Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyatakan solidariti kepada rakan-rakan daripada gerakan mahasiswa di Sabah yang akan turun berhimpun secara aman dalam perhimpunan aman “Gempur Rasuah Sabah” yang diadakan pada 31 Disember.
Bersih ingin mengingatkan semua pihak bahawa hak berhimpun dan bersuara adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 10.
Semua rakyat berhak menyatakan kegusaran dan tuntutan mereka secara aman dan berdasarkan lunas undang-undang dan prinsip hak asasi manusia.
Himpunan yang digerakkan mahasiswa di Sabah ini menjadi bukti bahawa rakyat sentiasa mengawasi setiap gerak-geri kerajaan dan inginkan kerajaan yang bebas rasuah.
Bersih juga mengambil maklum bahawa akan dianjurkan perhimpunan balas terhadap perhimpunan aman Gempur Rasuah.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Perlembagaan Persekutuan dan Akta Perhimpunan Aman memberi hak untuk sebarang perhimpunan dilaksanakan termasuk perhimpunan balas, namun ia perlu berlangsung di tempat lain agar tidak berlaku pertembungan mahupun cetusan kepada perkara yang tidak diingini.
Semua pihak harus bersikap sivil dan menghormati hak bersuara masing-masing. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme