Home Coalitions Clean and Fair Elections Demokrasi memberi ruang bersuara secara aman kepada semua golongan (BM/ENG)

Demokrasi memberi ruang bersuara secara aman kepada semua golongan (BM/ENG)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan Menteri Hal Ehwal Agama Mujahid Yusof Rawa yang menuduh sesetengah pihak menyalahgunakan demokrasi dengan menggunakan perarakan Hari Wanita pada 9 Mac untuk mempertahankan hak golongan LGBT.

Bersih 2.0 mengingatkan Mujahid bahawa demokrasi sepenuhnya membenarkan semua golongan untuk menyuarakan pandangan serta tuntutan mereka secara aman. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menyatakan setiap warganegara berhak kepada kebebasan bersuara, ekspresi, berhimpun secara aman dan kebebasan berpersatuan.

Kita tidak perlu untuk bersetuju dengan semua pandangan yang dilontarkan atau isu yang sedang dibawa tetapi kita perlu untuk mendengar serta memahami walaupun, selepas ini dilakukan, kita masih lagi tidak bersetuju. Sebagai menteri kerajaan yang demokratik, Mujahid tidak sewajarnya menghalang atau menghentam mana-mana kumpulan yang ingin membangkitkan tuntutan mereka.

Bersih 2.0 menyokong kesaksamaan, tidak mendiskriminasi dan kebebasan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan untuk semua orang bersuara secara aman. Sejak 9 Mei kita menyaksikan himpunan anti-Icerd, Melayu Bangkit, mempertahankan Nabi Muhammad dan pelbagai lagi himpunan lain. Kami memuji tindakan kerajaan Pakatan Harapan untuk membenarkan dan mengawal himpunan tersebut tanpa sebarang intimidasi.

Salah satu tuntutan utama daripada lima tuntutan Perarakan Hari Wanita semalam adalah untuk menghentikan keganasan berdasarkan jantina dan orientasi seksual. Kami bimbang dengan pendirian Mujahid serta ramai lagi ahli politik dan kumpulan lain akan menyamarakkan lagi kebencian dan diskriminasi kepada kelompok LGBT tersebut.

Setiap orang ada hak untuk dilindungi daripada keganasan dan diskriminasi di bawah undang-undang. Untuk menuntut perlindungan itu adalah berbeza dengan mempromosikan gaya hidup, orientasi seksual ataupun ideologi.

Bersih 2.0 juga terkesima dengan kenyataan Mujahid bahawa Perarakan Hari Wanita tidak mempunyai permit kerana notis untuk himpunan tersebut dihantar kurang daripada 10 hari dan penganjur akan disiasat dibawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012.

READ MORE:  Democracy at risk: Unfulfilled promise of freedom of expression in Malaysia

Kami ingin mengingatkan menteri bahawa PH telah berjanji untuk menghapuskan peruntukan drakonian dalam akta ini dan Kanun Keseksaan bagi perhimpunan aman. Seksyen 9 juga menjadi persoalan sama ada berpelembagaan atau tidak – serta ianya tidak sewajarnya digunakan kepada peserta himpunan aman.

Kami menggesa rakyat Malaysia dan kerajaan PH untuk memikir-ulang ruang demokratik dan mengambil peluang ini untuk membincangkan tuntutan yang dibangkitkan oleh golongan yang melakukan protes serta untuk mensivilkan masyarakat kita.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Democracy is about giving space for all to express themselves peacefully

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) refers to the statement by de facto Islamic Affairs Minister Mujahid Yusof Rawa who accused some quarters of abusing the democratic space by using the Women’s march on 9 March to defend LGBT rights.

Bersih 2.0 wishes to remind Mujahid that democracy is about allowing all quarters to express their views and concerns in a peaceful way, including gathering peacefully. Under Article 10 of the Federal Constitution, every citizen has the rights to freedom of speech, expression and peaceful assembly as well as to form associations.

We need not agree with all the views expressed or issues championed but we should seek to listen and understand even if, after doing so, we may disagree. As a minister of a democratic government, Mujahid should not restrict or condemn any group that wishes to highlight its concerns.

Bersih 2.0 supports equality, non-discrimination and the freedom enshrined by the Federal Constitution for all to express themselves peaceably. Since May 9 we have witnessed the anti-Icerd, ‘Melayu bangkit’, ‘defend Prophet Mohamad’ and other gatherings. We commend the Pakatan Harapan (PH) government for allowing and facilitating such gatherings without intimidation.

READ MORE:  The value of rich traditions in a democratic society

It was reported that one of the five key demands of the Women’s March yesterday was to end violence based on gender and sexual orientation. We are concerned that with the posture taken by Mujahid and various politicians and groups, it would encourage further hate and discrimination against the LGBT community.

Every person has a right to protection from violence and discrimination under the law. Demanding such protection is different from promoting a certain lifestyle, sexual orientation or ideology.

Bersih 2.0 is also appalled that Mujahid said that the Women’s march-rally did not have a permit because the notice to hold the rally was submitted fewer than 10 days before it was held and that the organisers would be investigated under Section 9 of the Peaceful Assembly Act 2012.

We wish to remind the minister that PH has promised to abolish draconian provisions in this act and the Penal Code relating to peaceful assembly. The constitutionality of Section 9 is surely in question and should not be used against peaceful demonstrators.

We call on Malaysians and the PH government to reflect deeply on the matter of democratic space, to take this opportunity to discuss concerns raised by those who hold protests and to affirm civility in our society.

Bersih 2.0 steering committee

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x