Home Coalitions Clean and Fair Elections Gubal undang-undang peruntukan pembangunan kawasan saksama untuk semua ahli parlimen (Malay/English)

Gubal undang-undang peruntukan pembangunan kawasan saksama untuk semua ahli parlimen (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) maklum dan kesal apabila Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak langsung menyatakan bahawa peruntukan pembangunan kawasan akan diberikan kepada ahli parlimen pembangkang dalam ucapan Belanjawan kerajaan baru-baru [pada 24 Februari].

Perkara ini adalah dikesali kerana PM telah terlepas peluang untuk menunjukkan sisi reformisnya dan bagaimana “Malaysia Madani” akan dilihat. Kerajaan dan pembangkang perlu duduk bersama dan berunding untuk membawa undang-undang yang akan memastikan peruntukan yang saksama.

Perikatan Nasional dengan 74 ahli parlimen mewakili 4,666,529 pengundi atau 30% daripada jumlah pengundi dalam pilihan raya umum 2022. Menahan peruntukan peruntukan pembangunan kawasan ini adalah tidak menghormati pilihan dan hak pengundi untuk mengundi siapa yang mereka ingin mewakili mereka.

Peruntukan pembangunan kawasan diperlukan oleh ahli parlimen untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan mereka dengan lebih baik dengan menampung sebarang keperluan pembangunan yang tidak termasuk dalam program kerajaan persekutuan atau negeri. Peruntukan pembangunan tersebut juga melingkupi sedikit peruntukan untuk kos pengoperasian pusat khidmat rakyat.

Berdasarkan apa yang diberikan kepada 148 ahli parlimen yang berada di dalam “kerajaan perpaduan”, iaitu RM1.3 juta setahun, kos yang bertambah hanyalah RM96.2 juta atau hanya 0.024% daripada RM386bn Belanjawan. Ini hanyalah secubit daripada Belanjawan berbanding manfaat yang akan melimpah kepada rakyat.

Peruntukan pembangunan kawasan telah lama digunakan oleh kerajaan sebagai alat politik untuk menghukum pembangkang dan ‘membulurkan’ mereka daripada peruntukan yang diperlukan dengan tujuan rakyat akan menolak wakil rakyat pembangkang. Peruntukan peruntukan pembangunan kawasan di kawasan pembangkang sebaliknya disalurkan kepada penyelaras yang tidak dipilih oleh rakyat daripada parti kerajaan (biasanya bakal calon untuk pilihan raya akan datang) bagi meraih sokongan.

Taktik sebegini telah digunakan sebelum ini untuk menggoda wakil rakyat pembangkang melompat dan penjajaran semula parti-parti sebagaimana yang kita lihat pasca kejatuhan Barisan Nasional selepas 9 Mei 2018, sehinggalah tandatangan memorandum persefahanan (MoU) antara kerajaan Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan pada 13 September 20121. Malah keadaan ini masih berterusan di Sabah.

READ MORE:  MoU kerajaan-pembangkang: Bersih desak reformasi menyeluruh

Siapapun yang benar-benar membenci “langkah Sheraton”, mereka sepatutnya membenci diskriminasi peruntukan pembangunan kawasan terhadap pembangkang, bukan menjerit ketika menjadi mangsa tetapi kemudiannya melakukan perkara yang sama apabila berkuasa.

Taktik ‘membulurkan’ pembangkang tidak berkesan setiap masa kerana PH tetap cemerlang sebagai pembangkang dulu malah memenangi pilihan raya umum 2018 tanpa sebarang peruntukan pembangunan kawasan. Taktik lapuk ini malah berkemungkinan memakan parti-parti dalam kerajaan perpaduan dalam pilihan raya negeri yang akan datang.

Kami berharap kerajaan Anwar lebih berhikmah untuk tidak meneruskan amalan yang keji, tidak demokratik dan pendek akal ini. Janji manifesto PH pada tahun 2022 untuk memberikan peruntukan peruntukan pembangunan kawasan yang saksama kepada semua ahli parlimen perlu dihormati dalam semangat Malaysia Madani.

Oleh sebab kebanyakan parti di Parlimen – sama ada PH, BN, Gabungan Parti Sarawak atau Warisan yang berada di pihak kerajaan, atau PN sebagai pembangkang – telah pernah menjadi mangsa dan pemangsa, sudah tiba masanya rundingan damai merentasi parti politik bagi menetapkan peraturan persaingan yang adil antara kerajaan dan pembangkang, agar sama ada kerajaan atau pembangkang tidak dinafikan dengan cara tidak demokratik.

