Home Coalitions Clean and Fair Elections #Bersih5KualaLumpur10HariLagi

#Bersih5KualaLumpur10HariLagi

Aliran exco member Dr Prema Devaraj representing Penang Bersih 5 handing over the torch to Perak Bersih

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Tinggal 10 hari saja lagi sebelum kita turun ke jalan raya untuk kali kelima. Ramai yang tidak perasan yang protes kita ini sebenarnya sudah masuk hari 40. Bermula daripada 1 Oktober 2016, sudah seratus lebih kampung, desa, pekan dan bandar kita masuki.

Cabaranya memang perit. Diserang, bendera dicabut, kereta ditendang, dipukul, disepak, dibaling telur, kereta dihimpit dan hampir-hampir dilanggar. Malah, sudah berpuluh juga orang disiasat polis. Ugutan bunuh juga diterima.

Tuduhan-tuduhan fitnah dilontarkan menggunakan media kawalan. Skrip Soros diulang tayang. Cuma bezanya, nilai dermaan kini mencecah billion. Fitnah-fitnah recycle seperti jatuhkan dan gulingkan kerajaan terus dimainkan mengikut skrip lama.

Jelas 40 hari ini telah mengugat parti pemerintah yang korup ini. Kini, Bersih sudah menjadi perbualan anak semua bangsa. Masyarakat luar bandar kini mengetahui serba-sedikit mengenai1MDB walaupun tidak mengetahui dan memahami betapa besarnya skandal rasuah itu.

Apa yang membanggakan adalah, konvoi-konvoi Bersih ini disusun sendiri oleh orang tempatan dan bukannya orang luar. Peserta-peserta konvoi juga telah menunjukkan ketabahan dan ketenangan mereka ketika berdepan dengan intimidasi. Solidariti dan setiakawan antara semua pihak di kawasan luar bandar amat-amat memberansangkan. Dan kesemuanya dilakukan menggunakan semangat dan wang ringgit tersendiri.

Ini adalah kemenangan-kemenangan awal yang sudah dicapai oleh rakyat walaupun 19 Nov belum tiba lagi. Hari ini, Bersih bukan berdepan dengan sebuah pemerintah yang zalim saja, tapi keseluruh jentera Umno. Media, institusi, polis semua digunakan untuk menghentikan Bersih 5. Tetapi rakyat Malaysia tidak memberi ruang untuk pemerintah ini menghentikan Bersih. Itulah semangat dan solidairi kuasa rakyat!

Apa yang penting sekarang adalah untuk kita semua terus mempromosikan 19 November. Mereka-mereka yang sudah bekerja keras untuk menjayakan konvoi di peringkat pekan masing-masing wajib turun bersama-sama dengan pasukan anda. Adalah wajib juga untuk membawa lebih ramai sanak-sedara untuk turun bersama.

Negara ini adalah milik kita bersama. Negara ini dibina oleh kita untuk kita. Negara ini kini dalam kancah kehancuran. Negara ini memerlukan bantuan kita untuk diselamatkan dari perasuah dan pencuri. Jika tidak, 10 akan datang, anak-anak Malaysia akan tidur dijalanan. Anak-anak Malaysia akan kebuluran.

Apakah ketika itu baru kita mahu menyesal dan tanya pada diri sendiri kenapa aku tidak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan negara? Apakah jawapan yang akan anda berikan kepada anak cucu kamu apabila ditanya kenapa Malaysia sudah hancur?

Kawan-kawan, 19 November bukan hanya sekadar turun ke jalan untuk meramaikan peserta Bersih 5. Tetapi, adalah untuk menyelamatkan Malaysia dari penyangak dan pencuri. Menyelamatkan Malaysia untuk masa depan anak-anak kita.

Kota Baru, Kangar, Johor Baru, Lumut, Sandakan dan Miri adalah enam tempat sejarah bermulanya perjuangan rakyat melawan ketirisan dan rasuah. Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu akan menjadi saksi pertemuan sejarah di mana rakyat penyatukan tenaga untuk sebuah Malaysia yang baru.

Anak semua bangsa bersama-sama untuk “Satukan Tenaga, Malaysia Baru”.

Sumber: Mandeep Singh, Facebook

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x