Home Coalitions Clean and Fair Elections Bersih selar pengumuman peruntukan terpilih kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Bersih selar pengumuman peruntukan terpilih kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengambil serius akan pengumuman menjelang pilihan raya kecil kerusi Kuala Kubu Bharu dalam Dewan Undang Negeri Selangor oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Dilaporkan sejumlah RM5.2 juta telah diperuntukkan dalam sebuah “Program Sentuhan Kasih KPKT” pada 18 April di Kuala Kubu Bharu.

Bersih melihat pengumuman ini telah melanggar garis panduan “Larangan 3C: No Conditions (tidak bersyarat), No Campaign (tidak berkempen) dan No Candidates (tidak bawa calon)” yang telah digariskan Bersih sejak pilihan raya negeri 2023 yang lepas kepada kerajaan bukan sementara (non-caretaker government) , seperti kerajaan persekutuan dan negeri dalam konteks pilihan raya kecil.

Seperti dilaporkan media, Nga turut menyeru penduduk balik kampung dan meminta mengundi parti yang “baik, prihatin, progresif” walaupun tidak menyebut mana-mana parti politik dalam kerajaan.

Peruntukan khusus kepada Kuala Kubu Bharu ini dilihat telah melanggar prinsip “tidak berkempen” yang mengaitkan peruntukan kerajaan dengan sokongan politik.

Tindakan ini juga boleh dianggap sebagai usaha membeli undi dan menggunakan pengaruh yang tidak wajar kerajaan terhadap pengundi di kawasan ini yang bakal membuang undi pada 11 Mei depan.

Bersih menggesa kerajaan menghentikan amalan tidak beretika ini yang bercanggah dengan prinsip perlawanan politik atas padang yang sama rata dalam pilihan raya.

Bersih melihat pelanggaran demi pelanggaran terhadap etika pilihan raya bersih dan adil oleh parti kerajaan “Madani” sendiri dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini, akan terus menghakis keyakinan rakyat khususnya pengundi terhadap sistem pilihan raya dan proses demokrasi di negara ini.

Sekali lagi Bersih menegaskan supaya diwujudkan sebuah garis panduan yang menyeluruh terkait etika kerajaan bukan sementara dan kerajaan sementara semasa tempoh pilihan raya yang bermula sebaik sahaja pembubaran Parlimen atau dewan undangan negeri atau kekosongan kerusi, untuk dikanunkan sebagai undang-undang supaya tidak berlaku salah guna sumber kerajaan dalam sebarang pengumuman peruntukan dan dasar kerajaan yang diamanahkan rakyat.

READ MORE:  Sungai Bakap by-election: A review

Bersih akan terus komited dan konsisten tanpa gentar dan berpihak kepada mana-mana parti politik dalam memantau perjalanan pilihan raya di negara ini termasuk di pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu tidak lama lagi.

Bersih juga akan menghantar pemantau pilihan raya ke pilihan raya kecil ini bagi memantau keseluruhan proses pilihan raya agar tidak berlaku pelanggaran apa bentuk kesalahan pilihan raya serta proses berlaku dengan penuh adil dan bersih. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x