Home Coalitions Clean and Fair Elections Gubal akta penggal tetap parlimen demi agenda reformasi dan rakyat

Gubal akta penggal tetap parlimen demi agenda reformasi dan rakyat

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berpandangan bahawa akta penggal tetap parlimen – fixed term parliament act (FTPA) – adalah diperlukan untuk memastikan penggal parlimen kekal hingga habis tempoh iaitu 18 Disember 2027.

Bersih sebelum ini telah beberapa kali membuat gesaan yang sama bagi menstabilkan politik Malaysia.

Namun penggubalan akta tersebut perlu disusuli dengan penggubalan akta peruntukan pembangunan kawasan – constituency development funds act – yang saksama kepada ahli parlimen kerajaan dan pembangkang. Ini bagi memastikan hak dan keadilan untuk semua ahli parlimen dijamin oleh undang-undang.

Bersih berpandangan akta penggal tetap parlimen ini penting bagi memastikan kestabilan politik negara yang akan membantu melancarkan usaha reformasi demi kepentingan rakyat.

Akta ini tidak akan menafikan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memberi perkenan pembubaran Parlimen sekiranya diminta oleh perdana menteri seperti yang dinyatakan dalam Perkara 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan.

Menerusi akta tersebut, sebarang tatacara membabitkan usul undi tidak percaya terhadap kerajaan atau perdana menteri di dalam Parlimen berasaskan Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan harus dinyatakan dengan jelas agar sebarang langkah belakang yang bercanggah dengan prinsip demokrasi berparlimen tidak lagi berlaku.

Sebagai tambahan kepada akta ini, pengenalan kepada mekanisme kepercayaan (confidence mechanism) di Dewan Rakyat dengan dua prosedur iaitu undi tidak percaya berkonstruktif (constructive vote of no confidence) yang hanya membenarkan penyandang perdana menteri ditukar sekiranya ada calon PM untuk digantikan dan calon itu disahkan pula dengan mekanisme undi pengesahan kepercayaan (confirmatory vote of confidence).

Bagi menjayakan saranan ini, Bersih menyarankan agar kesemua blok politik untuk bergerak ke hadapan bekerja untuk menambahbaik gerak kerja yang memberi manfaat kepada rakyat dan hentikan permainan politik yang merugikan masa depan negara.

READ MORE:  Unlocking excellence: Gerak's six-point plan for Malaysian higher education reform

Justeru, tiba masanya pihak kerajaan dan pembangkang untuk duduk semeja dan bersepakat menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) reformasi politik demi kepentingan rakyat.

MoU ini pernah dibuat pada era Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri atas gesaan Bersih yang membolehkan wujudnya undang-undang anti-lompat parti.

Bersih berpandangan usaha ini adalah mustahak demi kemajuan negara dan penambahbaikan sistem politik sedia ada yang pasti akan memberi manfaat kepada semua pihak.

Justeru, Bersih bersedia untuk tampil menjadi perantara antara kerajaan dan pembangkang untuk memastikan ianya dijayakan sebaiknya.

Selain akta penggal tetap parlimen dan peruntukan pembangunan sama rata, Bersih turut menggesa dirangkul beberapa agenda reformasi lain, terutamanya reformasi pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya, pemisahan bidang kuasa peguam negara dan pendakwa raya, akta perkhidmatan parlimen serta akta pembiayaan dana politik. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x