Undang-undang yang memperincikan peruntukan pembangunan kawasan kepada setiap ahli parlimen berdasarkan rumus yang saksama perlu menggantikan amalan berasaskan budi bicara perdana menteri.

Sekiranya Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak mengambil langkah mula, Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin perlu menyediakan rang undang-undang persendirian bagi peruntukan pembangunan kawasan yang saksama – dengan menjemput pertubuhan masyarakat sivil, ahli akademik dan pihak berkepentingan yang lain untuk memberikan dapatan – serta meminta berlaku mesyuarat bersama kabinet kerajaan perpaduan dan kabinet bayangan beliau.

PN yang meneruskan amalan tidak demokratik pada Mac 2020-Ogos 2021 juga mempunyai tanggungjawab moral untuk membuktikan bahawa kini mereka bertekad untuk keadilan. – Bersih

English version

Government and opposition must negotiate a law to provide equitable constituency developments fund

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) notes with regret that there was no mention of constituency development funds being allocated to opposition MPs in Prime Minister Anwar Ibrahim’s maiden Budget speech [on 24 February].

READ MORE:  When Saddiq makes a run for the money

The promise of equal constituency development funds is also part of Pakatan Harapan’s manifesto. It is regretful that the PM missed an opportunity to demonstrate his reformist credentials and what “Malaysia Madani” (a civil Malaysia) should look like. The government and the opposition should sit down to negotiate a law that would ensure equitable constituency development funds.

Perikatan Nasional with 74 MPs represents 4,666,529 voters or 30% of those who voted in the 2022 general election. Withholding constituency development funds disrespects their choice and their right to vote for their preferred representative.

MPs need constituency development funds to better serve their constituents and plug any local development needs not covered by state or federal programmes. It also includes a portion for the running of the constituency service centres.

Based on what is given to the 148 MPs aligned with the “unity government”, RM1.3m annually each, it would have cost an additional RM96.2m or only 0.024% of the RM386bn Budget. This is a paltry amount in comparison to the massive goodwill it would have generated.

Constituency development funds have long been used by successive governments as a political tool to punish the opposition and ‘starve’ them of needed funds with the hope of causing discontent among constituents towards opposition representatives. Funds for opposition-held constituencies are instead channelled to unelected coordinators from government parties (who are normally tentative candidates in the next election) to win support.

Such a tactic is then used to induce defections of opposition representatives and a realignment of parties, as we saw from the fall of Barisan Nasional after 9 May 2018 till the signing of a Memoradum of Understanding (MoU) between the Ismail Sabri Yaakob government and PH on 13 September 2021, and sadly, this is still ongoing in Sabah. If anyone sincerely despises the “Sheraton move”, they should despise discrimination against the opposition in the allocations of constituency development funds instead of crying foul when they are victims but doing the same thing when in power.

READ MORE:  Equal constituency development funds: Legislation not MoU

Starving opposition representatives certainly does not work all the time as PH continued to strive as the opposition and even won the 2018 general election without any constituency development funds. Likewise, it is possible for this tactic to backfire on the parties of the unity government in the upcoming state elections.

We hope Anwar’s government is wise enough to not continue such a despicable, undemocratic and shortsighted practice. The promise in the 2022 PH manifesto to give all MPs equitable constituency development funds should be honoured in the spirit of Malaysia Madani.

As most parties in this Parliament – PH, BN, Gabungan Parti Sarawak, Warisan on the government side, and PN as the opposition – have been in the past both the victimisers and victims, it is time for a cross-party political peace deal which sets fair rules for competition between the government and opposition, so that neither the government nor the opposition is undemocratically undermined.

A law that explicitly spells out the annual constituency development funds for every MP based on an equitable formula should replace the prime minister’s discretion.

If Prime Minister Anwar Ibrahim does not make the first move, Parliamentary Opposition Leader Hamzah Zainudin should prepare a private member’s bill on equitable constituency development funds – with civil society groups, academics and other stakeholders invited to give input – and seek a meeting between the unity government cabinet and his shadow cabinet.

PN which perpetuated this undemocratic practice in March 2020-August 2021 has the equal moral obligation to prove that it is now committed to fairness. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x