Home Coalitions Clean and Fair Elections Perdana menteri wajib memaparkan laporan CEP dan IRC kepada umum

Perdana menteri wajib memaparkan laporan CEP dan IRC kepada umum

Graphic: cilisos.my

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menggesa kerajaan untuk memaparkan laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) dan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) kepada orang awam serta mengumumkan tindakan yang telah diambil daripada cadangan-cadangan pembaharuan oleh IRC dan CEP.

CEP ditubuhkan pada 12 Mei dan IRCi pula ditubuhkan pada 15 Mei 2018 oleh kerajaan baharu selepas kemenangan pada pilihan raya umum 2018 yang lepas. CEP dan IRC ditubuhkan bagi memberi nasihat berkenaan hal ehwal ekonomi serta memberi cadangan reformasi institusi kepada kerajaan.

IRC telah menghantar laporan mereka kepada CEP pada 16 Julai dan CEP telah menghantar laporan kepada perdana menteri pada 7 Ogos. Walaubagaimanapun pada 27 Ogos perdana menteri mengatakan kepada media bahawa laporan tersebut tidak akan dibuat secara umum.

CEP telah menemubual 350 orang daripada 300 organisasi manakala IRC telah mengadakan perbincangan dengan organisasi gerakan sivil dan menyemak lebih 1,000 cadangan bertulis daripada orang awam dan pemegang taruh.

Apabila orang awam dijemput untuk memberi cadangan, ada harapan bahawa cadangan dan pandangan mereka akan diambil berat di dalam cadangan yang dikemukakan oleh IRC dan CEP. Bagaimanakah orang awam akan tahu sekiranya pandangan dan cadangan daripada mereka telah diambil maklum secara serius sekiranya laporan tersebut tidak dilaporkan kepada umum?

Kurangnya ketelusan serta akauntabiliti menatijahkan terhakisnya kepercayaan umum kepada kerajaan Pakatan Harapan. Salah satu sebab utama kerajaan PH dipilih adalah kerana janji kerajaan untuk mengangkat ketelusan dan integriti dengan lebih baik daripada kerajaan sebelumnya. Kerajaan PH tidak wajar mengulangi kesilapan yang lalu.

Justeru hak untuk mendapatkan maklumat yang telus adalah asasi untuk pentadbiran yang telus dan berakauntabiliti. Terdapat keperluan untuk laporan itu dibuka kepada umum, samada sebagai kertas putih atau kertas hijau supaya orang ramai dapat menyemak dan menilai cadangan yang dikemukakan serta mencambahkan perbincangan peringkat awam yang juga selari dengan Janji 16 manifesto PH.

READ MORE:  Whither institutional reform in Malaysia?

Sekiranya ada unsur di dalam laporan tersebut boleh menggugat ketenteraman awam atau keselamatan negara, maka perkara tersebut boleh dikeluarkan daripada laporan namun ianya tidak wajar menjadi halangan kepada pengeluaran laporan kepada awam.

Kami sekali lagi menekan seruan untuk memperkenalkan undang-undang maklumat sebagai hak nasional bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti. Manifesto PH untuk menggubal akta kebebasan maklumat sebagai sebahagian perjuangan menentang rasuah adalah dipuji dan harus dipenuhi tanpa lengah lagi.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0


English version

CEP and IRC reports should be made public

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) calls on the prime minister to make public the reports of the Council of Eminent Persons (CEP) and the Institutional Reform Committee (IRC) and announce the actions that have been taken on the recommendations made by both groups.

The CEP was formed on 12 May and the IRC on 15 May by the new government after the 2018 general election to advise the government on economic matters and to propose institutional reforms in the country respectively.

The IRC submitted its report to the CEP on 16 July while the CEP submitted its report to the prime minister on 7 August. But, on August 27, the prime minister was quoted as saying that the CEP’s report might not be made public.

The CEP interviewed some 350 people from 300 organisations while the IRC held meetings with civil society organisations and reviewed more than 1,000 written submissions from the public and stakeholders.

When the public was invited to make submissions, there was an expectation that their views and proposals would be considered when the IRC and CEP made their recommendations.

READ MORE:  Beyond prison walls: Malaysia's restorative justice dilemma

How would the public know if their views and the recommendations of the committees are being considered or treated seriously if the reports are not made public?

Lack of transparency and accountability undermines public trust and erodes the goodwill garnered by the Pakatan Harapan government after the general election. One of the reasons the PH government was voted in was that it promised more transparency and integrity than the previous government. The PH government should not repeat the mistakes of the past.

Therefore, the right to information is essential in accountable and corruption governance. There is a pressing need for the reports to be made public either as green or white papers so that the people are able to review the recommendations presented and to spur public discussions in line with Promise 16 of the PH manifesto.

If there are sensitive parts of the reports that can threaten public order or national security, these can be kept out of the reports, but they should not be the reason for holding back the release of the reports.

We reiterate our call for the introduction of a comprehensive national right to information law to ensure transparency and accountability. The PH manifesto’s promise to enact a freedom of information act as part of its fight against corruption is commendable and should be fulfilled without delay.

Bersih 2.0 steering committee

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Nair
Nair
19 Nov 2018 10.34am

What happen to PH commitment on Transparency to the Rakyat?
I am sure the FDI companies will want to wait & see what the new governments direction is on Transparency and good governance.

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x