
Bersih menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini mengenai hasrat kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) dengan menghapuskan keperluan persetujuan pemilik tempat perhimpunan di bawah Seksyen 11 akta tersebut.
Langkah ini adalah tepat pada masanya untuk memastikan hak rakyat berhimpun secara aman dilindungi sepenuhnya dan selaras dengan prinsip demokrasi.
Bersih turut mengalu-alukan jaminan kerajaan bahawa tiada tindakan yang bakal diambil ke atas mahasiswa yang terlibat dalam penganjuran Himpunan Anti-Rasuah, mogok lapar serta bantahan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) baru-baru ini.
Namun, Bersih menegaskan bahawa proses pindaan ini perlu dilaksanakan dengan melibatkan konsultasi dengan semua pihak berkepentingan, termasuk NGO, pejuang hak asasi manusia, ahli akademik dan masyarakat sivil.
Penyertaan pemegang taruh ini penting bagi memastikan pindaan yang dibuat mencerminkan kehendak dan keperluan rakyat serta mematuhi standard hak asasi manusia antarabangsa.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Selain itu, Bersih menyeru kerajaan untuk bukan sahaja menghentikan siasatan terhadap perhimpunan-perhimpunan yang telah diadakan sebelum ini, tetapi juga menghentikan segala bentuk intimidasi terhadap aktivis dan pejuang hak asasi manusia.
Gangguan berterusan pihak polis seperti yang berlaku terhadap pengarah eksekurif Suaram semalam tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan benar-benar komited untuk melindungi hak bersuara dan berhimpun.
Pindaan APA perlu menjadi bukti bahawa kerajaan bukan sahaja menghormati tetapi juga komited untuk memperkasa hak rakyat dalam menyuarakan pandangan mereka tanpa rasa takut.
Dalam semangat demokrasi, Bersih menggesa pindaan ini akan segera dilaksanakan dengan telus dan inklusif. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme