatan Peguam Negara dan pejabat pendakwaraya yang bebas politik – kami berharap sehingga berjaya, pendakwaan dilakukan oleh peguam cara negara, penjawat awam yang profesional – bagi mengelakkan sebarang keraguan terhadap pendakwaan atau pembebasan terpilih

Bersih telah mengeluarkan kenyataan pada 4 Mac bagi mendesak reformasi yang mudah untuk dilaksanakan dalam tempoh 100 hari seterusnya dan dalam tempoh satu tahun ini.

Respon menteri yang meyakinkan terhadap empat reformasi institusi yang didesak oleh kumpulan masyarakat sivil, pakar dan pihak berkepentingan yang lain adalah tanda yang baik bahawa kerajaan terbuka dan bertekad melakukan reformasi.

Kami berhadap pembangkang juga akan memberi respon yang positif kepada kedua-dua kerajaan dan kumpulan masyarakat sivil untuk menempa agenda bersama bagi reformasi institusi. – Bersih

English version

Bersih lauds government’s response on institutional reforms to strengthen multi-party democracy

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) welcomes the statements by Prime Minister Anwar Ibrahim and Minister in the Prime Minister’s Department for law and institutional reformsi Azalina Othman Said that the government is open to equal constituency development funds and has a working plan for four other institutional reforms.

READ MORE:  Two views on Malaysia Agreement 1963 and parliamentary representation

Equal constituency development funds

In Parliament on 7 March, the prime minister explicitly stated that he, in principle, had no objections to giving equal allocations of constituency development funds to government MPs and opposition MPs.

Bersih has long argued that equal constituency development funds are necessary to strengthen multi-party democracy and to stabilise our politics by creating a level playing field with less incentives for elected representatives to be coerced or ‘seduced’ for defection in order to receive the allocations. Constituency development funds should be provided under a parliamentary act and not by way of a prime minister’s discretion.

The time has come for both the government and the opposition to sit down to negotiate such a bill or, if necessary, for the opposition to table a private member’s bill on this.

Such laws should in fact be enacted in all states. It is commendable that Perak has given equal constituency development funds to all state assembly members since December 2020 as a package deal for political stability but legislation has not yet been enacted.

In the extreme case of unequal constituency development funds, the Sarawak state government gives government state assembly members at least RM8m a year but not a single sen to those in the opposition.

Bersih and think tank Ideas have done considerable research including on the necessary legal instrument which both sides can draw on.

Four other institutional reforms

We are heartened by the concrete expression of commitment and plan by the law and institutional reforms minister on 6 March on the four “low-hanging fruits” for reforms:

  1. A political funding bill – which we hope would include public funding for political parties based on their percentage of vote share
  2. A bill to limit the prime minister’s tenure to 10 years
  3. The appointment of parliamentary select committees – which we hope would cover all ministerial portfolios, enough committees for all private MPs to participate, and some committees to be made permanent
  4. A royal commission of inquiry to study the separation of the Attorney General’s Chambers and a politically independent public prosecutions office – we hope till then, prosecutions would be left to the solicitor general, a professional civil servant, to avoid any suspicion of selective prosecution or impunity
READ MORE:  Whither institutional reform in Malaysia?

Bersih had issued a statement on 4 March calling for low-hanging fruit reforms in the next 100 days and within the first year.

The minister’s reassuring response on the four institutional reforms after calls by civil society groups, experts and other stakeholders is a good sign of the government’s openness and commitment to reforms.

We hope the opposition would also respond positively to both the government and civil society groups to forge a common agenda on institutional reforms. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x